20 January 2023

Pada Rancangan Hari Ini
> Roland Engan, Ketua PKR Sarawak – Anwar melawat Sarawak untuk membincangkan tentang MA63 dengan kerajaan Sarawak dan Sabah, keputusannya positif
> Baru Bian, Setiausaha PSB – Kerajaan di bawah Anwar akan serius memahami masalah di Sabah Sarawak dan menyediakan penyelesaian yang berkesan
> Siti Kassim, Aktivis Peguam – Adakah siasatan terhadap Tommy Thomas di bawah tuntutan Umno?
> Abdul Razak dari Parti Hijau – Sasaran Parti Hijau terhadap Pilihan Raya negeri adalah kawasan yang menghadapi kemusnahan hutan

 

On Today Show
> Roland Engan, Chief of PKR Sarawak – Anwar visits Sarawak to discuss about MA63 with Sarawak and Sabah gov, results are positive
> Baru Bian, Secretary of PSB – The government under Anwar will seriously understand the problems in East Malaysia and provide effective solutions
> Siti Kassim, Lawyer Activist – Is the investigation against Tommy Thomas Umno's demand?
> Abdul Razak from Parti Hijau – Parti Hijau targeted strategic Constituencies which are facing forest destruction 

  • [TOP STORY]

    Anwar visits Sarawak to discuss about MA63 with Sarawak and Sabah gov, results are positive

    PMX DSAI came to Sarawak on the 19th and 20th to discuss MA63 with the Sarawak government. The Essence of the MA63 Action Council in Kuching Sarawak Today Chaired by YAB PMX.

    1. Gas power has been handed over to the State.

    2. Electric Power handed over to Sabah Sarawak starting 1 Jan 2024.

    3. The status of the 3 regions that make up Malaysia, namely the federation of Malaya, Sabah and Sarawak, should be agreed upon.

    4. The power to approve projects over RM50 million in Sabah and Sarawak will be given if the power to approve projects under RM50 million runs smoothly with good governance.

    5. Land given to the federation that is not used must be returned to Sabah and Sarawak. 3 months period to make a report on this matter.

    6. The PM appoints a representative of the Sarawak government in the LHDN.

    7. Initial approval of RM1 Billion for the provision of CIQ, road infrastructure etc., as well as for the provision of security (police and army) at the national border (Sabah, Sarawak and Kalimantan). The work will be done immediately.

    8. Special provision 112(d). RM300 million to Sarawak and RM260 million to Sabah per year. But it fluctuates and the formula will be made. May be increased in the future based on the financial capacity of the federation.

    After the establishment of unity government, DSAI indeed used two months to let relevant units go through the various situations of MA63. Now after the negotiations between the prime minister and Sarawak and Sabah government, we believe there will be good results in a short time.


Guest User
19 January 2023

Topik Pada Hari Ini:
> Adrian Pereira, Pengarah Eksekutif di North South Initiative – Kerajaan perlu menanganni isu yang timbal daripada buruh asing dengan dasar yang menyeluruh
> Encik Rafal, aktivis PKR dari Pahang – Lebih baik ada skim menarik rakyat Malaysia mengisi kekosongan jawatan daripada mengambil 500 ribu warga asing datang bekerja di Malaysia
> Izet Zambri dari Undi 18 – Masjid bukan tempat untuk propaganda politik, dan kita perlu berfikir dan berhujah
> Paul Wan dari Sungai Dua Baram – jalan dan sekolah di Baram perlu dibaiki segera


On Today Show:
> Adrian Pereira, Executive Director at North South Initiative – is time for government to have a political view to deal with issues arising from foreign labor
> Mr Rafal, PKR activist from Pahang – It is better to have scheme to attract Malaysians to fill the vacancies than to recruit 500thousands of foreigners come to work in Malaysia
> Izet Zambri from Undi 18 – Mosque is not place for political propaganda, and we need to think and argue
> Paul Wan from Sungai Dua Baram – road and school in Baram should be repair immediately 

  • [BERITA UTAMA]

    Kerajaan perlu menanganni isu yang timbal daripada buruh asing dengan dasar yang menyeluruh

    Dalam jangka masa panjang, kerajaan perlu mempunyai dasar yang komprehensif untuk pekerja asing. Kita masih berdepan dengan masalah pemerdagangan manusia (buruh) atau eksploitasi buruh. Namun, program penentukuran semula migrasi tanpa dokumen sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah tersembunyi ini.

    Apabila kita bercakap dengan pekerja tanpa dokumen, 90 peratus adalah mangsa pemerdagangan manusia. Apabila ditanya bagaimana mereka masuk ke negara ini tanpa dokumen, dan mereka menjawab bahawa itu adalah perkiraan ejen. Apabila ia tidak sah, kita tahu adalah tentang masalah rasuah Tetapi di mata rakyat Malaysia, apa yang mereka lihat ialah pekerja asing masuk untuk merebut pekerjaan atau membawa masalah negatif seperti penyakit, tetapi sebenarnya mereka juga menjadi mangsa.

