1 August 2022

Topik pada hari ini:

Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong komen terhadap hubungan antara DAP dan PKR tidak seburuk yang digambarkan.  Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata bahawa PRU15 lebih penting daripada PRU lepas, rakyat mesti keluar mengundi, PH akan selesai kes 1MDB. Zaidel Baharuddin, naib presiden MUDA menggatakan persekutuan perlu menubuhkan tabung Kredit Karbon untuk melindungi hutan Dato Paduka Anthony Nait dari Kuching tidak puas hati ADUN GPS tidak berminat untuk melaksanakan undang-undang anti-lompat. Gleen Baya, Pemilik Bot dari Long Terawan mengadu bahawa di manakah bot itu boleh mendapatkan petrol di tepi sungai? Menteri mesti faham kesusahan rakyat.


[BERITA UTAMA]

Alan Ling See Kiong, Setiausaha Kerajaan Negeri DAP Sarawak – HUBUNGAN DAP DAN PKR TIDAK SEBURUK SEPERTI YANG DIGAMBARKAN.

Isu kerjasama DAP dan PKR kembali timbul menjelang PRU-15. Bukan rahsia hubungan DAP dan PKR tidak begitu mesra. Antara contoh PRN Sarawak ke-11, DAP dan PKR bertembung di 6 kerusi DUN dan bertembung lagi di 1 kerusi DUN (kemena) pada PRN Sarawak ke-12. Di peringkat Pusat, DAP menyokong idea khemah besar, manakala PKR melalui Timbalan Presiden Rafizi Ramli menolak idea khemah besar.

Tetapi Alan menegaskan bahawa hubungan antara DAP dan PKR tidak seteruk seperti yang digambarkan. Malah beliau menjelaskan memang ada perbezaan pendapat, tetapi - kita boleh bertolak ansur antara satu sama lain demi mencapai matlamat kemenangan bersama dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia mewakili PH. Malah Alan memberi jaminan bahawa pada PRU-15 tidak akan berlaku pertindihan kerusi antara DAP dan PKR di Sarawak.

 

[TOP STORY]
Alan Ling See Kiong, State Secretary of Sarawak DAP – THE RELATIONSHIP BETWEEN DAP AND PKR IS NOT AS BAD AS IT IS PORTRAYED

The issue of cooperation between DAP and PKR has arisen again ahead of GE-15. It is not a secret that the relationship between DAP and PKR is not very friendly. Among the examples in the 11th Sarawak PRN, DAP and PKR clashed in 6 state seats and clashed again in 1 state seat (kemena) in the 12th Sarawak PRN. At the Central level, DAP supports the idea of a big tent, while PKR through Deputy President Rafizi Ramli rejects the idea of a big tent.

But Alan insists that the relationship between DAP and PKR is not as bad as it is portrayed. He even explained that there was indeed a difference of opinion, but - we could tolerate each other in order to achieve the goal of mutual victory and crowning Anwar Ibrahim as the prime minister of Malaysia representing PH. Even Alan assured that in GE-15 there will be no overlap of seats between DAP and PKR in Sarawak.


Guest User