2 March 2023

Topik Pada Hari Ini
> Roland Engan, presiden PKR Sarawak – Terangkan pelbagai jenis pembalakan haram dan tekankan bahawa masyarakat mesti tahu cara berunding dengan syarikat pembalakan
> Zulhaidah Suboh, Ketua Wanita PKR Sarawak – pembalakan haram menjadikan syarikat dan ahli politik kaya, tetapi orang pedalaman kehilangan tanah dan miskin
> Clive Allen, Presiden Majlis Belia Orang Asli – pembangunan Orang Asli nampak terbantut, kerajaan perlu tukar langsung kepada pembangunan yang lebih baik
> En. Andi orang tanpa kerakyatan berumur 33 tahun – Tiada IC dan caj perubatan kos RM3000

On Today Show
> Roland Engan, president of PKR Sarawak – Explain the various types of illegal logging and emphasize that communities must know how to negotiate with logging companies
> Zulhaidah Suboh, PKR Sarawak Women Chief – illegal logging make companies and politician rich, but interior people lost land and poor
> Clive Allen, President of Orang Asli Youth Council – development of Orang Asli seem stagnant, gov need to change the direct to better development
> Mr. Andi stateless person age of 33 years old – No IC and charge by medical costs RM 3000

  • [BERITA UTAMA]

    Beliau berkata, penduduk pedalaman sering menderita kerana tidak tahu berunding, jadi beliau menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses rundingan: apabila masyarakat pedalaman menghadapi pencerobohan atau rundingan oleh syarikat pembalakan, mereka mesti mengambil bahagian bersama-sama penduduk kampung bukannya berunding sendirian. Kedua, syarikat pembalakan mesti dikehendaki menunjukkan lesen pembalakan - PEC dan rancangan penuaian, peta dan tarikh akhir projek, dan hanya dengan bahan ini mereka boleh berunding dengan pihak lain. Sekiranya masyarakat tidak bersetuju dengan kandungan dan hasil rundingan, syarikat pembalakan mesti mencari lokasi lain.

    Roland menegaskan bahawa bagi kampung yang dahulunya mempunyai hutan konsesi, kerajaan mesti menaik taraf infrastruktur mereka bagi mengimbangi kerugian mereka.

    Beliau berkata, apabila berurusan dengan syarikat pembalakan, masyarakat mesti meminta laporan alam sekitar oleh lembaga alam sekitar sumber asli.

    [TOP STORY]

    He said that interior people often suffer because they don’t know how to negotiate, so he listed the matters that need to be paid attention to in the negotiation process: when interior communities face invasion or negotiation by logging companies, they must participate together with the villagers instead of negotiating alone. Second, the logging company must be required to show the logging license - PEC and harvesting plan, map and project deadline, and only with these materials can they negotiate with the other party. If the community disagrees with the content and outcome of the negotiations, the logging company must find other locations.

    Roland emphasized that for villages that used to have concession forests, the government must upgrade their infrastructure to compensate for their loss.

    He empahsize, when deal with the logging companies, the community must request the environment report by natural resources environment board.


Guest User
1 March 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Khas – hubungi RFS untuk melaporkan pembalakan haram di Sarawak
> Chris Lau, aktivis wartawan dari Sarawak – Jangan sasarkan T20, yang penting adalah memerangi rasuah
> Nurul Rifayah, aktivis belia Undi18 – Kerajaan mesti tunaikan janji mansuh AUKU
> Richarh Engan dari Baram – jika GPS masih dalam kerajaan, i akan terus menghalang pembangunan Sarawak

On Today Show
> Special Randau – call RFS to report the illegal logging in Sarawak
> Chris Lau, journalist activist from Sarawak – Do not target T20, it is important to combat corruption and save money for the national revenue
> Nurul Rifayah, youth activist from Undi18 – Gov must fulfill the promise to abolish AUKU
> Richarh Engan from Baram – if GPS is still in the government, it will still hinder the development of Sarawak

  • [BERITA UTAMA]

    Ada pemberi maklumat kepada RFS – memaklumkan bahawa pembalakan haram yang berleluasa di Sarawak dilakukan oleh syarikat pembalakan gergasi yang menceroboh Kawasan hutan tanpa diketahui oleh penduduk tempatan dan pihak berkuasa. Sebagai contoh. Syarikat ini hanya dibenarkan membalak di Kawasan A dengan keluasan 10,000 hektar. Tetapi secara senyap-senyap syarikat tersebut membalak lebih daripada Kawasan yang diluluskan. Ada juga pencuri balak secara kecil-kecilan, yang menebang kayu balak beberapa ratus batang dan menjualnya kepada syarikat balak berlesen. Inilah antara taktik yang dilakukan oleh pembalak haram di Sarawak. Anda yang ada maklumat. Sila hubungi RFS di 013-5515219.

    [TOP STORY]

    There is a whistleblower to the RFS - informed that rampant illegal logging in Sarawak is carried out by giant logging companies that encroach on forest areas without the knowledge of local residents and authorities. For example. This company is only allowed to log in Area A with an area of 10,000 hectares. But quietly the company is logging more than the approved Area. There are also small-scale log thieves, who cut several hundred logs and sell them to licensed logging companies. This is one of the tactics used by illegal loggers in Sarawak. You are the one with the information. Please contact RFS at 013-5515219.


