9 February 2023

Topik Pada Hari Ini:

> Nicholas Laing (Long Selapun) Baram – Tanah NCR bukan untuk jual! Penduduk kampung akan terus memantau dan mempertahankan tanah mereka

> Abun Sui, naib presiden PKR Sarawak – PKR Sarawak 31 cawangan sedia membantu Orang Ulu menyelesaikan masalah permohonan Mykad mereka

> Sevan Doraisamy dari Suaram – Dilarang masuk balai polis kerana memakai pakaian yang tidak sopan? Ia adalah Pelanggaran Hak Asasi Manusia

On Today Show:

> Nicholas Laing (Long Selapun) Baram – NCR Land not for sale! Villagers will keep monitor and defend their land

> Abun Sui, vice president of PKR Sarawak – PKR Sarawak 31 branches ready to help Ulu People to solve their Mycard application problems

> Sevan Doraisamy of Suaram – Refuse to enter police station for improper attire? It is Violations of Human Rights 

  • [BERITA UTAMA]

    Kami bertanyakan kepada Nicholas Laing dari Long Selapun, Baram . Berkaitan satu pengiklanan penjualan tanah PL milik Maspo development Sdn.bhd. Berkeluasan 48,583.00 hentar/120,084.593 ekar. Dengan harga tawaran RM7500 seekar. Tanah tersebut bernilai RM900 juta. Kedudukan tanah ini menurut apa yang diiklankan di FB iaitu di diantara Sungai Paong, Sungai Dapol dan sungai Lobang- Baram.

    Nicholas menjelaskan lokasi yang disebutkan adalah Kawasan tanah NCR penduduk kampung Long Selapun (rumah Panjang Nicholas),Long Loyang,Long Lu'a dan Long Puah. Namun mereka tak tahu mana-mana syarikat diberi PL di Kawasan terbabit. Namun beliau menegaskan sejak beberapa tahun lalu banyak syarikat yang datang nak beli tanah di Kawasan tersebut. Tetapi penduduk kampung tak mahu jual. Bagaimanapun sekiranya tanah tersebut telah diserahkan PL kepada Maspo. Itu beliau takt ahu. Tetapi kalau benar- beliau dan penduduk kampung akan berusaha mempertahankan tanah mereka dengan seberapa daya yang boleh. Namun Nicholas tegaskan. Tanah pusaka mereka bukan untuk dijual, tetapi sekiranya ada pihak yang berminat nak memajukan tanah terbabit- mereka setuju dengan kaedah Kerjasama.

    Bagi anda yang mengetahui maklumat siapa pemilik PL di kawasan yang kami nyatakan tadi. Sila hubungi RFS di 0135515219.

    [TOP STORY]

    We asked Nicholas Laing from Long Selapun, Baram. In relation to an advertisement for the sale of PL land owned by Maspo development Sdn.bhd. Covering an area of ​​48,583.00 hectares/120,084.593 acres. With an offer price of RM7500 per acre. The land is worth RM900 million. The position of this land is according to what is advertised on FB, which is between Sungai Paong, Sungai Dapol and the Lobang-Baram river.

    Nicholas explained that the location mentioned is the NCR land area of ​​Long Selapun villagers (Pajang Nicholas' house), Long Loyang, Long Lu'a and Long Puah. However, they do not know which company is given PL in the area involved. However, he insisted that for the past few years many companies have come to buy land in the area. But the villagers do not want to sell. However, if the land has been handed over by PL to Maspo. That's him takt ahu. But if true - he and the villagers will try to defend their land with as much force as possible. But Nicholas insisted. Their inheritance land is not for sale, but if there is a party interested in developing the land involved - they agree to the Cooperation method.

    For those of you who know the information on who owns the PL in the area we mentioned earlier. Please contact RFS at 0135515219.