    Pada masa dahulu, Malaysia tidak mempunyai pandangan politik untuk menangani isu-isu yang timbul daripada buruh asing. Beliau berharap kerajaan akan menggubal undang-undang khusus untuk menangani isu pekerja asing. Daripada menyaksikan pengangguran belia Malaysia dan bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. peluang dengan pekerja asing.Hanya apabila semua rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan barulah membuka peluang kepada warga asing.

    [TOP STORY]

    is time for government to have a political view to deal with issues arising from foreign labor

    In the long run, the government needs to have a comprehensive policy for the foreign workers. We are still facing the problem of human (labor) trafficking or exploitation of labor. However, the current undocumented migration recalibration program cannot solve these hidden problems.

    When we talk to undocumented workers, 90 percent are victims of human trafficking. When asked how does they enter the country without document, and they answer that it is the agent's arrangement. When it is illegal way, we know is about the problem of corruption. But in the eyes of Malaysian, what they see is that foreign workers come in to grab jobs or bring negative problems such as diseases, but in fact they are also victims.

    In the past, Malaysia did not have a political view to deal with issues arising from foreign labor. He hoped that the government would formulate laws specifically to deal with the issue of foreign workers. Instead of witnessing the unemployment of Malaysian youth and compete for job opportunities with foreign workers. Only when all Malaysians have a job then only open up the opportunities to foreigners.


Guest User
18 January 2023

Topik Pada Hari Ini:
> Randau Khas – Anwar: beban hutang 1.5 trilion disumbangkan oleh rasuah dan skandal semasa rejim Najib
> Dr John Brian – kes hospital terbengkalai di Sarawak sebab rasuah, politik tidak stabil dan projek yang diberikan kepada kontraktor kroni tanpa kemahiran
> Dr Micheal Teo, Bekas Ahli Parlimen Miri – Projek GPS di bawah pengawasan kerajaan perpaduan, semua mesti berintegriti dan akauntabiliti
> Puan Agnes dari Selangau – GPS, pertama sekali tolong perbaiki klinik di kawasan luar bandar
> Bobby William, presiden PBDS – Bajet 2023 baharu mestilah merangkumi semua kaum

On Today Show:
> Special Randau – Anwar: debt burden of 1.5 trillion contributed by corruption and scandals during Najib's regine
> Dr John Brian – cases of abandoned hospitals in Sarawak due to corruption, unstable politics and projects given to crony contractors with no skills
> Dr Micheal Teo, Former MP for Miri – GPS’s project under supervision of unity government, all must integrity and accountability
> Puan Agnes from Selangau – GPS, firstly please improve the clinic in rural area
> Bobby William, PBDS president – new Budget 2023 must inclusive of all races

  • [BERITA UTAMA]

    PKR Sarawak berdialog dengan Menteri Kesihatan, semua masalah kesihatan telah diambil perhatian oleh Menteri [BERITA UTAMA]

    kebanyakan kes hospital terbengkalai di kerana rasuah, politik tak stabil dan projek diberi kepada kontraktor kroni yang tiada kemahiran

    John Brian menjelaskan bahawa kebanyakan kes hospital terbengkalai di sarawak (lawas, sri Aman dan Petrajaya)kerana rasuah, politik tak stabil(selalu bertukar kerajaan) dan projek diberi kepada kontraktor kroni yang tiada kemahiran.

    Maka timbul pula cadangan daripada Primeir Sarawak untuk membina pusat Kanser di sarawak tahun ini menggunakan dana negeri- jika sekiranya dibenarkan oleh kerajaan persekutuan. Kemudian kerajaan persekutuan harus membayar balik kepada kerajaan negeri kemudian. John melihat isu ini sebagai tidak begitu betul. Kerana ketika ini kuasa terhadap kesihatan masih dalam bidang kuasa pusat. Melainkan Primier Sarawak telah dapat menjangka bahawa kuasa terhadap kesihatan dan pendidikan akan dipulangkan kepada sarawak melalui MA63. mungkin kerana itu Primier mencadangkan sedemikian supaya lebih banyak peruntukan diberi kepada Sarawak.

    Namun John bimbang sekiranya masih berlaku rasuah dan penganugerahan kontrak kepada kroni. Maka sekali lagi projek-projek sebegini akan gagal. Namun sesuai dengan semangat kerajaan perpaduan. John meminta supaya sekiranya berlaku rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran kerajaan GPS di Sarawak. Harus dilaporkan terus kepada Perdana Menteri . John menambah bahawa demokrasi bukan sekadar pentadbiran dan pilihanraya sahaja tetapi pemimpin harus terbuka menerima kritikan dan rakyat harus bertindak jika berlaku kes rasuah dan salah guna kuasa.

    [TOP STORY]

    cases of abandoned hospitals in Sarawak due to corruption, unstable politics and projects given to crony contractors with no skills

    John explained that most cases of abandoned hospitals in Sarawak (lawas, Sri Aman and Petrajaya) due to corruption, unstable politics (always changing governments) and projects given to crony contractors with no skills.

    Then there was a proposal from Primeir Sarawak to build a Cancer center in Sarawak this year using state funds - if allowed by the federal government. Then the federal government has to reimburse the state government later. John sees this issue as not quite right. Because currently the power over health is still in the central jurisdiction. Unless the Prime Minister of Sarawak has been able to expect that power over health and education will be returned to Sarawak through MA63. maybe that's why Primier suggested that more allocations be given to Sarawak.