Guest User
28 February 2023

On Today Show
> Harrison Ngau- Lawyer, human rights and environmental activist. He is also a former MP of Baram – logging should be stopped immediately because the timber in Sarawak has run out
> Uncle May from Sg Tangap Sibuti – Unbalanced development between Malays and Dayaks in Sibuti
> Shahrizal Denci, Muda co-founder and vice-president – Sabah must implement anti-hopping law in coming state assemble
> Mr Jimmy from Miri – is good that merchants respond to the gov's plan to reduce living expenses and voluntarily launch menu rahmah

 

Pada Rancangan Hari Ini
> Harrison Ngau- Peguam, aktivis hak asasi manusia dan alam sekitar. Beliau juga bekas ahli parlimen Baram – pembalakan harus dihentikan segera kerana kayu balak di Sarawak sudah habis
> Pakcik May dari Sg Tangap Sibuti – Pembangunan tidak seimbang antara Melayu dan Dayak di Sibuti
> Shahrizal Denci, pengasas bersama dan naib presiden Muda – Sabah mesti melaksanakan undang-undang anti-lompat dalam persidangan DUN yang akan datang
> Encik Jimmy dari Miri – ada baiknya peniaga bertindak balas terhadap rancangan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan sara hidup dan secara sukarela melancarkan menu rahmah

  • [TOP STORY]

    The Minister of Natural Resources, Environment and Climate Change (YB Nik Nazmi Nik Ahmad) responded in a parliamentary conference that 90 cases of illegal logging occurred in Malaysia last year 2022 and 60 of them occurred in Sarawak. For Harrison- this is no surprise. In fact, the number may be even greater.

    For Harrison illegal logging is grouped into several categories. First- a logging company that is given a logging license in the traditional land area of the original people. This is also illegal logging. The reason is that the timber company has a permit and license from the Sarawak government. But did not get permission from the original people who own the land and wood. Second, under the 1994 NREB ordinance, any logging company that carries out re-logging activities in areas that have been logged (most logging licensees in Sarawak in this category) must prepare an EIA report. But as far as we know - not a single logging company makes/dismisses an EIA report before re-logging activities are carried out. Harrison emphasized that all logging licenses granted are conditional and subject to specific laws, not just in bulk. Logging companies are taking advantage of fooling illegal miners.

    Harisson stressed that logging should be stopped immediately because the timber in Sarawak has run out. On the other hand, the government under the leadership of PMX should concentrate and give large allocations to native people to be involved in reforestation with native wood species on a large scale. In fact, not only replanting wood, but growing cane and producing honey organically.

    In combating illegal logging, the PMX-led government must have political determination, be free of corruption, have a clear policy and the role of whistleblowers is very important. Enforcers should be firm and not compromise with corruption and abuse of power. Related to the claims of logging companies who say that they practice logging that complies with the Forest Management Unit (FMU). For Harisson FMU It looks beautiful on paper only. But the implementation is far astray. At least the recognition of FMU should be from the owner of the forest/wood where the logs are felled and the results should also be returned directly to the original person as the owner of the logs. Whatever the reason, according to Harrison, logging in Sarawak should be stopped for the sake of environmental sustainability.

    [BERITA UTAMA]

    Menteri Sumber Asli , Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (YB Nik Nazmi Nik Ahmad) menjawab dalam persidangan parlimen bahawa, 90 kes pembalakan haram berlaku di Malaysia tahun 2022 yang lalu dan 60 daripadanya berlaku di Sarawak. Bagi Harrison- ini tidak mengejutkan. Malah mungkin angkanya lebih besar lagi.

    Bagi Harrison pembalakan haram dikelompokkan dalam beberapa kategori. Pertama- syarikat pembalakan yang diberi lessen membalak dalam Kawasan tanah adat orang asal. Ini juga adalah pembalakan haram. Sebab, memang syarikat balak ada permit dan lessen daripada kerajaan Sarawak. Tetapi tidak mendapat kebenaran daripada orang asal yang memiliki tanah dan kayu . Kedua dibawah ordinan NREB 1994- mana-mana syarikat pembalakan yang melakukan aktiviti pembalakan semula di Kawasan yang sudah dibalak (kebanyakkan lessen pembalakan di Sarawak dalam kategori ini) harus menyediakan laporan EIA . Namun sejauh yang kita ketahui- tiada satu syarikat pembalakan yang membuat/menyiadakan laporan EIA sebelum aktiviti pembalakan semula dilakukan. Harrison menegaskan bahawa semua lessen pembalakan yang diberikan adalah secara bersyarat dan tertakluk kepada undang-undang khusus, bukan secara pukal sahaja. Syarikat pembalakan mengambil kesempatan memperbodohkan orang pendalaman yang tak celik undang-undang.

    Harisson menegaskan bahawa pembalakan harus dihentikan serta merta kerana kayu balak di Sarawak sudah habis. Sebaliknya kerajaan dibawah pimpinan PMX harus menumpu dan memberi peruntukan besar kepada orang asal untuk terlibat dengan penanaman semula hutan dengan spesies kayu asal secara besar-besaran. Malah bukan menanam semula kayu sahaja, tetapi menanam rotan dan penghasilan madu lebah secara organik.

