BERSIH beginning of the end for Najib?

Monday 31 August, 2015

IMG_1349

On today’s show, we talk to Billy Kabi on the encroachment by BBC Plantation Sdn Bhd. We highlighted this issue in July and barely a month in, Assistant Estate Manager Frederick Ting has ordered for access by villagers into personal oil palm plots be cut off citing the land now belongs to the company. When confronted by the villagers, BBC Plantation Sdn Bhd were unable to produce documents to back their claim.

The unethical practices in the oil palm industry in Sarawak gains visibility now that the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) has called for a boycott on oil palm fruits harvested by villagers from Nanga Machan, Kanowit. We speak to Kadam Embuyau again, and he tells us this is reiteration after villagers filed a police report against MPOB. The villagers are currently seeking help from the Sarawak Dayak Iban Association as no money is coming in – they have not been paid from the joint venture with Boustead Pelita and now, no company will buy oil palm fruits harvested by them.

BERSIH4 has been successfully organised in Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching and the world over. In Malaysia, organisers overcame obstacles from venue rejection, police intimidation, censorship of BERSIH4 website and information as well as an eleventh hour decree by Home Minister Ahmad Zahid Hamidi that any yellow clothing, or printed material with “BERSIH4” are now illegal in Malaysia. We speak to all three organisers to ask what is next as Prime Minister Najib declares that he will not step down and even called those who participated in the peaceful rally “immature” and “traitors”. Is BERSIH the beginning of the end for Najib?

Tune in for all this and more, plus our daily Borneo Bulletin. Enjoy. Semoa kita tau bejako!

BAHASA MALAYSIA

BERSIH bermulanya jalan akhir Najib sebagai PM?

Dalam rancangan kita hari ini, kita bersama dengan Billy Kabi mengenai pencerobohan tanah oleh BBC Plantation Sdn. Bhd. Isu ini telah kami bawa dalam rancangan kami pada Julai. Baru-baru ini, Pembantu Pengurus Frederick Ting telah mengarahkan akses oleh penduduk kampung ke plot ladang kelapa sawit diputuskan. Apabila mendapat tentangan dari penduduk kampung, BBC Plantation tidak mampu menghasilkan dokumen mengenai tuntutan mereka.

Amalan tidak beretika industri kelapa sawit di Sarawak menjadi lebih nyata. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memboikot buah kelapa sawit yang dijual oleh penduduk kampung dari Nanga Machan, Kanowit. Kita bersama dengan Kadam Embuyau sekali lagi dan beliau mengatakan boikot ini adalah balas dendam MPOB selepas penduduk membuat laporan polis terhadap MPOB. Penduduk kampung kini meminta bantuan Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) kerana mereka tidak ada cara lain untuk menyara keluarga – mereka tidak menerima bayaran dari kerjasama JV dengan Boustead Pelita, dan sekarang, tiada syarikat akan membeli hasil tuaian sawit mereka!

BERSIH4 telah berjaya dianjurkan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan 75 bandar antarabangsa di 22 buah negara. Di Malaysia, penganjur-penganjur teleh berdepan dengan tentangan seperti penolakan tempat, ugutan polis, sekatan laman web dan informasi BERSIH4 dan larangan saat akhir oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan sebarang baju kuning atau barangan BERSIH4 adalah haram di Malaysia! Najib Razak berkata beliau tidak akan berganjak dan menggelar peserta perhimpunan BERSIH4 sebagai golongan yang “tidak matang” dan “pengkhianat”. Kita bersama dengan ketiga-tiga orang penganjur di ketiga-tiga buah bandar dan bertanya : Adakah BERSIH4 bermulanya jalan akhir Najib sebagai PM?

Bersama kita untuk semuanya malam ini dan juga Buletin Borneo harian kita. Semoa kita tau bejako!


Stay in touch with
Radio Free Sarawak