    But John is worried if there is still corruption and the awarding of contracts to cronies. Then again such projects will fail. But in accordance with the spirit of unity government. John asked that in the event of corruption and leakage in the GPS government administration in Sarawak. Should be reported directly to the Prime Minister. John added that democracy is not just about administration and elections, but leaders should be open to criticism and the people should act if there is a case of corruption and abuse of power.

    Dahulu banyak masalah kesihatann di Sarawak, tetapi tidak ada cara untuk meminta bantuan, tidak ada pegawai yang menjawab, dan tidak ada menteri yang memberi perhatian. Di bawah pembentukan kerajaan perpaduan, Dr Zaleha, Menteri Kesihatan daripada PKR, mengetuai pertemuan dengan PKR Sarawak dan NGO sebelum bertemu dengan pegawai kerajaan Sarawak untuk mendengar dan membincangkan isu-isu kesihatan di Sarawak.

    Roland berkata, wakil dari setiap cabang PKR menghadiri mesyuarat dialog ini untuk membangkitkan masalah yang dihadapi, dan Dr Zaleha turut merakam dan memberi maklum balas dengan teliti. Termasuk, klinik-klinik di kawasan pedalaman itu "sakit" (daif).

    Abun Sui juga berkata, hubungan kesihatan dan sumber air minuman penduduk tidak dapat dipisahkan. Sungai koyan yang menjadi sara hidup penduduk Sungai Asap telah tercemar akibat projek pembalakan dan perladangan di hulu sungai. Penduduk Sungai Asap hanya mampu membeli air mineral untuk air minuman. Menurut tinjauan, di kalangan Bintulu, penduduk Sungai Asap merupakan golongan yang paling banyak membeli air mineral. Beliau menegaskan, hubungan kesihatan dengan alam sekitar, kita tidak boleh mengabaikan isu alam sekitar juga.

    MPN PKR Sarawak akan mengumpul semua masalah dan menyerahkan kepada menteri untuk langkah seterusnya.

    [TOP STORY]

    PKR Sarawak has dialogue with Minister of Health, all healthcare problems are being noted by Minister

    In the past, there were many problems with medical facilities and equipment in Sarawak, but there was no way to ask for help, no officials responded, and no ministers paid attention. Under the formation of the unity government, Dr Zaleha, the Minister of Health from PKR, took the lead in meeting with PKR Sarawak and NGOs before meeting with Sarawak government officials to listen to and discuss the medical issues in Sarawak.

    Roland said that representatives from each division of PKR attended this dialogue meeting to raise the problems faced by the district, and Dr Zaleha also carefully recorded and gave feedback. Including, the clinics in the outback are "sick" (dilapidated) and some are only half restored.

    Abun Sui also said that the relationship between health and the source of drinking water for residents is inseparable. The river Sungai koyan, which the residents of Sungai Asap depend on for their livelihood, has been polluted due to logging and plantation projects upstream. The residents of Sungai Asap can only buy mineral water for drinking water. According to the survey, among Bintulu, the residents of Sungai Asap are the ones who buy the most mineral water. He emphasize, health link with environment, we cannot ignore the environment issue too.

    Sarawak PKR MPN will collect all the problems and hand them over to the minister for the next step.


Guest User
17 January 2023

Pada Rancangan Hari Ini
> Randau Istimewa oleh SR – MOF telah mengenal pasti kebocoran wang kerajaan antara RM3 bilion ke RM4 bilion yang sepatutnya boleh diselamatkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim
 > Rolang Engan, Ketua PKR Sarawak dan Abun Sui, Timbalan Ketua PKR Sarawak – PKR Sarawak berdialog dengan Menteri Kesihatan, semua masalah kesihatan telah diambil perhatian oleh Menteri
> Colin Nicholas dari COAC – Orang Asli Slatar tidak akan berkompromi dan akan membawa kes ke mahkamah rayuan untuk mendapatkan kembali hak tanah
> Tony ak Dana, seorang Dayak tinggal di Johor – berjuang selama 12 tahun, seumur hidup mereka tiada pilihan untuk menerima perjanjian untuk berpindah
> Romuald Siew dari Batu Niah – kerajaan kata sediakan 5G tetapi hanya 2G, warga Niah sering menghadapi masalah tele-kom


On Today Show
> Special Randau by SR – PM DSAI said: RM10 Billion Can Be Saved From Leakages In Govt Procurement System
> Rolang Engan, Chief of PKR Sarawak and Abun Sui, Deputy Chief of PKR Sarawak – PKR Sarawak has dialogue with Minister of Health, all medical problems are been noted by Minister
> Colin Nicholas of COAC – The Orang Asli Slatar will not compromise and will continue to appeal to get back the land rights
> Tony ak Dana, a Dayak lives in Johor – struggle 12years, for life they have no choice to accept the deal to move out
> Romuald Siew from Batu Niah – gov said provide 5G but only 2G, citizen from Niah often face tele-com problems

  • [BERITA UTAMA]

    PKR Sarawak berdialog dengan Menteri Kesihatan, semua masalah kesihatan telah diambil perhatian oleh Menteri

    Dahulu banyak masalah kesihatann di Sarawak, tetapi tidak ada cara untuk meminta bantuan, tidak ada pegawai yang menjawab, dan tidak ada menteri yang memberi perhatian. Di bawah pembentukan kerajaan perpaduan, Dr Zaleha, Menteri Kesihatan daripada PKR, mengetuai pertemuan dengan PKR Sarawak dan NGO sebelum bertemu dengan pegawai kerajaan Sarawak untuk mendengar dan membincangkan isu-isu kesihatan di Sarawak.