    Dalam membenteras pembalakan haram kerajaan pimpinan PMX harus ada keazaman politik, bebas rasuah, polisi yang jelas dan peranan pemberi maklumat adalah amat penting. Penguatkuasa harus tegas dan tidak berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa. Berkaitan dengan dakwaan syarikat-syarikat pembalakan yang mengatakan bahawa mereka mengamalkan pembalakan yang mematuhi Forest Management Unit (FMU). Bagi Harisson FMU Nampak cantik diatas kertas sahaja. Tetapi implimentasinya jauh tersasar.Sekurang-kurangnya pemberian pengiktirafan FMU harus daripada pemilik hutan/kayu tempat balak di tebang dan hasilnya juga harus dipulangkan langsung kepada orang asal sebagai pemilik kayu balak tersebut. Apapun alasannya, menurut Harisson pembalakan di Sarawak harus dihentikan demi kelestarian alam sekitar.


Guest User
27 February 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Khas Bajet 2023
> YB chiew choo mun, MP PKR Miri - Bajet 2023 menunjukkan kesungguhan PMX memerangi rasuah
> Gereng Jadum dari Long Menapa Murum dan Surang Laing Dari Long Lua Murum – Apa yang Penan Murum mahu dari Bajet 2023
> Encik Robert dari Bintulu, Aktivis sosial – lebih banyak wang untuk kerajaan GPS, lebih banyak penyelewengan oleh mereka

 

On Today Show
> Special Randau of Budget 2023
> YB chiew choo mun, PKR MP of Miri - Budget 2023 shown PMX determination to fight corruption
> Gereng Jadum from Long Menapa Murum and Surang Laing From Long Lua Murum – What Penan Murum want from Budget 2023
> Mr Robert from Bintulu, Social activist – more money for GPS gov, more misue by them

  • [BERITA UTAMA]

    Menjelang pembentangan Bajet 2023 yang disemak semula, ahli parlimen merentasi jurang politik menekankan kepentingan mengutamakan langkah-langkah untuk memastikan pemulihan ekonomi sambil menangani hutang negara. Ahli Parlimen Subang Wong Chen mengharapkan peta jalan indikatif tentang bagaimana kerajaan akan menguruskan hutang negara , yang berjumlah RM1.5 trilion setakat Januari.

    Sebanyak 90 kes pembalakan haram direkodkan di seluruh negara pada 2022, dengan Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 60 kes, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata 11 kes direkodkan di Perak, diikuti Kelantan (10 kes). ), Sabah (empat), Selangor (dua) dan masing-masing satu kes di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

    [TOP STORY]

    Ahead of the tabling of the revised Budget 2023, MPs across the political divide stressed the importance of prioritising measures to ensure economic recovery while addressing the country’s debt.Subang MP Wong Chen is hoping for an indicative roadmap on how the government will manage the national debt, which stands at RM1.5 trillion as at January.

    A total of 90 cases of illegal logging were recorded nationwide in 2022, with Sarawak having the highest number at 60 cases, Natural Resources, Environment and Climate Change Minister Nik Nazmi Nik Ahmad said 11 cases were recorded in Perak, followed by Kelantan (10 cases), Sabah (four), Selangor (two) and one case each in Johor, Negeri Sembilan and Pahang.


Guest User
24 February 2023

Topik Pada Hari Ini
> Nik Kelesau Pengerusi Pertubuhan Penan Keruan dan Julian dari Ba Pakan – Samling menebang hutan Ba ​​Pakan tanpa permit
> Thomas Fann, pengerusi Bersih 2.0 – menggesa SPR membenarkan pengundi tidak hadir mengundi awal pada enam pilihan raya negeri akan datang
> Nicholas Bawin, aktivis Dayak – mari tunjukkan PMX bahawa NGO Dayak bersatu dengan misi yang sama ke arah menaikkan martabat Dayak Sarawak
> Dominic Mathew, aktivis dari Baram dan pengguna jalan balak – Peringkat pembaikan keliru dengan bahagian jalan, orang pedalaman mahu kerajaan baiki semua

On Today Show
> Nik Kelesau Chairman of the Penan Keruan Organization and Julian from Ba Pakan – Samling cutting down Ba Pakan’s forest without permit
> Thomas Fann, chairperson of Bersih 2.0 – urge EC allow absentees voters to go for early voting on coming six state elections
> Nicholas Bawin, Dayak activist – lets show PMX that Dayak NGOs are United with the same mission towards raising the dignity of the Dayaks of Sarawak
> Dominic Mathew, activist from Baram and logging road users – The repair stage is confused with the road section, the interior people want the government to repair all 

  • [BERITA UTAMA]

    Nick Kelesau- Pengerusi Pertubuhan Penan Keruan. Nick berada di Long Lamam sejak beberapa hari lalu. Nick memberi update berkaitan mesyuarat 3 hari yang sedang berlangsung di Long Lamam Baram. Mesyuarat bermula semalam. Akan diteruskan hari ini dan akan berakhir besok. Diakhir mesyuarat peserta mesyuarat dijangka akan mengeluarkan satu deklarasi untuk mempertahankan hutan Baram daripada pembalakan yang tidak beretika.

    Seramai 118 peserta menyertai mesyuarat itu, wakil-wakil daripada setiap kampung yang berada dalam UBFA- Ulu Baram Forest Area. Seperti Long Lamam, Long Ajeng, Long Murong, Ba Mubui, Ba Sebato, Data Bila, Long Sait, Long Sepigen, Long Bangak, Long Belok, Long Tungan, Long Semiang,, Long Moh, Long Benali, Ba Keramok, Ba Pakan, Ba Abang dan Batu Bungan Mulu. Mesyuarat memutuskan untuk mempertahankan UBFA daripada pembalakan dan menjadikannya sumber makanan dan kehidupan Penan. Kes di Ba Abang telah dibangkitkan dalam mesyuarat dan satu ketetapan akan diambil.