Guest User
8 February 2023

Topik Pada Hari Ini:

> Iswardi Morni, Aktivis Peguam dari Sarawak – Meramalkan bahawa pilihan raya di 6 negeri akan menyaksikan status quo akan keka

> Rifayah, aktivis belia undi18 – undi pos terbuka kepada semua rakyat, bukan hanya beberapa kategori

> Jonathan Yii, penyelaras Muda Sibu – MUDA Sarawak telah melancarkan pusat perkhidmatan mudah alih untuk berkhidmat kepada orang ramai, menyuarakan suara masyarakat kepada kerajaan

> Nora dan Nasir, dari Gua Musang – Akibat tanah runtuh kepada Orang Asli di Gua Musang tersepit di kampung dan memerlukan bantuan segera

On Today Show:

> Iswardi Morni, Lawyer activist from Sarawak – Predicts that the elections in 6 states will see the status quo remain

> Rifayah, youth activist from undi18 – open postal vote to all people, not just few categories

> Jonathan Yii, Muda Sibu coordinator – MUDA Sarawak has launch mobile service centers to serve the public, voices public’s voice to gov

> Nora and Nasir, from Gua Musang – Landslide result to Orang Asli in Gua Musang stuck in villages and need help immediately 

  • [BERITA UTAMA]

    Iswardi Morni meramalkan pilihanraya di 6 negeri akan menyaksikan status quo akan kekal. PH dan UMNO akan mengekalkan penguasaan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, manakala Parti PAS dan BERSATU akan terus menguasai Kedah, Kelantan dan Terengganu. Namun sedikit peluang untuk PH/UMNO (Kerajaan Perpaduan) memenangi Terengganu disebabkan tidak adanya pertembungan 3 penjuru seperti dalam PRU15 dan kecenderungan rakyat Terengganju menyokong UMNO di masa lalu. Sekarang - melalui mesyuarat pertama sekreteriat kerajaan perpaduan semalam (yang dipengerusikan oleh PMX). PMX mengumumkan bahawa semua parti dalam kerajaan perpaduan akan berkerjasama dalam pilihanraya di 6 negeri akan datang.

    Faktor kedua, akaun parti PPBM telah dibekukan. Ini akan menyebabkan parti itu akan terbatas sedikit pergerakkannya. Ditanya adakah penyertaan Khairy Jamaluddin ke parti BERSATU akan membolehkan parti itu memenangi Selangor?. Mengakui Khairy agak berpengaruh, Iswardi bertanya adakah KJ akan diberi laluan mudah oleh Azmin Ali yang Ketika ini adalah ahli dewan undangan negeri Bukit Antarabangsa (DUN Selangor). Azmin Ali juga bercita-cita untuk Kembali semula menjadi Menteri besar Selangor. Melihat situasi semasa - pilihanraya di 6 negeri akan diadakan pada jun 2023.

    [TOP STORY]

    Iswardi Morni predicts that the elections in 6 states will see the status quo remain. PH and UMNO will maintain dominance in the states of Selangor, Penang and Negeri Sembilan, while PAS and Bersatu will continue to dominate Kedah, Kelantan and Terengganu. However, there is little chance for PH/UMNO (Unity Government) to win Terengganu due to the absence of a 3-cornered clash like in GE15 and the tendency of the people of Terengganju to support UMNO in the past. Now - through the first meeting of the unity government secretariat yesterday (chaired by PMX). PMX announced that all parties in the unity government will cooperate in the elections in the next 6 states.

    The second factor, the PPBM party account has been frozen. This will cause the party to be limited in its movement. Asked whether Khairy Jamaluddin's participation in the Bersatu party will enable the party to win Selangor?. Acknowledging that Khairy is quite influential, Iswardi asked if KJ would be given an easy path by Azmin Ali who is currently a member of the Bukit Antarabangsa state assembly (Selangor state assembly). Azmin Ali also aspires to return to become the Chief Minister of Selangor. Looking at the current situation - elections in 6 states will be held in June 2023.


Guest User
7 February 2023

Topik Pada Hari Ini

> Thomas Fann, Pengerusi Bersih 2.0 – SPR perlu menyediakan sistem undi awal untuk pengundi pos di luar kawasan

> Arun Nyaling, Ketua Kampung Ba Abang – Ketua Ba Abang mendakwa dia tidak tahu mengapa penghuni kampung dia mengadakan sekatan

> Tony Chiew Chan Yew, DAP Bintulu – GPS perlu kembalikan manfaat sama rata kepada rakyat Sarawak, jangan hanya bercakap

> Meneng Biris, bekas calon PKR Opar – bersetuju dengan pendidikan awal kanak-kanak, tetapi jangan lupa kanak-kanak yang tinggal di luar bandar

On Today Show

> Thomas Fann, Chairperson of Bersih 2.0 – SPR have to provide vote early system for the postal voters outside the area

> Arun Nyaling, Chief of Ba Abang Village – Ba Abang chief claim he don’t know why the community held a blockade

