29 September 2022
Topik Pada Hari Ini
> Randau Istimewa – Keluarga Taib tanpa henti menindas Bruno Manser Fund, sebuah NGO yang membantu orang asal dan hutan Sarawak
> Peter Kallang, Pengerusi Save Rivers – Tinjauan Warisan Baram menunjukkan usaha melindungi hutan demi kelangsungan hidup orang asal amat diperlukan
> Chiew Choon Man, Ketua PKR Sarawak – Fokus kepada mangsa banjir, bukan Pilihan Raya Umum
> Shaq Koyok, artis dan aktivis Orang Asli – beri perhatian kepada penduduk setempat sebelum memulakan pembangunan
> Damien Thanam, Exco Pertubuhan Pelindungan Khazanah Alam Malaysia (Peka) Selangor – Sebaik hutan dibangunkan untuk kuari, sukar untuk dipulihkan kembali
> Robby Williams, Presiden PBDS – bajet untuk Bumiputera tetapi hanya orang Melayu, tidak termasuk Dayak
> Puan Andi dari Bintulu – warganegara Malaysia tanpa IC dianggap sebagai warga asing dan membayar kos hospital RM 2000
[BERITA UTAMA]
Chiew Choon Man, Ketua PKR Sarawak – FOKUS KEPADA MANGSA BANJIR BUKAN PILIHANRAYA UMUM
Chiew berpendapat tiada keperluan untuk melaksanakan PRU15 dalam tahun ini, Zahid menafikan monsun akhir tahun adalah mitos dan alasan pembangkang mengelak PRU15 tahun ini adalah tidak menghormati permohonan daripada meteorologi.
Semua pihak harus fokus kepada bencana banjir atau mengurangkan kesan bencana ini. Kerana jika PRU dilakukan semasa banjir, maka tumpuan hanya kepada PRU dan bukan kepada mangsa banjir.
Zahid menuduh pembangkang mengelak pilihan raya umum tahun ini sedangkan ramalan bukan daripada pembangkang tetapi dari Pusat Penyelidikan Cuaca bahawa musim tengkujuh akhir tahun akan tiba. Hanya Zahid dan UMNO nampaknya terdesak untuk mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin tahun ini tanpa mengira kepentingan rakyat.
Semua pihak harus fokus bukan PRU tetapi menyelesaikan masalah ekonomi negara, masalah rakyat dan mengelak banjir.
Tidak dinafikan jika UMNO memenangi pilihan raya umum tahun ini, maka memang menjadi agenda Zahid untuk menyingkirkan dirinya dan sekutu rasuah mereka jika mereka kembali berkuasa.
[TOP STORY]
Chiew Choon Man, Chief of Sarawak PKR – FOCUS ON FLODD VICTIMS, NOT THE GENERAL ELECTION
Chiew thinks there is no need to carry out GE15 this year, Zahid denies the end-of-year monsoon is a myth and the opposition's reason for avoiding GE15 this year is disrespecting the application from meteorology.
All parties should focus on the flood disaster or reduce the impact of this disaster. Because if the GE is done during the flood, then the focus is only on the GE and not on the flood victims.
Zahid accused the opposition of avoiding this year's general election while the forecast was not from the opposition but from the Weather Research Center that the end of the year monsoon season would arrive. Only Zahid and UMNO seem desperate to have the general election as soon as possible this year regardless of the interests of the people.
All parties should focus on is not the GE but solving the country's economic problems, the people's problems and avoiding floods.
There is no denying that if UMNO wins the general election this year, then it is indeed Zahid's agenda to get rid of himself and their corrupt allies if they come back to power.