    Seorang peserta dalam mesyuarat tersebut (Julian)mengambil kesempatan untuk melaporkan kepada RFS bahawa Syarikat Pembalakan Samling telah memasuki hutan di Ba Pakan pada 31 january 2023 yang lalu dan menebang 253 batang pokok balak (yang sempat diambil photo). Oleh kerana mendapat tentangan daripada penan Ba Pakan. Manager syarikat tersebut datang ke Ba Pakan pada 15 feb 2023 untuk berdialog dengan penduduk. Tetapi bila disoal adakah syarikat beliau ada persijilan? Tanpa segan pembalak ini menjawab, tiada. Penan Ba Pakan membantah sekeras-kerasnya Tindakan Samling memasuki hutan mereka tanpa kebenaran.

    [TOP STORY]

    Nick Kelesau- Chairman of the Penan Keruan Organization. Nick has been at Long Lamam for the past few days. Nick gave an update on the 3-day meeting that was taking place at Long Lamam Baram. The meeting started yesterday. Will continue today and will end tomorrow. At the end of the meeting, meeting participants are expected to issue a declaration to defend the Baram forest from unethical logging.

    A total of 118 participants participated in the meeting, representatives from each village in the UBFA- Ulu Baram Forest Area. Such as Long Lamam, Long Ajeng, Long Murong, Ba Mubui, Ba Sebato, Data Bila, Long Sait, Long Sepigen, Long Bangak, Long Belok, Long Tungan, Long Semiang,, Long Moh, Long Benali, Ba Keramok, Ba Pakan, Ba Abang and Batu Bungan Mulu. The meeting decided to defend the UBFA from logging and make it a source of food and life for the Penan. The case in Ba Abang was raised in the meeting and a decision will be taken.

    A participant in the meeting (Julian) took the opportunity to report to the RFS that the Samling Logging Company had entered the forest in Ba Pakan on 31 January 2023 and cut down 253 logs (of which a photo was taken). Due to opposition from Ba Pakan's pen. The manager of the company came to Ba Pakan on 15 Feb 2023 to have a dialogue with the residents. But when asked if his company has a certificate? Unabashedly this logger answered, no. Penan Ba Pakan strongly objected to Samling's action of entering their forest without permission.

    [BERITA UTAMA]

    John menjelaskan hampir 10 tahun beliau dalam parti DAP- cadangan untuk peruntukan khas untuk kaum Dayak sentiasa disuarakan. Namun Ketika itu DAP adalah pembangkang. Kini keadaannya jauh berbeza.

    sekiranya diberi peluang bercakap kepada perdana Menteri. Beliau akan meminta peruntukan khas untuk kaum Dayak sebesar RM1 billion setahun. Memandangkan kaum Dayak Sarawak ketinggalan jauh dalam banyak bidang. Melalui dana khas 1 billion itu- 300 juta untuk membantu anak-anak Dayak yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan di luar negara. 300 juta lagi akan digunakan untuk modal permulaan/teroka bagi kaum Dayak memulakan perniagaan atau memperbesarkan perniagaan dan 400 juta lagi digunakan dalam bidang agro pertanian. Kaum Dayak diketahui umum memiliki tanah yang luas. Tetapi tiada modal dan kepakaran serta teknologi untuk memajukannya. Dengan dana khas ini akan sangat membantu kaum Dayak.

    Namun menurut John- kelemahan kaum Dayak selama ini, mereka hanya pandai bercakap melalui media sahaja atau meluahkan perasaan di FB. Sepatutnya cadangan kepada kementerian kewangan atau kementerian ekonomi dibuat dengan terperinci melalui forum, workshop, persidangan, kertas kerja dan mendapatkan data yang lengkap di lapangan. John mengharapkan semua pihak berkerjasama untuk menghasilkan plan yang konkrit untuk memajukan kaum Dayak Sarawak.

    [TOP STORY]

    John explained that in his almost 10 years in the DAP party, proposals for special provisions for the Dayaks were always voiced. But at that time DAP was the opposition. Now the situation is much different.

    if given the opportunity to speak to the Prime Minister. He will request a special allocation for the Dayaks amounting to RM1 billion per year. Since the Dayaks of Sarawak are far behind in many areas. Through a special fund of 1 billion - 300 million to help outstanding Dayak children continue their education to a higher level in the country and abroad. Another 300 million will be used for start-up/venture capital for Dayaks to start businesses or expand businesses and another 400 million will be used in the field of agro-agriculture. The Dayaks are known to have vast land. But there is no capital and expertise and technology to develop it. With this special fund, it will greatly help the Dayak people.

    But according to John- the weakness of the Dayak people so far, they are only good at speaking through the media or expressing their feelings on FB. Proposals to the ministry of finance or the ministry of economy should be made in detail through forums, workshops, conferences, working papers and obtaining complete data in the field. John expects all parties to work together to produce a concrete plan to advance the Dayaks of Sarawak.