> Tony Chiew Chan Yew, DAP Bintulu – bring back equal benefit to Sarawakian, don’t just talk

> Meneng Biris, PKR ex-candidate of Opar – agree with early childhood edu, but don’t forget the children who living in rural

  • [BERITA UTAMA]

    Thomas menegaskan, mengikut perlembagaan, tugas utama SPR adalah untuk memudahkan semua urusan pengundian. Tetapi malangnya kerana kesukaran pengangkutan dan berada jauh di pedalaman, ramai penduduk tidak dapat menyertai proses pengundian (pilihan raya umum atau negeri). Lebih menyedihkan ialah peratusan keluar mengundi di Sarawak, yang biasanya 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada peratusan keluar mengundi persekutuan. Ini adalah keadaan yang sangat buruk bagi Sarawak. Sejak 3 tahun lalu, BERSIH 2.0 telah menghantar memorandum kepada SPR supaya pengundi diberi kemudahan mengundi awal sebagai pengundi pos di luar Kawasan atau mereka diberi kemudahan mengundi awal di beberapa pusat mengundi di pusat bandar seperti Miri, Sibu, Kuching dan Bintulu. Cara ini akan memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab dan meningkatkan peratusan mengundi. Tetapi menurut Thomas pegawai SPR yang sudah tua hanya mampu mengekalkan status quo dan tidak mampu melakukan perubahan. Thomas percaya bahawa melalui desakan bersungguh-sungguh semua rakyat Malaysia, perubahan akan dicipta.

    [TOP STORY]

    Thomas stressed that according to the constitution, the primary duty of the EC is to facilitate all voting matters. But unfortunately due to the difficulty of transportation and being far inland, many residents are unable to participate in the voting process (general or state elections). Even more sad is the turnout in Sarawak, which is usually 10 to 15 percent lower than the federal turnout. This is a very bad situation for Sarawak. For the past 3 years, BERSIH 2.0 has sent a memorandum to the EC so that voters are given the facility to vote early as postal voters outside the Area or they are given the facility to vote early in several polling centers in the city center such as Miri, Sibu, Kuching and Bintulu. This way will make it easier for voters to fulfill their responsibilities and increase the voting percentage. But according to Thomas the SPR officers who are old are only able to maintain the status quo and are not able to make changes. Thomas believes that through the earnest insistence of all Malaysians, change will be created.


Guest User
6 February 2023

Topik Pada Hari Ini
> YB Dennis Ngau, ADUN Telang Usan - tidak tahu bagaimana membantu Penan yang membuat sekatan, mereka harus mengadu mengikut prosedur
> Thomas Fann, Pengerusi BERSIH 2.0 – Kabinet bayangan boleh membantu menstabilkan demokrasi Malaysia
> Chiew Choon Mun, Ahli Parlimen Miri – Peruntukan MP untuk Sabah dan Sarawak boleh membantu golongan miskin yang memerlukan
> Cik Amy dari Batu Niah – percaya PMX boleh membantu ekonomi negara lebih baik berbanding PM sebelum ini
> Meor Razak, penyelidik SAM – Perlombongan pasir haram tidak boleh diangkut keluar dari tapak buat masa ini, menggesa kerajaan negeri menyiasat kes itu

 

On Today Show
> YB Dennis Ngau, GPS assemblyman of Telang Usan – don’t know how to help the people who setup blockade, they should complaint according to the procedures
> Thomas Fann, Chairman of BERSIH 2.0 – Shadow cabinet can help stabilize Malaysia's democratic system
> Chiew Choon Mun, PKR MP for Miri – MP’s allocation for Sabah and Sarawak can help poor folks in urgent need
> Ms Amy from Batu Niah – believes that PMX can help the national economy better than the previous PM
> Meor Razak, SAM researchers – Illegal sand mining cannot be transported away from the site for the time being, urging the state government to investigate the case

  • [TOP STOTY]

    Last Thursday, Patricia Helen of Ba Abang informed RFS that the community is currently setup a blockade to prevent GT interhill from entering their customary land. RFS took this opportunity to ask the assemblyman whether he would assist/support the community.

    YB Dennis Ngau said that he doesn’t know how to help those Penan people, they should complain through normal channels, and if they report the issue to the police, then police will investigate it. He said that the logging company has a license approved by the government to carry out the logging project. If there is any problem, it needs to be dealt with by the relevant unit.