    Roland berkata, wakil dari setiap cabang PKR menghadiri mesyuarat dialog ini untuk membangkitkan masalah yang dihadapi, dan Dr Zaleha turut merakam dan memberi maklum balas dengan teliti. Termasuk, klinik-klinik di kawasan pedalaman itu "sakit" (daif).

    Abun Sui juga berkata, hubungan kesihatan dan sumber air minuman penduduk tidak dapat dipisahkan. Sungai koyan yang menjadi sara hidup penduduk Sungai Asap telah tercemar akibat projek pembalakan dan perladangan di hulu sungai. Penduduk Sungai Asap hanya mampu membeli air mineral untuk air minuman. Menurut tinjauan, di kalangan Bintulu, penduduk Sungai Asap merupakan golongan yang paling banyak membeli air mineral. Beliau menegaskan, hubungan kesihatan dengan alam sekitar, kita tidak boleh mengabaikan isu alam sekitar juga.

    MPN PKR Sarawak akan mengumpul semua masalah dan menyerahkan kepada menteri untuk langkah seterusnya.

    [TOP STORY]

    PKR Sarawak has dialogue with Minister of Health, all healthcare problems are being noted by Minister

    In the past, there were many problems with medical facilities and equipment in Sarawak, but there was no way to ask for help, no officials responded, and no ministers paid attention. Under the formation of the unity government, Dr Zaleha, the Minister of Health from PKR, took the lead in meeting with PKR Sarawak and NGOs before meeting with Sarawak government officials to listen to and discuss the medical issues in Sarawak.

    Roland said that representatives from each division of PKR attended this dialogue meeting to raise the problems faced by the district, and Dr Zaleha also carefully recorded and gave feedback. Including, the clinics in the outback are "sick" (dilapidated) and some are only half restored.

    Abun Sui also said that the relationship between health and the source of drinking water for residents is inseparable. The river Sungai koyan, which the residents of Sungai Asap depend on for their livelihood, has been polluted due to logging and plantation projects upstream. The residents of Sungai Asap can only buy mineral water for drinking water. According to the survey, among Bintulu, the residents of Sungai Asap are the ones who buy the most mineral water. He emphasize, health link with environment, we cannot ignore the environment issue too.

    Sarawak PKR MPN will collect all the problems and hand them over to the minister for the next step.


Guest User
16 January 2023

Topik Pada Hari Ini:
> Iswardy Morni, aktivis peguam dari Sarawak – jika UMNO stabil, kerajaan perpaduan juga stabil
> S. Arutchelvan, timbalan pengerusi PSM – RCI ke atas buku bekas AG Thomas hanya buang masa, wang
> Thomas Jalong, aktivis dari Ulu Baram – Kerajaan mengambil 500 ribu pekerja asing ke Malaysia yang akan membawa lebih banyak masalah sosial
> Encik Robert dari Miri – Sokong pekerja tempatan sebelum mengambil pekerja asing


On Today Show:
> Iswardy Morni, lawyer activist from Sarawak – if UMNO is stable,then unity government Wil stable too
> S. Arutchelvan, PSM deputy chairman – RCI on former AG Thomas' book is just a waste of time and money
> Thomas Jalong, activist from Ulu Baram – Gov recruited 500thousand foreign workers to Malaysia which will bring more social problems
> Mr Robert from Miri – Support local employees before recruiting foreign employees 

  • [BERITA UTAMA]

    Iswardy morni, peguam aktivis dari Sarawak - Jika UMNO stabil, kerajaan perpaduan akan stabil

    Perspektif UMNO tidak boleh berbelah bahagi pada masa ini kerana terpaksa menghadapi pilihanraya negeri dan keadaan kerajaan yang lemah. Jadi pemilihan parti pada bulan Mei akan menjadi kunci.

    Tindakan London baru-baru ini atau insiden lain yang kelihatan menjejaskan kerajaan semuanya tidak bermakna. Tapi kalau betul-betul terkena, sepatutnya kes Zahid. Perbicaraan pembelaan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kerana pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi telah dijadualkan semula untuk disambung semula pada 10 April.

    Terdapat dua situasi, pertama, campur tangan Anwar, menimbulkan kemarahan orang ramai, dan kedua, menukar timbalan perdana menteri, yang akan menyebabkan ketidakstabilan politik dalam negara dan seterusnya ketidakstabilan ekonomi.

    Senario kes terbaik ialah Anwar mengetepikan dan membiarkan kes itu berjalan dengan lancar.

    [TOP STORY]

    Iswardy morni, activist lawyer from Sarawak - If UMNO is stable, the unity government will be stable

    The UMNO's perspective cannot be divided at present because it has to face state elections and the weak situation in the government. So the party election in May will be key.

