8 September 2022
Topik Pada Hari Ini:
Dennis Along, aktivis hak tanah - Orang Mulu telah menang dalam kes pencerobohan tanah NCR dalam kawasan Taman Negara Mulu menentang Radiant Lagoon sdn.bhd & Kerajaan negeri Sarawak, tetapi Adun Mulu menafikan kemenangan rakyat, adakah penduduk MULU masih nak mengundi wakil rakyat sebegini?
Rifayah, seorang aktivis Undi18 berumer 19tahun – Menjadi tanggungjawab setiap parti politik untuk menyediakan belia dengan pendidikan dan kesedaran politik serta kesedaran politik yang betul
S Arulchelvan, timbalan pengerusi PSM – Mungkin membentuk kuasa ketiga dengan parti pembangkang lain pada masa hadapan
Cikgu Diog, PKR Puncak Borneo – Tiada internet jadi tiada maklumat tepat tentang isu politik
[BERITA UTAMA]
Dennis Along aktivis tanah adat – ORANG MULU TELAH MENANG DALAM KES PENCEROBOHAN TANAH NCR DALAM KAWASAN TAMAN NEGARA MULU MENENTANG RADIANT LAGOON SDN BHD & KERAJAAN NEGERI SARAWAK, TETAPI ADUN MULU MENAFIKAN KEMENANGAN RAKYAT
Dennis melaporkan bahawa pihaknya telah menang dalam kes pencerobohan tanah NCR dalam kawasan Taman Negara Mulu menentang Radiant Lagoon sdn.bhd & Kerajaan negeri Sarawak. Dalam penyelesaian di luar mahkamah pihak Radiant Lagoon menarik diri dari mengusahakan tanah seluas 4400 hentar untuk tanaman kelapa sawit di gunung Mulu- milik kaum Berawan, Tering dan Penan. Dennis dan rakan-rakan pada tahun 2017 telah beberapa kali menghalau syarikat terbabit daripada menceroboh hutan dan menanam kelapa sawit di situ. Kemuncaknya kes itu dibawa ke mahkamah. Peguam See Chee How mewakili Dennis dan rakan-rakan. Pada bulan julai yang lalu syarikat terbabit keluar daripada tanah yang menjadi pertikaian. Walau bagaimanapun pihak Dennis masih menuntut gantirugi kerosakan alam sekitar akibat perbuatan rakus syarikat terbabit. Iaitu menuntut gantirugi kerosakan tanah seluas 500 hektar yang telah dijadikan tapak pembiakan anak benih kelapa sawit. Penebangan lebih 3000 batang kayu balak yang ditebang dan pampasan tanah perkuburan yang telah dimusnahkan oleh jentolak. Namun apa yang mendukacitakan Dennis adalah ADUN Mulu Dato Gerawat Gala menyatakan ia bukan satu kemenangan. Ia hanyalah pemulangan tanah oleh syarikat kepada kerajaan negeri. Anda nilaikan sendiri pendirian wakil rakyat sebegini. Adakah penduduk MUlU masih nak mengundi wakil rakyat sebegini?
[TOP STORY]
Dennis Along, customary land activist – MULU PEOPLE HAS WON NCR LAND ENCROACHMENT CASE IN MULU NATIONAL PARK AGAINST RADIANT LAGOON, BUT MULU ADUN DENY THE VICTORY OF THE PEOPLE.
Dennis reports that his side has won the NCR land encroachment case in the Mulu National Park area against Radiant Lagoon sdn.bhd & the Sarawak state government. In an out-of-court settlement, Radiant Lagoon withdrew from cultivating 4,400 hectares of land for oil palm plantations in Mount Mulu - belonging to the Berawan, Tering and Penan tribes. Dennis and his friends in 2017 have several times driven the company involved from encroaching on the forest and planting palm oil there. The culmination of the case was brought to court. Attorney See Chee How represented Dennis and friends. Last July, the company involved left the disputed land. However, Dennis is still demanding compensation for environmental damage due to the greedy actions of the company involved. That is to claim compensation for the damage of 500 hectares of land that has been used as a breeding ground for oil palm seedlings. Felling of more than 3000 felled logs and compensation for the cemetery that was destroyed by bulldozers. But what saddens Dennis is that Mulu assemblyman Dato Gerawat Gala said it was not a victory. It is simply the return of land by the company to the state government. You evaluate the stance of such people's representatives yourself. Do the people of MUlU still want to vote for such people's representatives?