    When asked whether he would solidarity with the community, he said No. The problem must be solved according to the procedures, that is, contact the DO, and then report the problem to the Forestry Bureau and other relevant units. If there is something wrongdoing, then sit down and talk.

    He said that there was no village chief in that village, and the government appointed one for them.

    RFS asked: whether GT interhill has made free prior and informed consent to the communities involved before obtaining the government's license to log into the forest? Is there a Due diligence?

    RFS will continue to follow up and report on the case.

    [BERITA UTAMA]

    Khamis yang lalu, Patricia Helen dari Ba Abang memaklumkan RFS bahawa masyarakat Penan sedang membuat sekatan untuk menghalang GT interhill daripada memasuki tanah adat mereka. RFS mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada ADUN Telang Usan sama ada beliau akan membantu/menyokong mereka?

    YB Dennis Ngau berkata bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk membantu orang Penan itu, mereka harus mengadu melalui saluran biasa, dan jika mereka melaporkan isu itu kepada polis, maka polis akan menyiasatnya. Katanya, syarikat pembalakan itu mempunyai lesen yang diluluskan kerajaan untuk menjalankan projek pembalakan itu. Sekiranya terdapat sebarang masalah, ia perlu ditangani oleh unit berkenaan.

    Ketika ditanya sama ada beliau akan bersolidariti dengan masyarakat, beliau berkata Tidak. Masalah itu mesti diselesaikan mengikut prosedur, iaitu menghubungi DO, dan kemudian melaporkan masalah itu kepada Biro Perhutanan dan unit lain yang berkaitan. Jika ada sesuatu yang salah, maka duduk dan bercakap.

    Katanya, tiada ketua kampung di kampung itu, dan kerajaan melantik seorang untuk mereka.

    RFS bersoal:

    sama ada GT interhill melaksanakan FPIC kepada kommuniti Penan di Ba ABang sebelum mendapatkan lesen kerajaan untuk masuk ke dalam hutan membalak hutan? RFS akan terus membuat susulan dan melaporkan kes tersebut.


Guest User
3 February 2023

Pada Rancangan Hari Ini:
> Oscar Ling, Ahli Parlimen DAP Sibu – bersetuju mengurangkan peruntukan ahli Parlimen, untuk membantu ekonomi negara
> Roland Engan, Pengerusi PKR Sarawak – jika semakan kehakiman pelantikan ketua kampung oleh GPS tidak sah, maka kebenaran untuk syarikat pembalakan di Ba Abang juga tidak sah
> Nick Kelesau, Aktivis Penan dari Long Kerong – Tiada IC, tidak boleh mendapatkan pendidikan dan rawatan perubatan, juga tidak boleh mengundi
> Jeffrery Ngui, pengerusi MUDA Sarawak – Tiang bendera tertinggi didirikan di Petrajaya? Hospital yang lagi penting untuk Orang Petrajaya!

 

On Today Show:
> Oscar Ling, DAP MP for Sibu – agreed to reduce the MP’s allocations, to help the country economy
> Roland Engan, Sarawak PKR Chairman – if judicial review appointment of headman by GPS is invalid, then the permission to logging company in Ba Abang will be cancel
> Nick Kelesau, Penan Activist from Long Kerong – No IC, can’t seeking edu and medical treatment, also can’t vote
> Jeffrery Ngui, chairman of MUDA Sarawak – Tallest flagpole erect in Petrajaya? Sarawakian prefer Hospital that people needed! 

  • [TOP STORY]

    We asked Roland how he and Sarawak PKR can help Penan Ba Abang - the issue of forest encroachment/logging and how to solve the problem of appointing the head of Penan Ba Abang Village.

    Roland explained that this problem stems from the permission given by a village chief (Arun Nyaling) to the logging company, to log in the Ba Abang Area. Roland has represented the majority of Penan Ba Abang to request the court to make a judicial review whether the appointment of Arun Nyaling is valid or not. If the court finds his appointment invalid. Then automatically the permission he gave to logging company GT Interhill to log will be cancelled. The court's decision will be known at the end of February or March 2023. The majority of Penan Ba Abang agree with Panai Erang as their Village Head.

    Roland explained that one of the terms of the Unity government is that any development work involving the land and forest of the original people must obtain permission first. In this case, only Arun Nyaling agreed. While the majority of others objected. The chances of Penan woman Patricia Helen and friends winning in this case are very bright.