    The recent London move or other incidents that seem to affect the government are all meaningless. But if it is really affected, it should be Zahid's case. Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi’s defence trial for criminal breach of trust, corruption and money laundering involving Yayasan Akalbudi funds has been rescheduled to resume on April 10.

    There are two situations, first, Anwar's interference, causing public resentment, and second, changing the deputy prime minister, which will cause political instability in the country and consequently economic instability.

    The best-case scenario is for Anwar to stand aside and let the case run its course.


Guest User
13 January 2023

Topik Pada Hari Ini:
> Gabriel Atong Penduduk Punan Ba ​​– Jangan percaya projek GPS, PMX mesti datang untuk melihat masalah rakyat
> Lee Chean Chung, Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya – perlu menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Perubahan Iklim dan Pembangunan Lestari untuk menangani isu-isu di Malaysia
> Shaq Koyok, aktivis artis Orang Asli – Perdagangan karbon adalah alasan untuk ahli politik merompak sumber asli
> (panggilan masuk) Josh Laing dari Uma Akeh – sistem kuota yang tidak adil itu perlu dihentikan sekarang
> Tuan Tuan dari Niah – Kerajaann Perpaduan perlu bertindak cepat untuk membela nasib rakyat miskin


On Today Show:
> Gabriel Atong Resident of Punan Ba – Don’t trust GPS projects, PMX must come to see people’s problems
> Lee Chean Chung, PKR MP for Petaling Jaya – need setup parliamentary Select Committee on climate change to tackle the issues in Malaysia
> Shaq Koyok, artist activist of Orang Asli – Carbon trading is an excuse for politicians to plunder natural resources
> (call-in) Josh Laing from Uma Akeh – those unfair quota system need to stop now
> Mr. Tuan from Niah – Unity Gov need act quickly to defend the plight of the poor people 

  • 【BERITA UTAMA】Gabriel Atong Penduduk Punan Ba.

    Gabriel memaklumkan RFS bahawa lebih sebulan Rumah Panjang Beliau Punan Ba berdepan gangguan bekalan tenaga elektrik ekoran projek Solar Hybrid dibawah Kementerian Pembagunan Luar Bandar rosak teruk dipanah petir. Selama lebih sebulan itu bukan sahaja penduduk rumah panjang Punan Ba berdepan kesukaran, malah sebuah klinik kesihatan (Klinik Kesihatan Punan Ba) dan juga Sekolah SK Punan Ba juga berdepan masalah kerana bergantung dengan punca tenaga elektrik yang sama.

    Dibawah skim elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.37 billion untuk tahun 2019 hingga 2020 manakala untuk Program Air Alternatif Darawak 9SAWAS) kerajaan negeri memperuntukkan RM8.28 billion. Kedua-dua projek mensasarkan bekalan air terawat dan elektrik 100% kepada penduduk Sarawak menjelang 2025.

    Timbul persoalan kenapa kerajaan sarawak tidak menyalurkan bekalan elektrik yang murah dan stabil kepada penduduk yang hanya tinggal dengan jarak hanya 40 km daripada empangan Bakun. kenapa membelanjakan berbillion ringgit tapi masalah bekalan elektrik kepada penduduk luar bandar masih tidak stabil dan seringkali berdepan masalah. Untuk projek SARES dan SAWAS sahaja peruntukannya lebih RM10 billion. Adakah ia benar-benar mencapai sasaran dan menyelesaikan masalah rakyat?

    Gabreil tidak percaya kepada projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan GPS selama ini dijalankan dengan baik. Beliau yakin ada ketirisan, penyelewengan dan untuk kepentingan kroni. Beliau mengambil contoh pembinaan jalan jiwa murni yang sepatutnya sudah siap menghubungkan rumah panjang beliau ke Pekan Belaga. Tapi sehingga kini tidak siap. malah pembinaannya terbengkalai. Projek ini juga telah memakan kos beratus juta ringgit.

    Gabriel meminta supaya PMX Anwar Ibrahim supaya jangan terlalu percayakan angka-angka dan statistik yang dilaporkan. Sebaliknya datang sendiri untuk melihat masalah rakyat.

    [TOP STORY] Gabriel Atong Resident of Punan Ba.

    Gabriel informed the RFS that for more than a month Rumah Panjang Hisa Punan Ba was facing a power outage due to the Solar Hybrid project under the Ministry of Rural Development being badly damaged by lightning. For more than a month, not only the residents of the Punan Ba longhouse faced difficulties, but a health clinic (Klinik Kesihatan Punan Ba) and also the Punan Ba SK School also faced problems because they depended on the same source of electricity.

    Under the Sarawak Rural Alternative Electricity Scheme (SARES), the Sarawak government allocated RM2.37 billion for the year 2019 to 2020, while for the Darawak Alternative Water Program (9SAWAS) the state government allocated RM8.28 billion. Both projects aim to supply treated water and 100% electricity to the people of Sarawak by 2025.

    The question arises as to why the Sarawak government does not supply cheap and stable electricity to residents who only live 40 km from the Bakun dam. why spend billions of ringgit but the problem of electricity supply to rural residents is still unstable and often faces problems. For SARES and SAWAS projects alone, the allocation is more than RM10 billion. Does it really achieve the target and solve the people's problems?