Guest User
23 February 2023

Topik Pada Hari Ini:
> John Brian Anthony, Pengerusi Tetap Parti Bangsa Dayak Sarawak – NGO Dayak mahu dana khas daripada Kerajaan Persekutuan untuk Orang Dayak
> Willie Henry Majang, Presiden Persatuan Pemikir Dayak – Lapan Dayak NGO mengeluarkan kenyataan bersama kepada PMX Anwar
> Dennis Hang, aktivis di Murum – Jangan pentingkan diri untuk mengorbankan hak belajar anak-anak, SK Metalun perlu siapkan segera
> George Lam, DAPSY Sarawak – terdapat banyak "menara hantu" di pedalaman-DAPSY Sarawak memberitahu Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital
> Jefferey Ngui, Presiden Muda Sarawak – Muda mencadangkan: semua Ahli Parlimen yang dipilih dalam PRU 15 mesti diberi layanan sama rata atas peruntukan

 

On Today Show:
> John Brian Anthony, Permanent Chairman of the Sarawak Dayak Nation Party – NGO Dayaks wants special funds from Federal Government for Dayak People
> Willie Henry Majang, President of the Dayak Thinkers Association – 8Dayaks NGOs issued join statement to PMX Anwar
> Dennis Hang, activist in Murum – Don't be selfishness to sacrifice children's study rights, the SK Metalun needs to complete immediately
> George Lam, DAPSY Sarawak – there are many “ghosts tower” in interior-DAPSY Sarawak told Deputy Minister of Communications and Digital
> Jefferey Ngui, President of Muda Sarawak – Muda suggest: all elected MPs in PRU 15 must be given equal treatment on allocation

  • [BERITA UTAMA]

    John menjelaskan hampir 10 tahun beliau dalam parti DAP- cadangan untuk peruntukan khas untuk kaum Dayak sentiasa disuarakan. Namun Ketika itu DAP adalah pembangkang. Kini keadaannya jauh berbeza.

    sekiranya diberi peluang bercakap kepada perdana Menteri. Beliau akan meminta peruntukan khas untuk kaum Dayak sebesar RM1 billion setahun. Memandangkan kaum Dayak Sarawak ketinggalan jauh dalam banyak bidang. Melalui dana khas 1 billion itu- 300 juta untuk membantu anak-anak Dayak yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan di luar negara. 300 juta lagi akan digunakan untuk modal permulaan/teroka bagi kaum Dayak memulakan perniagaan atau memperbesarkan perniagaan dan 400 juta lagi digunakan dalam bidang agro pertanian. Kaum Dayak diketahui umum memiliki tanah yang luas. Tetapi tiada modal dan kepakaran serta teknologi untuk memajukannya. Dengan dana khas ini akan sangat membantu kaum Dayak.

    Namun menurut John- kelemahan kaum Dayak selama ini, mereka hanya pandai bercakap melalui media sahaja atau meluahkan perasaan di FB. Sepatutnya cadangan kepada kementerian kewangan atau kementerian ekonomi dibuat dengan terperinci melalui forum, workshop, persidangan, kertas kerja dan mendapatkan data yang lengkap di lapangan. John mengharapkan semua pihak berkerjasama untuk menghasilkan plan yang konkrit untuk memajukan kaum Dayak Sarawak.

    [TOP STORY]

    John explained that in his almost 10 years in the DAP party, proposals for special provisions for the Dayaks were always voiced. But at that time DAP was the opposition. Now the situation is much different.

    if given the opportunity to speak to the Prime Minister. He will request a special allocation for the Dayaks amounting to RM1 billion per year. Since the Dayaks of Sarawak are far behind in many areas. Through a special fund of 1 billion - 300 million to help outstanding Dayak children continue their education to a higher level in the country and abroad. Another 300 million will be used for start-up/venture capital for Dayaks to start businesses or expand businesses and another 400 million will be used in the field of agro-agriculture. The Dayaks are known to have vast land. But there is no capital and expertise and technology to develop it. With this special fund, it will greatly help the Dayak people.

    But according to John- the weakness of the Dayak people so far, they are only good at speaking through the media or expressing their feelings on FB. Proposals to the ministry of finance or the ministry of economy should be made in detail through forums, workshops, conferences, working papers and obtaining complete data in the field. John expects all parties to work together to produce a concrete plan to advance the Dayaks of Sarawak.


Guest User
22 February 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Istimewa oleh Stanley Rentap – Syarikat Pembalakan ialah Raja di Hutan Sarawak
> Alexander Lihan dari Belaga – kontraktor sekolah perlu bayar “tol” kepada syarikat pembalakan
> En Munan Laja dari Song Kapit – Mendesak kerajaan mengatur pegawai JPN memasuki kawasan pedalaman bagi memudahkan proses permohonan mycard
> John Bara dari Uma Akeh Baram – menaik taraf semua jalan, bukan hanya sebahagian saja


On Today Show
> Special Randau by Stanley Rentap – The Logging Company is the King in the Sarawak Forest
> Alexander Lihan from Belaga – contractor of school need paid “toll” to logging company, make people angry
> Mr Munan Laja from Song Kapit – Urge the government to arrange JPN officials to enter the interior to make the process of mycard application more easier
> John Bara from Uma Akeh Baram – upgrades all roads, not just parts of it

  • [BERITA UTAMA]

    Tahun 2015 Empangan Murum siap dibina. Kaum Penan Murum dipindahkan ke 2 tempat penempatan semula iaitu Tegulang dan Metalun. Kedua-dua tempat ini tiada sekolah dan tiada klinik kesihatan. Anak Penan diminta bersekolah dibangunan usang yang ditinggalkan oleh kontraktor pembinaan empangan.