Guest User
2 February 2023

On Today Show:
> Patricia Helen, Penan woman of Kampung Ba Abang Baram – headman of penan village that appoint by authority, is the “puppet” for authority
> Mr Munan Laja from Kapit – Bukit Mabong Airport not done, because developer don’t want pay compensation to the land owners
> Chris Lau, freelance journalist from Sibu – Bring the good development to people, not those biggest or highest but useless project
> Lenon Atat Anak William Buya, PKR Betong – Provide the development that the Betong people want, not what politicians think 

 

Topik Pada Hari Ini:
> Patricia Helen, wanita Penan Kampung Ba Abang Baram – ketua kampung Penan yang dilantik oleh kerajaan GPS, adalah “boneka” bagi pihak berkuasa
> En Munan Laja dari Kapit – Lapangan Terbang Bukit Mabong tidak selesai, kerana pemaju tidak mahu membayar pampasan kepada pemilik tanah
> Chris Lau, wartawan bebas dari Sibu – Bawa pembangunan yang baik kepada orang ramai, bukan projek terbesar atau tertinggi tetapi tidak berguna
> Lenon Atat Anak William Buya, PKR Betong – Sediakan pembangunan yang dimahukan rakyat Betong, bukan apa yang difikirkan oleh ahli politik

  • [BERITA UTAMA]

    Hellen melaporkan bahawa kaum penan di Ba Abang telah mendirikan blockade pada 31 jan 2023 yang lalu, bagi menghalang syarikat pembalakan GT Interhill daripada terus membalak dalam Kawasan tanah kaum penan Ba Abang. Namun selang sehari kemudian General Manager (GM) GT Interhill datang membuka blockade yang didirikan. GM GT Interhill memberitahu kaum penan bahawa YB Dennis Ngau yang mengarahkan supaya blockade itu dirobohkan. Tidak puas hati. Patricia dan rakan-rakan membuat laporan Polis di Miri, Sarawak.

    Bagaimana GT Interhill boleh memasuki tanah kaum Penan?. Ia bermula pada tahun 2020 apabila berlakunya krisis perlantikan Ketua Kampung. Orang Penan Ba Abang mahukan Panai Erang memimpin kaum Penan Ba Abang. Tetapi Arun Nyaling dilantik dengan disokong oleh YB Dennis Ngau. Setelah ada kuasa Arun Nyaling membenarkan syarikat GT Interhill membalak dalam Kawasan tanah komunal kaum penan.Kaum penan ditekan dengan pelbagai cara . Mereka meminta bantuan daripada Tetuan Roland Engan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka ini. Mereka juga memohon orang ramai membantu mereka di tapak blockade. Bagi sesiapa yang ingin ke tapak blockade Ba Abang boleh menghubungi Patricia Helen di 011-25056068.

    Hellen berharap supaya pencerobohan ke atas hutan dan tanah kaum penan dihentikan. Ketua kaum yang disokong majoriti penduduk kampung dilantik tanpa campur tangan politik dan berharap kemajuan/ kemudahan asas dapat sampai ke kampung mereka di Ba Abang.

    [TOP STORY]

    Hellen reported that the Penan people in Ba Abang had set up a blockade on 31 Jan 2023, to prevent the GT Interhill logging company from continuing to log in the Ba Abang Penan land area. But a day later the General Manager (GM) of GT Interhill came to open the blockade that had been set up. GM GT Interhill told the Penans that YB Dennis Ngau ordered that the blockade be demolished. Not satisfied. Patricia and friends made a police report in Miri, Sarawak.

    How can GT Interhill enter the land of the Penan people?. It started in 2020 when there was a crisis in the appointment of the Village Head. Ba Abang Penan people want Panai Erang to lead the Ba Abang Penan people. But Arun Nyaling was appointed with the support of YB Dennis Ngau. After Arun Nyaling's authority allowed the GT Interhill company to log in the communal land area of the Penan people. The Penan people were pressured in various ways. They asked for help from Mr. Roland Engan to help solve their problems. They are also asking the public to help them at the blockade site. Anyone who wants to go to the Ba Abang blockade site can contact Patricia Helen at 011-25056068.

    Hellen hopes that the encroachment on the Penan people's forest and land will be stopped. The tribal leader who is supported by the majority of the villagers is appointed without political interference and hopes that progress/ basic facilities can reach their village in Ba Abang.


