16 August 2022

Topik Pada Hari Ini

> Randau Khas – Tiada bukti baharu, tiada penangguhan untuk Najib. Perbicaraan bersambung Khamis di Mahkamah Persekutuan

> Wong Chen, MP PKR Subang – DNB, satu lagi Skandal di Malaysia

> Dennis Along, aktivis tanah adat Sarawak dari Baram – bangunkan Usun Apau? kita semua tahu bahawa kerajaan cakap satu laku yang lain.

> Chang Li Kang, naib presiden PKR – Gov mempunyai wang membina litar lumba, tiada wang membantu orang

> Apai Mei dari Niah – Kerajaan mahu bina litar lumba? Ia akan membuka pintu kematian kepada pelumba


[BERITA UTAMA]

Wong Chen, MP PKR Subang – DNB, SATU LAGI SKANDAL DI MALAYSIA

Dua daripada syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia berisiko kehilangan kontrak rangkaian 5G dan saham dalam Digital Nasional Berhad (DNB) jika mereka tidak mematuhi syarat Putrajaya setakat hari ini.

Kerajaan PH juga telah mencadangkan pelan 5G pada 2018. Projek 5G itu bagus, tetapi persoalannya, kita perlu tahu berapa banyak yang akan dibelanjakan oleh kerajaan untuk projek ini?

Selepas Gerakan Sheraton, kerajaan telah ditukar, dan kemudian semasa pandemik, terdapat beberapa Perintah Kawalan Pergerakan. Pada masa yang sama Parlimen tidak dapat diadakan, kerajaan secara senyap-senyap menubuhkan DNB, dan tidak ada peluang untuk ahli-ahli Parlimen menyemak dan menentangnya. Akibatnya, ia menelan belanja kira-kira 500 juta. Itu adalah wang rakyat.

Kalau dulu DNB 100% milik kerajaan, tapi sekarang tak ada lagi duit nak proceed projek, jadi hanya boleh jual saham kepada telco. Jadi siapa yang akan menanggung 500 juta yang dibelanjakan pada masa lalu? Saya rasa ia satu skandal.

Sebab dikatakan skandal adalah kerana ini adalah projek yang belum diluluskan oleh Parlimen, ditambah dengan integriti peribadi CEO DNB, didakwa kerana mempunyai masalah dengan syarikat teleko di Indonesia dan India... Ini masalah besar.

 

[TOP STORY]

Wong Chen, PKR Subang MP – DNB, ANOTHER SCANDAL IN MALAYSIA

Two of Malaysia’s biggest telecommunications companies risk missing out on the 5G network contracts and shares in Digital Nasional Berhad (DNB) if they do not comply with Putrajaya’s terms by today.

The PH Government had also proposed a 5G plan in 2018. The 5G project is good, but the question is, we need to know how much this government is going to spend on this project?

After the Sheraton Move, the government was changed, and then during the pandemic, there were several Movement Control Orders. At the same time that the Parliament could not be held, the government quietly established the DNB, and there was no chance for the members of Parliament to review and oppose it. As a result, it cost about 500 million. Those It's people's money.

In the past, DNB was 100% owned by the government, but now there is no more money to proceed the project, so it can only sell shares to telco. So who will bear the 500 million spent in the past? I think it's a scandal.

The reason why it says scandal is because this is a project that has not been approved by Parliament, plus the personal integrity of the CEO of DNB, being charged for having problems with teleco companies in Indonesia and India... These are big problems.

 

Guest User