    Gabreil does not believe that the projects implemented by the GPS government have been carried out well. He is convinced that there are leaks, distortions and for the benefit of cronies. He took the example of the construction of a pure soul road that should have been completed connecting his longhouse to Belaga Town. But so far not ready. even the construction was abandoned. This project has also cost hundreds of millions of ringgit.

    Gabriel asked PMX Anwar Ibrahim not to trust too much the figures and statistics reported. Instead, come personally to see the people's problems.


Guest User
12 January 2023

Topik Pada Hari Ini:
> Gereng Jadum, penduduk Penan dari Tegulang-Murum – Penan dari Murum mahu PM DSAI datang  mengemas apa yanng GPS menghancurkan di Kawasan penempatan Murum
> Fiqah Roslan, jurucakap kempen #tiadaguru# – Pelajar menyaman guru dan kementerian PENDIDIKAN sejak 2015, mereka mahu Sistem Pendidikann direformasi
> Cikgu Diog, PKR Puncak Borneo – Sistem Pendidikan yang adil? GPS boleh melaksanakan 20 tahun yang lalu atau lebih awal, mengapa tunggu sekarang
> Kelvin Yii, Ketua Pemuda DAP dan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching – Pemuda Borneo akan menjadi Agen perubahan di Malaysia Baharu

 

On Today Show:
> Gereng Jadum, a Penan resident from Tegulang-Murum – Penan from Murum want PM DSAI come to clean up GPS mess in Murum resettlement
> Fiqah Roslan,the spokoperson for #tiadaguru# campaign – Students sued teacher and ministry of EDU since 2015, they want Edu System be reform
> Cikgu Diog, PKR of Puncak Borneo – Fair Edu system? GPS can be implement 20 years ago or more, why wait now
> Kelvin Yii, Chief of DAP Youth and DAP MP for Bandar Kuching – Borneo Youth will be Agent of change in New Malaysia 

  • [BERITA UTAMA]

    Gereng Jadum penduduk Penan dari Tegulang-Murum.

    Pada tahun 2015 SEB berjaya menyiapkan empangan hidro elektrik Murum dengan kos RM4.1 juta. bagi menyokong bekalan tenaga elektrik untuk industri berat di SCORE- Sarawak. Namun tidak harus dilupakan bahawa terdapat 7 buah rumah panjang kaum penan dan kenyah yang terpaksa dipindahkan ke kawasan penempatan tegulang dan metalun bagi memberi laluan kepada pembinaan empangan hidro murum.

    Namun setelah 8 tahun berlalu penduduk penan di kedua-dua kawasan penempatan ini hidup dalam kesusahan bila tidak diberi kemudahan yang mencukupi. Di Kawasan penempatan baru ini masih tiada sekolah, tiada klinik dan penduduk masih berdepan kesukaran mendapatkan air bersih. Mereka tidak diberi tanah pertanian dan kini mereka mencari pekerjaan dengan syarikat perladangan kelapa sawit berdekatan. Mereka meminta perdana menteri Anwar Ibrahim datang segera membantu mereka.

    Penduduk penan disini juga mengadu bahawa jalan raya ke perkampungan mereka dan ke sekolah SK Metalun (sekolah sementara yang menumpang di bangunan yang didermakan oleh kontraktor pembinaan empangan) belum dibina. Tambah mendukacitakan mereka guru-guru disini tidak begitu serius mendidik anak kaum Penan . Mereka merayu kepada perdana menteri, menteri kesihatan dan menteri pendidikan untuk datang dan menyelesaikan masalah mereka.

    [TOP STORY]

    Gereng Jadum, a Penan resident from Tegulang-Murum.

    In 2015, SEB successfully completed the Murum hydro-electric dam at a cost of RM4.1 million. to support the supply of electricity for heavy industry in SCORE- Sarawak. But it should not be forgotten that there are 7 Penan and Kenyah longhouses that had to be moved to the tegulang and metalun settlement areas to make way for the construction of the Murum hydro dam.

    However, after 8 years have passed, Penan residents in these two settlement areas are living in hardship if they are not given adequate facilities. In this new settlement area there is still no school, no clinic and residents are still facing difficulties in getting clean water. They were not given agricultural land and now they are looking for work with a nearby oil palm plantation company. They asked the prime minister Anwar Ibrahim to come and help them immediately.

    Penan residents here also complain that the road to their village and to the SK Metalun school (a temporary school housed in a building donated by the dam construction contractor) has not been built. Adding to their sadness, the teachers here are not very serious about educating the children of the Penan people. They appealed to the prime minister, health minister and education minister to come and solve their problems.