    Menanti dengan penuh harapan selama 6 tahun. Pada tahun 2021 Dermaga Makmur Sdn.Bhd diberi kontrak RM36.9 juta untuk membina sekolah rendah SK Metalun (Dalam Kawasan penempatan penan). Tetapi sehingga semalam dilaporkan hanya 30.11 peratus sahaja kemajuan fizikal pembinaan sekolah ini. Pihak kontraktor memberi alasan- antara sebab kegagalan menyiapkan projek sekolah ini ialah. Syarikat Pembalakan Shin Yang mengenakan tol RM100 hingga RM700 setiap kali mereka melalui jalan syarikat pembalakan itu. (Hanya jalan balak Shin Yang) yang menghubungkan Kawasan metalun dengan dunia luar.

    Persoalan kami di RFS, kenapa syarikat ini terlalu berkuasa. Kenapa kerajaan yang mendapat banyak untung membina empangan – tidak membina jalan ke Kawasan penempatan penan. Kenapa sekolah tidak dibina bersekali dengan pakej perpindahan penan Murum. Kenapa wakil rakyat atau Menteri tidak dapat menyelesaikan masalah dengan syarikat pembalakan ini. Kalau benar ada masalah- bolehkan GPS/Premier Sarawak membatalkan lessen pembalakan untuk syarikat ini.Ini semua menunjukkan ketidakcekapan kerajaan dan agensi yang terlibat. Suatu masa- Ahli Parlimen Hulu Rajang YB Billy Abit Joo pernah ditahan oleh pekerja syarikat pembalakan Shin Yang dan tak dibenarkan melalui jalan syarikat pembalakan terbabit- semasa beliau dalam perjalanan melawat penempatan Penan Murum. Rumusannya melihat kepada kes di Ba Abang dan kes di Metalun. Memperlihatkan bahawa syarikat pembalakan adalah Raja di Rimba Sarawak.

    [TOP STORY]

    In 2015 Murum Dam was completed. The Penan Murum were moved to 2 resettlement places namely Tegulang and Metalun. These two places have no schools and no health clinics. Penan children are asked to attend schools in dilapidated buildings abandoned by dam construction contractors.

    Waiting with hope for 6 years. In 2021 Dermaga Makmur Sdn.Bhd was awarded a RM36.9 million contract to build SK Metalun Primary School (In the penan settlement area). But until yesterday it was reported that only 30.11 percent of the physical progress of the construction of this school. The contractor gave reasons - one of the reasons for the failure to complete this school project was. Shin Yang Logging Company charges a toll of RM100 to RM700 every time they pass through the logging company's road. (Only the Shin Yang log road) that connects the metalun Area with the outside world.

    Our question at RFS is why this company is too powerful. Why did the government that made a lot of profit build a dam - not build a road to the penan settlement area. Why is the school not built together with the Murum penan relocation package. Why can't the people's representatives or the Minister solve the problem with this logging company. If there really is a problem - allow GPS/Premier of Sarawak to cancel the logging license for this company. This all shows the inefficiency of the government and the agencies involved. One time - Hulu Rajang Member of Parliament YB Billy Abit Joo was once detained by workers of the Shin Yang logging company and was not allowed to pass through the road of the logging company involved - while he was on his way to visit the Penan Murum settlement. His conclusion looks at the case in Ba Abang and the case in Metalun. Showing that the logging companies are the Kings of the Sarawak Forest.


Guest User
21 February 2023

Pada Rancangan Hari Ini
> Siasatan khas Randau – Jana Wibawa: Ketua maklumat Bersatu Wan Saiful, akan didakwa rasuah pada 21 Feb
> Nick Kelesau, Pengerusi Persatuan Penan Keruan – Penan akan bertemu MTCC dan jabatan perhutanan Sarawak untuk membangkitkan masalah pembalakan haram
> Dennis Along, Ketua Penerangan PKR Baram – menggesa SPRM menyiasat pembalakan haram di ba abang
> Suriani Kempe, presiden Family Frontiers Malaysia – mesti mengurangkan birokrasi dalam proses pemberian/pengeluaran dokumen atau Kad Pengenalan
> Puan Agnes dari Dijih Selangau – menolak GPS untuk melindungi tanah kita

 

On Today Show
> Special Randau – Jana Wibawa probe: Bersatu info chief Wan Saiful, company CEO to be charged with graft on Feb 21
> Nick Kelesau, Chairman of Penan Keruan Association – Penan will meets MTCC and Sarawak forestry department to raise illegal logging problem
> Dennis Along, PKR Baram Information chief – urged SPRM to investigate illegal logging in ba abang
> Suriani Kempe, president of Family Frontiers Malaysia – must less bureaucracy in the process of granting/releasing the document or Identity Card
> Puan Agnes from Dijih Selangau – reject GPS, to protect our land 

  • 【BERITA UTAMA】

    Nick memaklumkan bahawa satu mesyuarat oleh kaum penan dan beberapa suku kaum lain di Baram akan diadakan pada 23/2/2023 di long Lamam. Nick, Panai Erang dan ketua-ketua kaum Penan yang lain juga akan hadir. Difahamkan pihak MTCC dan Jabatan Perhutanan Sarawak juga akan turut hadir. Mesyuarat ini dinamakan UBFA- Ulu Baram Forest Area. Dalam mesyarat ini kaum penan akan mengambil peluang membangkitkan blockade di Ba Abang dan masalah-masalah lain yang berhubung pembalakan yang tidak beretika. Nick menjelaskan bahawa – walaupun syarikat pembalakan ada lessen dan permit membalak. Tetapi jika mengikut garis panduan oleh MTCC dan FMU. Syarikat pembalakan ini tidak dibenarkan membalak jika tidak mendapat keizinan daripada masyarakat yang tinggal dalam Kawasan hutan berkenaan. Nick berharap mesyuarat ini akan dapat menyatukan penduduk Baram untuk menentang pembalakan yang mengancam kehidupan mereka.

