Sides Are Drawn In The Race To Supremacy | Broadcast 28 February 2020
ENGLISH - On today’s show, the waiting is far from over for the people of Malaysia. Allegiances have shifted time and time again, leaving three names to float in the air of speculation over the race for Prime Minister. Dr Mahathir promises his unity government, picked by his own hand; Anwar Ibrahim offers the people’s mandate, but no longer with a majority; Muhyiddin Yassin offers an entirely new face but with the prospect of bringing back old faces, last seen appearing in court, from the UMNO/PAS losing alliance of GE14. If none of these are workable, in the end, there is always election. We track the offers and withdrawals of support throughout this drama and get some reaction to the possibilities and permutations.
Libra Kiding of Tawau feels betrayed as a voter. They were once so eager to win, she says, and now they can barely be bothered to sort out this mess, which is an economic and PR disaster for the country. It is down to personal agendas and interests so, in an election, she counsels, exercise your vote for your own personal gain.
Mark Bujang of JOAS talks about the panic created amongst the people by this sudden situation which seems to have come out of nowhere and nothing. For him, their reasons are irrelevant, no matter which side; this kind of chaos is a violation of the rights of the voters. If they want to quit, they should talk to the people who voted them to serve. They are entrusted to speak for us and yet how is it they cannot take the time to speak to us before they throw the country into complete disarray. Simply unacceptable, he says. As for the idea of a ‘unity government’, only one voice will be heard and everyone else will be left only to say ‘yes’!
Arutchelvan of Parti Sosialis Malaysia is watching the big guns fighting. These are big dynasties squaring up to each other – families that have had a stranglehold on Malayan politics for far too long, all at the expense of the little people. Their alliances are only to themselves and keeping the same small group of people in power. Now is the time, he says, for multiple voices to be heard, not just those of the ruling classes and the political elite.
Dr Penguang, YB of Marudi from GPS, declares the PH coalition to have been a marriage of convenience bound to end in divorce. Whether Dr Mahathir or Anwar Ibrahim, it makes no difference, he says. GPS is focused on Sarawak and regaining its rights. Either way, this battle between two West Malaysians over the premiership is of little relevance to us in Sarawak. He recounts Abang Jo’s belief that ‘we can cross any bridge when we come to it’. Provided, of course, that the whole country hasn’t crumbled around it!
But, Kelvin Yii, DAP MP for Bandar Kuching, remains hopeful that this mess can be solved under Anwar Ibrahim, with his 93 votes, despite the fact that Dr Mahathir is refusing to meet with anyone and is standing firm on his demands for a unity government. PH can’t accept that, he says, because that is not what they promised the people and Dr M should be more aware that there are limits to his powers, no matter how broad they already are!
But, in the end, the Agong must decide. As the Speaker of the house denies the special sitting of the Dewan Rakyat to determine the new Prime Minister, Dr Mahathir must be feeling those limits. Meanwhile, the rest of us can only wait and see. Tune in for all this and more, including our usual Berita Menoa. Semoa kitai tau bejako!
————
BAHASA MALAYSIA - Dalam siaran hari ini, penantian untuk keputusan akhir adalah masih agak jauh untuk rakyat Malaysia. Kesatuan dan permafakataan silih bertukar ganti hari demi hari, hingga terdapat tiga nama terapung dalam spekulasi dalam perlumbaan untuk menjadi Perdana Menteri. Dr Mahathir menjanjikan kerajaan perpaduan yang dipilih oleh tangannya sendiri; Anwar Ibrahim menawarkan mandat daripada rakyat tetapi kurang majoriti; Muhyiddin Yassin menawarkan wajah yang baru tetapi dengan prospek membawa kembali wajah-wajah yang dilihat mutakhir ini di koridor mahkamah dari kalangan UMNO / PAS yang kalah dalam PRU14. Sekiranya ketiga-tiga tawaran ini tidak dapat dilaksanakan, pasti rakyat akan ke peti undi. Kami menjejaki tawaran-menawar dalam drama minggu ini dengan mendapatkan reaksi dari tetamu temubual kami.
Libra Kiding daripada Tawau merasakan dirinya dikhianati sebagai seorang pengundi. Mereka dahulunya bersemangat untuk menang, katanya, tapi kini mereka tidak bersemangat untuk menyelesaikan masalah yang merupakan bencana ekonomi dan imej bagi negara. Agenda peribadi dan kepentingan diri lebih penting, jadi di dalam pilihan raya kita harus memikir keuntungan peribadi dalam membuat pilihan.
Mark Bujang daripada JOAS menceritakan keadaan panik di kalangan rakyat dengan keadaan situasi mendadak yang tidak kemana-mana. Baginya, alasan mereka adalah tidak relevan, tidak kira mana pihak; kerana kekacauan seperti ini adalah melanggar hak pengundi. Mereka harus berbincang dengan orang-orang yang mengundi mereka kerana mereka diamanahkan untuk bercakap untuk rakyat dan bagaimana mereka tidak boleh meluangkan masa untuk bercakap dengan kami sebelum membawa rakyat dalam kepincangan dan ini tidak boleh diterima, katanya. Mengenai idea 'kerajaan perpaduan', hanya satu suara yang akan didengar. Yang lain ditinggalkan.
Arutchelvan dari Parti Sosialis Malaysia sedang memerhatikan perebutan kuasa sejak dahulu lagi. Katanya, mereka itu adalah dinasti besar yang beradu antara satu sama dengan lain iaitu keluarga-keluarga elit yang sudah mencengkam politik Malaya sekian lama, semuanya atas menggunakan orang-orang kecil sebagai alat. Persekutuan antara mereka hanya untuk diri mereka sendiri bagi menjaga sekumpulan kecil orang yang berkuasa. Sekarang adalah masa, katanya, untuk pelbagai suara didengari. Bukan hanya suaraha golongan pemerintah dan golongan elit politik yang bertelagah, tetapi rakyat - iaitu orang orang kecil.
Dr Penguang, YB Marudi daripad GPS mengisytiharkan pakatan PH adalah satu perkahwinan untuk mendapat kemudahan yang berakhir dalam perceraian. Sama ada Dr Mahathir atau Anwar Ibrahim, ia tidak penting, katanya. GPS memberi tumpuan kepada Sarawak untuk mendapatkan semula haknya. Pertembungan antara dua rakyat Malaysia dari Semenanjung untuk jawatan Perdana Menteri adalah tidak relevan kepada kita di Sarawak. Dia mengulangi amanat Abang Johari bahawa 'kita hanya boleh menyeberangi jambatan bila kita sampai'. Asalkan jangan saja negara sudah rosak!
Tetapi, Kelvin Yii, Ahli Parlimen DAP untuk Bandar Kuching tetap berharapan bahawa keadaan huru-hara ini dapat diselesaikan oleh Anwar Ibrahim, dengan 93 undinya, walaupun pada hakikatnya Dr Mahathir enggan bertemu dengan sesiapa dan berdiri teguh pada tuntutannya untuk kerajaan perpaduan. PH tidak akan menerima ini, katanya, kerana ini bukanlah apa yang dijanjikan kepada rakyat dan Dr M sepatutnya lebih sedar bahawa terdapat had ke atas kuasanya!
Pada akhirnya, Agong mesti membuat keputusan. Apabila Speaker Dewan menafikan persidangan khas Dewan Rakyat untuk menentukan siapa Perdana Menteri yang baru minggu depan, pasti Dr Mahathir merasakan had tersebut. Sementara ini, kita hanya boleh menunggu dan melihat.
Dengarkan semua ini dan banyak lagi, termasuk Berita Menoa kebiasaan kami. Semoga kita tahu!