27 September 2022

Topik Pada Hari Ini:

> Iswardi Morni, aktivis peguam dari Sarawak – pasukan pendakwaan yang sama - mengendalikan pendakwaan Kes Yayasan Akal Budi, turut melibatkan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Zahid Hamidi

> Abdul Aziz Ismail, ahli pasukan petugas Majlis Antipemerdagangan Manusia Selangor – semua unit yang terlibat dalam jenayah konspirasi yang menyalahi undang-undang, jenayah terancang

> Ahak Uda, dari Kampung Kelaik – Kerajaan Kelantan dan agensi-agensi menceroboh Tanah Orang Asal

>(panggilan masuk) Luke Chuat Garai dari Sabah – 2 penggal cukup, untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah


[BERITA UTAMA]

Iswardi Morni, aktivis peguam dari Sarawak – PASUKAN PENDAKWA YANG SAMA - MENGENDALIKAN PENDAKWAAN KES YAYASAN AKAL BUDI, JUGA MELIBATKAN KES RASUAH DAN PENYELEWENGAN KUASA MELIBATKAN ZAHID HAMIDI

Media melaporkan bahawa peguam negara Idrus Harun mengesahkan bahawa pihak pendakwaan membuat rayuan atas keputusan mahkamah tinggi yang melepaskan dan membebaskan Zahid Hamidi atas 40 pertuduhan menerima rasuah jutaan ringgit daripada UKSB melalui sistem Visa Luar Negara.

Iswardi berpendapat ia adalah langkah yang wajar, namun keupayaan pihak pendakwaan dalam rayuan ini tidak boleh mengemukakan bukti baru. Bukti-bukti yang dinyatakan sebelum ini agak lemah hingga menyebabkan hakim membuat keputusan yang memihak kepada Zahid Hamidi. Ditanya adakah mungkin pihak pendakwaraya dirasuah atau ditekan oleh pihak-pihak tertentu. Saya tak dapat beri komen tentang itu. Namun dalam kes ini pihak pendakwaan nampak kurang bersedia dan kurang pengalaman. Satu lagi yang merisaukan saya kerana pasukan pendakwaan yang sama- mengendalikan kes pendakwaan Kes Yayasan Akal Budi, juga membabitkan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Zahid Hamidi.

 

 

[TOP STORY]

Iswardi Morni, lawyer activist from Sarawak – THE SAME PROSECUTION TEAM - HANDLING THE PROSECUTION OF THE YAYASAN AKAL BUDI CASE, ALSO INVOLVES THE CASE OF CORRUPTION AND ABUSE OF POWER INVOLVING ZAHID HAMIDI

The media reported that attorney general Idrus Harun confirmed that the prosecution appealed against the high court's decision to release and acquit Zahid Hamidi on 40 charges of receiving millions of ringgit in bribes from UKSB through the Overseas Visa system.

Iswardi thinks it is a reasonable step, but the ability of the prosecution in this appeal cannot present new evidence. The evidence mentioned earlier was quite weak to the point that the judge made a decision in favor of Zahid Hamidi. Asked if it was possible for the prosecutor to be bribed or pressured by certain parties. He said can't comment on that. But in this case, the prosecution seems to be less prepared and less experienced. Another thing that worries me is because the same prosecution team - handling the prosecution of the Yayasan Akal Budi Case, also involves the case of corruption and abuse of power involving Zahid Hamidi.

Guest User