    [TOP STORY]

    Nick informed that a meeting by the Penan people and some other tribes in Baram will be held on 23/2/2023 at long Lamam. Nick, Panai Erang and other Penan leaders will also be present. It is understood that the MTCC and the Sarawak Forestry Department will also be present. This meeting is called UBFA- Ulu Baram Forest Area. In this condition, the Penan people will take the opportunity to raise the blockade in Ba Abang and other problems related to unethical logging. Nick explained that – although logging companies have lessens and logging permits. But if following the guidelines by MTCC and FMU. This logging company is not allowed to log without obtaining permission from the community living in the forest area concerned. Nick hopes that this meeting will be able to unite the people of Baram to oppose the logging that threatens their lives.


Guest User
20 February 2023

Pada Rancangan Hari Ini
> Iswardy Morni, aktivis peguam dari Sarawak – Projek Jana Wibawa dan Kertas Pandora: PMX Anwar mula membanteras rasuah
> Nick Kelesau, Aktivis Penan dari Long Kerong - Ba Abang tidak dapat berhubung dengan luar, wifi dimatikan semasa polis datang untuk membuka blockade
> YB Chua Wei Kiat, timbalan ketua penerangan PKR dan Adun Rawang – menyokong kaum Penan mempertahankan hak mereka
> Encik Robert, aktivis sosial dari Bintulu – bina jambatan untuk murid sekolah dan bukannya membiarkan mereka pergi ke sekolah dengan menaiki perahu

 

On Today Show
> Iswardy Morni, lawyer activist from Sarawak – Jana Wibawa Project and Pandora Papers: PMX Anwar start cracking down on corruption
> Nick Kelesau, Penan Activist from Long Kerong – Ba Abang can’t get touch with outside, wifi was shut off during police came to dismantle the blockade
> YB Chua Wei Kiat, PKR deputy information chief and Adun of Rawang – support the Penan defend their rights
> Mr Robert, Social activist from Bintulu – build bridge for school kids instead of letting them go to school by boat 

  • [BERITA UTAMA]

    Iswardy sekali lagi dijemput oleh RFS untuk menjelaskan berkaitan 2 siasatan yang dilakukan oleh SPRM sekarang. Iaitu siasatan Projek Jana Wibawa yang menelan kos 5.7 billion dan Pandora Papers - membawa keluar asset dan wang negara Malaysia oleh beberapa individu ke luar negara melalui akaun luar pesisir.

    Projek Jana Wibawa adalah usaha kerajaan membantu kontraktor bumiputra semasa covid untuk terus dapat mencipta peluang pekerjaan dan keuntungan. Namun menurut pengerusi persatuan kontraktor Melayu Malaysia ( Datuk Sri Mohd Fadzil Hassan) – peluang dapat projek/kontrak hanya diberi kepada penyokong parti tertentu sahaja. Mengejutkan dalam masa pentadbiran Muhyiddin Yassin (tak sampai 2 tahun). Akaun parti PPBM (Parti Mahyuddin) mendapat derma dan penajaan hampir 300 juta. Untuk rekod- walaupun kelulusan projek Jana Wibawa mendapat kelulusan cabinet, namun semasa darurat Muhyiddin Yassin berkuasa muthlak. SPRM sedang menyiasat Muhyiddin sebagai antara suspek dalam penyelewengan projek Jana Wibawa.

    Manakala Pandora Papers – melibatkan trillion ringgit dibawa keluar negara melalui akaun luar pesisir yang mencurigakan. Difahamkan – dibawah pentadbiran Anwar. SPRM telah memanggil mantan Menteri kewangan berusia 84 tahun (dipercayai Tun Daim Zainuddin) bagi membantu siasatan. Anwar menegaskan di Parlimen bahawa beliau tidak akan pilih sama ada pihak kerajaan atau pembangkang. Jika didapati bersalah dalam siasatan Pandora Papers. Akan dibicarakan. Menurut Iswardy. Keseriusan perdana Menteri membenteras rasuah dan penyelewengan terlihat jelas hanya dalam masa kurang 3 bulan pentadbiran beliau.

    Manakala semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob- Siasatan terhadap Pandora Papers dihalang dan berlakunya skandal seperti mana Projek Jana Wibawa. Iswardy mengingatkan rakyat Malaysia- khususnya yang akan mengundi dalam pilihanraya di 6 negeri. Pilih kerajaan yang komited membenteras rasuah, berbelanja dengan cermat dan meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas.

    [TOP STORY]

    Iswardy was once again invited by the RFS to explain about the 2 investigations carried out by the MACC now. That is the investigation of the Jana Wibawa Project which cost 5.7 billion and the Pandora Papers - the taking out of Malaysian national assets and money by some individuals abroad through offshore accounts.