Guest User
11 January 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Istimewa oleh SR – Rombakan Kabinet negeri Sabah tetapi tidak stabil
> Barnie Lasimbang, aktivis dari Sabah - Orang Sabah tidak mahu Langkah Kota Kinabaru
> Puan Catherine dari Marudi – Mangsa yang tanpa IC menyalahkan kerajaan negeri bertindak terlalu lambat
> Tian Chua, bekas naib presiden PKR – Harap pemimpin parti PKR akan menerima rayuannya

On Today Show
> Special Randau by SR – Sabah state Cabinet reshuffle but unstable
> Barnie Lasimbang, activist from Sabah – Sabahan don’t want KotaKinabaru Move
> Mrs. Catherine from Marudi – No IC victim blame state gov act too slow
> Tian Chua, former vice president of PKR – Hope the party leader will accept His appeal 

  • [TOPIK UTAMA] Rombakan Kabinet negeri Sabah tetapi tidak stabil

    Sabah setakat ini telah ada 16 ketua menteri dan sekarang berlaku lagi krisis politik di Sabah. Sebabnya kerana ahli-ahli politik yang tamakkan kuasa, wang dan jawatan. Kali ini masalah dicetuskan oleh parti warisan dan UMNO/BN Sabah. Setakat ini Ketua Menteri Sabah Hajiji kekal berkuasa dengan sokongan 44 daripda 79 ahli dewan undangan negeri. Sabah tidak harus mengadakan pilihanrya terlalu kerap kerana ia akan menimbulkan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan serta pembaziran kewangan. Sabah perlukan ahli politik yang matang, bertanggungjawab dan jujur. Sepatutnya seluruh kepimpinan di Sabah menumpukan perhatian terhadap gesaan perdana menteri untuk perlaksanaan segera MA63. Keadaan politik di Sabah masih belum menentu walaupun Hajiji melakukan rombakan kabinet hari ini. Namun ia tidak menggambarkan kerajaan perpaduan seperti dicadangkan perdana menteri. Wakil Parti Warisan tiada dalam kabinet Sabah dan Bung Mokthar digugurkan daripada jawatan dalam kabinet negeri. Untuk rekod Sabah adalah antara negeri yang belum menguatkuasakan undang-undang anti lompat parti

    [TOP STORY] Sabah state Cabinet reshuffle but unstable

    Sabah has so far had 16 chief ministers and now there is another political crisis in Sabah. The reason is because of politicians who are greedy for power, money and position. This time the problem was caused by the heritage party and UMNO/BN Sabah. So far Sabah Chief Minister Hajiji remains in power with the support of 44 out of 79 members of the state legislative assembly. Sabah should not hold elections too often because it will cause inefficiency of government administration and waste of money. Sabah needs mature, responsible and honest politicians. The entire leadership in Sabah should focus on the prime minister's call for the immediate implementation of MA63. The political situation in Sabah is still uncertain even though Hajiji reshuffled the cabinet today. But it does not depict a unity government as proposed by the prime minister. Parti Warisan's representative is not in the Sabah cabinet and Bung Mokthar was dropped from his position in the state cabinet. For the record, Sabah is one of the states that has not enforced the anti-party jumping law


Guest User
10 January 2023

Topik Pada Hari Ini:
> Randau Istimewa oleh SR – kepimpinan Sabah terkini
> Peter Kallang Pengerusi Save Rivers – hakisan tanah berlaku di hilir Sungai Baram, Save Rivers menggesa Kerajaan BERHENTI PEMBALAKAN SEGERA
> Mear Razak, penyelidik lapangan SAM – ladang monokultur BUKAN HUTAN, kerajaan Perak jangan mengelirukan rakyat
> Lee Chean Chung, MP Petaling Jaya – TANPA DOKUMEN bukan isu baru, GPS selepas 60 tahun baru ambil Tindakan
> Encik Robert dari Bintulu – Lantik Adun yang tidak adda hasil sebagai penasihat Perdana Sarawak membazir wang rakyat

On Today Show:
> Special Randau by SR – the update Sabah leadership
> Peter Kallang Chairman of Save Rivers – soil erosion happened at downstream of Baram River, Save Rivers urged Gov to STOP LOGGING IMMEDIATELY
> Mear Razak, field researcher for SAM – monoculture plantation NOT FOREST, Perak government should not confuse the people
> Lee Chean Chung, MP for Petaling Jaya – UNDOCUMENTED not the new issue, GPS after 60years only take action
> Mr Robert from Bintulu – Appoint non-contributor Adun as advisor of Premier Sarawak is wasting people’s money 

  • [TOPIK UTAMA]
 PM DSAI mencadangkan kerajaan perpaduan di Sabah. Tetapi Hajiji dan team agak keberatan kerana tidak setuju dengan cara politik Bung Mokthar. Kesan ketara jika berlaku pergolakan di Sabah adalah- sekiranya kedudukan Bung Mokthar tergugat maka kedudukan Zahid Hamidi juga tergugat. Sekiranya Zahid tergugat maka sokongan terhadap PMX juga tergugat. Jika kemelut gagal diatasi. Maka pilihanraya negeri terpaksa diadakan. Jika PH kalah dalam pilihanraya negeri. Maka dibumbangkan akan memberi kesan domino kepada pilihanraya di 6 negeri di Semenanjung Malaysia.

    
 [TOP STORY]
 PM DSAI proposed a unity government in Sabah. But Hajiji and the team are a bit reluctant because they don't agree with Bung Mokthar's politics. The significant impact if there is unrest in Sabah is - if Bung Mokthar's position is compromised then Zahid Hamidi's position is also compromised, then it happened to PM DSAI too. If the crisis fails to be overcome, the state elections had to be held. If PH loses in the state election. So being overthrown will have a domino effect on the elections in 6 states in Peninsular Malaysia.


