22 August 2022

Topik Pada Hari Ini

> Randau Khas: Kemas kini LCS dan Kes Najib. Selain itu, kami di Sarawak masih mencari guru yang disyaki rogol

> Iswardi Morni, penganalisis politik dari Sarawak – UMNO mungkin memecat Ismail jika tidak mendengar cakap Zahid

> Chan Foong Hin , Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu – Yayasan Sabah harus mendedahkan jumlah perjanjian

> Agnes Padan, Aktivis Sosial – Kerajaan tidak patut menyusahkan penduduk orang asal, dan perlu meluluskan permohonan secara langsung


[BERITA UTAMA]

Iswardi Morni penganalisis politik berasal dari Sarawak – UMNO BOLEH PECAT ISMAIL KALAU TAK DENGAR ZAHID

Media melaporkan Pemimpin tertinggi UMNO mengadakan pertemuan tergempar di ibu pejabat parti itu di ibu negara Kuala Lumpur hari ini. Ia  dipimpin presiden parti UMNO Zahid Hamidi dan ramai ketua-ketua bahagian dari seluruh negeri dipanggil.

Ditanya berkaitan hal tersebut- bukan satu rahsia bahawa ia adalah gerakan UMNO untuk mendesak perdana menteri mengadakan pilihanraya  umum ke15 secepat mungkin- kata Iswardi. Agendanya mereka membincangkan kerjasama UMNO dengan PAS dan kerjasama UMNO dengan BERSATU untuk mengelak pertembungan 3 penjuru. Namun paling penting adalah menetapkan calon-calon di setiap kerusi yang ditandingi dan mendesak supaya pilihanraya umum ke15 diadakan segera. menurut Iswardi, sekiranya Perdana Menteri enggan menurut kehendak presiden UMNO Zahid Hamidi. UMNO boleh memecat Ismail Sabri dari UMNO- sekaligus Ismail akan jatuh dari jawatan perdana menteri. Menurut Iswardi lagi kebimbangan Zahid adalah semakin lama pilihanraya tidak diadakan. Maka semakin banyak pembongkaran skandal membabitkan Zahid dilakukan oleh pihak pembangkang.

 

[TOP STORY]

Iswardi Morni, a political analyst from Sarawak – UMNO MAY FIRE ISMAIL IF NOT LISTEN TO ZAHID

The media reported that UMNO's top leaders held an emergency meeting at the party's headquarters in the capital Kuala Lumpur today. It was led by UMNO party president Zahid Hamidi and many heads of departments from all over the state were called.

Asked about the matter - it is not a secret that it is UMNO's movement to urge the prime minister to hold the 15th general election as soon as possible - said Iswardi. Their agenda is to discuss UMNO's cooperation with PAS and UMNO's cooperation with Bersatu to avoid a 3-cornered clash. But the most important thing is to appoint candidates in each contested seat and insist that the 15th general election be held immediately. according to Iswardi, if the Prime Minister refuses to comply with the wishes of UMNO president Zahid Hamidi. UMNO can fire Ismail Sabri from UMNO - at the same time Ismail will fall from the position of prime minister. According to Iswardi, Zahid's concern is the longer the election is not held. So more and more revelations of the scandal involving Zahid are being done by the opposition.

Guest User