    The Jana Wibawa project is a government effort to help bumiputra contractors during covid to continue to be able to create job opportunities and profits. However, according to the chairman of the Malaysian Malay Contractors Association (Datuk Sri Mohd Fadzil Hassan) - the opportunity to get projects/contracts is only given to supporters of certain parties. Shocking during Muhyiddin Yassin's administration (less than 2 years). The PPBM party account (Mahyuddin Party) received donations and sponsorships of almost 300 million. For the record - although the approval of the Jana Wibawa project was approved by the cabinet, during the emergency, Muhyiddin Yassin had absolute power. MACC is investigating Muhyiddin as one of the suspects in the Jana Wibawa project embezzlement.

    While the Pandora Papers - involved trillions of ringgit being taken out of the country through suspicious offshore accounts. Understood - under Anwar's administration. MACC has summoned an 84-year-old former finance minister (believed to be Tun Daim Zainuddin) to assist in the investigation. Anwar insisted in Parliament that he would not choose either the government or the opposition. If found guilty in the Pandora Papers investigation. Will be discussed. According to Iswardy. The Prime Minister's seriousness in combating corruption and corruption is evident in less than 3 months of his administration.

    While during the administration of Muhyiddin Yassin and Ismail Sabri Yaakob- the investigation of the Pandora Papers was prevented and there was a scandal like the Jana Wibawa Project. Iswardy reminded Malaysians - especially those who will vote in the elections in the 6 states. Choose a government that is committed to fighting corruption, spending carefully and putting the interests of the people first.


Guest User
17 February 2023

Topik Pada Hari Ini
> Specia Randau – sisa radioaktif lynas seumur hidup sehingga bilion tahun / Anwar memimpin kerajaan membawa keberanian SPRM untuk menyiasat Kertas Pandora / PM Anwar akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua.
> Cathrine Paul, dari Ba Abang – Ba Abang Penan tidak akan berkompromi, dan menggesa orang ramai untuk menyokong
> Dr Micheal Teo, bekas MP PKR Miri – makanan kos rendah membawa penyakit terdedah B40? Ia adalah karut.

 

On Today Show
> Specia Randau – radioactive waste of lynas lifetimes up to billion years / Anwar lead government bring MACC courage to investigate the Pandora Paper / PM Anwar will be responding to questions posed by Members of Parliament every Tuesday at the First Meeting of the Second Session of the 15th Parliament
> Cathrine Paul- Ba Abang Penan woman who married an Australian – Ba Abang Penan will not compromise, and urge to the public for support
> Dr Micheal Teo, PKR ex-MP of Miri – low cost food bring B40 exposed diseases? It is nonsense. 

  • [BERITA UTAMA]

    RFS mendapat pesanan wsap daripada Patricia Helen memaklumkan bahawa beliau tidak dapat dihubungi kerana tiada liputan internet dan telephone di kampung Ba Abang. Beliau meminta kami menghubungi Cathrine Paul untuk memberi perkembangan.

    Cathrine menjelaskan bahawa kaum penan Ba Abang tak akan membincangkan apa-apa syarat dengan pihak GT Interhill. Kerana satu sahaja matlamat kaum Penan Ba Abang iaitu, syarikat pembalakan harus keluar daripada tanah dan hutan mereka. Sehingga hari ini banyak sudah kerosakan hutan dan sungai di Ba Abang dan kalau diberi lagi lessen membalak kepada syarikat ini makan akan musnahlah hutan kaum penan. Cathrine menjelaskan bahawa kaum penan berhak menjalani cara hidup yang mereka mahukan yang tidak terlalu bergantung kepada wang. Sebaliknya mereka bergantung kepada hutan untuk mendapatkan sumber makanan.

    Cathrine meminta supaya kaum penan di seluruh baram Bersatu hati melawan syarikat pembalakan yang menceroboh tanah mereka. Syarikat-syarikat ini masuk ke tanah mereka tanpa kebenaran . Dan syarikat-syarikat ini juga memecahkan kaum penan kepada beberapa kelompok supaya ada yang menyokong mereka. Cathrine juga meminta mana-mana pihak yang bersetuju dengan kaum penan supaya berblockade bersama mereka. Kerana jumlah kaum penan yang sedikit dan mereka tidak begitu mahir menagani taktik penipuan daripada syarikat pembalakan. Kami di RFS menggesa supaya lessen pembalakan GT Interhil dibatalkan untuk menghormati hak kaum penan.

    [TOP STORY]

    RFS received a WhatsApp message from Patricia Helen informing her that she could not be contacted because there was no internet and telephone coverage in Ba Abang village. He asked us to contact Cathrine Paul to give an update.

    Cathrine explained that Ba Abang Penan people will not discuss any conditions with GT Interhill. Because there is only one goal of the Penan Ba Abang, that is, logging companies should get out of their land and forest. Until today, there has been a lot of damage to the forests and rivers in Ba Abang and if more logging licenses are given to this company, the forests of the Penan people will be destroyed. Cathrine explained that the Penan people have the right to live the way they want that is not too dependent on money. Instead they depend on the forest for food sources.

    Cathrine asked that the Penan people throughout Baram unite to fight the logging companies that are encroaching on their land. These companies entered their land without permission. And these companies also split the Penan people into several groups so that some would support them. Cathrine also asked any party that agrees with the Penan people to blockade with them. Because the number of Penan people is small and they are not very good at dealing with fraudulent tactics from logging companies. We at RFS call for GT Interhil's logging license to be canceled to respect the rights of the Penan people.


Guest User