Guest User
9 January 2023

Topik Pada Hari Ini
> Iswardi Morni, peguam aktivis dari Sarawak – Muhyiddin mendapat terlalu banyak wang melalui pemberian kontrak terus
> Dr Micheal Teo, bekas Ahli Parlimen Miri – autonomi penjagaan kesihatan dan projek yang diluluskan bernilai RM50 juta? GPS mesti telus, bukan untuk menyerahkan projek kepada kroni
> Abdul Razak Ismail, setiausaha agung Parti Hijau Malaysia – cadangan projek perladangan di Hutan Simpan Peraks Kledang Saiong, Ada di kawasan parlimen Anwar, NGO menggesa Anwar campur tangan dalam perkara
> Alfian Tuah dari Sg Asap – Penduduk Empangan Bakun berpindah ke Sungai Asap tanpa Balai Bomba, kebakaran yang memusnahkan nyawa dan harta benda

 

On Today Show
> Iswardi Morni, activist lawyer from Sarawak – Muhyiddin has got too much money through direct awarding of contracts

> Dr Micheal Teo, former MP for Miri – healthcare autonomy and approved project worth RM50 million? GPS must be transparent, not to hand over the projects to cronies

> Abdul Razak Ismail, secretary general of Parti Hijau Malaysia – the proposed plantation project in Peraks Kledang Saiong Forest Reserve, Some are in Anwar's parliamentary constituency, NGOs urged Anwar intervene on the matter
> Alfian Tuah from Sg Asap – Bakun Dam residents relocated to Sungai Asap without Fire Station, devastating fires destroyed people’s life and property.

  • Description text goes here[BERITA UTAMA]

    Iswardi Morni, peguam aktivis dari Sarawak – Muhyiddin mendapat terlalu banyak wang melalui pemberian kontrak terus

    Menurut Iswardi Krisis politik Sabah- yang  tercetus secara berterusan (ketua menteri sering berganti) ekoran terlalu ramai figura politik yang mementingkan kedudukan, wang dan projek melebihi kepentingan rakyat. Masing-masing ada wang dan menggunakan wang untuk membeli sokongan. Lebih-lebih lagi keputusan jemaah menteri yang memutuskan projek pembangunan 50 juta atau kurang akan di kendalikan sendiri di bawah kuasa negeri. Ini baik untuk mempercepatkan pembangunan untuk rakyat di Sabah dan Sarawak, tetapi dari sudut pandang orang politik ia adalah peluang untuk dapat wang. Maka motivasi untuk berada di puncak kuasa semakin kuat. Iswardi meramalkan kemungkinan PM Anwar akan mencadangkan kerajaan perpaduan di peringkat negeri Sabah. Bedasarkan perkembangan sehingga hari ini. Belum menampakkan krisis di Sabah menggoyahkan kerajaan perpaduan di persekutuan.

    Berkaitan perkembangan siasatan SPRM terhadap Adam Radlan (sepupu menantu Muhyiddin). Adam Radlan bolehlah dikatakan sebagai broker politik Muhyiddin. Bedasarkan keterangan setakat ini Adam dikatakan mendapat wang daripada projek-projek yang diluluskan oleh Muhyaddin Yasin dan wang itu disalurkan kepada Parti Pribumu Bersatu (PPBM). Oleh kerana telah terlalu banyak wang yang telah diambil melalui cara pemberian kontrak secara terus maka sebab itulah Mahyuddin Yassin bersungguh-sungguh ingin menjadi perdana menteri semula supaya dapat tutup segala penyelewengan ini. Inilah juga sebab kenapa PPBM tak mahu bekerjasama dengan  PH. Kerana jika berkerjasama - PH akan memegang jawatan Perdana Menteri. Dan perdana menteri ada semua ekses kepada segala dokumen di semua kementerian. Pasti kes-kes penyelewengan ini akan terbongkar juga.

     

    [TOP STORY]

    Iswardi Morni, activist lawyer from Sarawak – Muhyiddin has got too much money through direct awarding of contracts

    According to Iswardi Sabah's political crisis - which erupts continuously (the prime minister often changes) due to too many political figures who care about positions, money and projects above the interests of the people. Each has money and uses money to buy support. Moreover, the decisions of the council of ministers that decide on development projects of 50 million or less will be handled by themselves under the authority of the state. This is good for speeding up development for the people in Sabah and Sarawak, but from the point of view of politicians it is an opportunity to get money. So the motivation to be at the peak of power is getting stronger. Iswardi predicts the possibility that PM Anwar will propose a unity government at the Sabah state level. Based on developments to date. The crisis in Sabah has yet to shake the unity government in the federation.

    Regarding the development of the MACC investigation against Adam Radlan (cousin of Muhyiddin's son-in-law). Adam Radlan can be said to be Muhyiddin's political broker. Based on the evidence so far, Adam is said to have received money from projects approved by Muhyaddin Yasin and the money was channeled to Parti Pribumu Bersatu (PPBM). Because too much money has been taken through direct awarding of contracts, that is why Mahyuddin Yassin really wants to become prime minister again so that he can close all these irregularities. This is also the reason why PPBM does not want to cooperate with PH. Because if we cooperate - PH will hold the position of Prime Minister. And the prime minister has all access to all documents in all ministries. Surely these cases of malpractice will be revealed as well.


Guest User