Guest User
1 February 2023

Topik Pada Hari Ini

> Abdul Razak Ismail, Setiausaha Agung Protem Parti Hijau – adakah kerajaan PH/PKR berupaya menjuarai isu alam sekitar?

> Chiew choon Mun, Ahli Parlimen PKR Miri - 300+ projek ditangguhkan, kerana GPS gov tiada mekanisme untuk memantaunya

> Abun Sui, timbalan pengerusi PKR Sarawak – Destinasi pelancong adalah semula jadi, bukan tiang bendera

> Micheal Kong Feng Nian, ketua DAPSY Kuching - Orang ramai mengadu kepada parti pembangkang mengenai agensi kerajaan kerana agensi tidak bertindak balas

On Today Show

> Abdul Razak Ismail, Protem Secretary General of the Green Party (Parti Hijau) – will PH/PKR government capable of championing environmental issues?

> Chiew choon Mun, PKR MP for Miri - 300+ projects are delayed, because GPS gov has no mechanism to monitor it
> Abun Sui, deputy chairman of PKR Sarawak - Tourists think of nature as a destination, not the flagpole

> Micheal Kong Feng Nian, DAPSY Kuching chief - The public complained to the opposition party about the gov agencies because the units did not respond

  • [BERITA UTAMA]

    Abdul Razak Memerhati tindakan kerajaan negeri Selangor, beliau tidak yakin kerajaan PH/PKR berupaya menjuarai isu alam sekitar. Hampir kesemua 56 Ahli dewan undangan negeri Selangor tidak bersuara bila berlakunya rompakan terhadap hutan simpan negeri Selangor. Oleh yang demikian - beliau tidak yakin PH yang memerintah dengan kuasa kerajaan perpaduan akan mampu melindungi alam sekitar Malaysia.

    Sebabnya PM Anwar memerlukan sokongan politik daripada GPS di Sarawak dan begitu juga GRS di Sabah. Agak sukar Anwar menghalang kerajaan negeri ini daripada menghentikan terus kegiatan pembalakan. Namun PH dalam manifesto menyebut bahawa kerajaan negeri yang membendung pembalakan akan dibayar 1 billion ringgit setiap tahun. Abdul Razak berharap manifesto ini akan dilaksanakan.

    [TOP STORY]

    Abdul Razak observing the actions of the Selangor state government, he is not convinced that the PH/PKR government is capable of championing environmental issues. Almost all 56 members of the Selangor state legislative assembly did not speak up when there was a robbery against the Selangor state forest reserve. Therefore - he is not convinced that PH ruling with the power of a unity government will be able to protect Malaysia's environment.

    The reason is that PM Anwar needs political support from GPS in Sarawak and likewise GRS in Sabah. It is quite difficult for Anwar to stop the state government from directly stopping logging activities. However, PH in the manifesto mentions that the state government that curbs logging will be paid 1 billion ringgit every year. Abdul Razak hopes that this manifesto will be implemented.


Guest User
31 January 2023

Pada Rancangan Hari Ini:
> Pushpan Murugiah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif C4 (Pusat Membanteras Rasuah dan kronisme) – Ya, Nurul berlayak, tetapi membawa persepsi buruk kepada pentadbiran perdana Menteri Anwar Ibrahim
> Solomon, Sape Master dan aktivis dari Ulu Baram – MP mahu Samling baiki jalan Baram? Apakah peranan kerajaan GPS?
> Thomas Jalong, aktivis – RM200 juta tidak dapat menyelesaikan masalah banjir

On Today Show:
> Pushpan Murugiah, Acting CEO of C4 (Center for Fighting Corruption and cronyism) – Yes, Nurul is qualificated, but bring bad impression to the administration PMX DSAI
> Solomon, Sape Master and activist from Ulu Baram – MP want Samling to repair Baram road? What is the role of the GPS government?
> Thomas Jalong, activist – RM200 million cannot solve the flood problem 

  • 【BERITA UTAMA】

    Pushpan menegaskan walau apa juga kecekapan dan kemahiran dan kelayakan yang ada pada Nurul Izzah sehingga membolehkan beliau dilantik ke jawatan Penasihat Kanan kewangan dan ekonomi kepada perdana Menteri. Kesan buruk lantikan itu ialah memberi persepsi buruk kepada pentadbiran perdana Menteri Anwar Ibrahim. Pushpan berharap agar perdana Menteri mencari cara lain untuk Nurul Izzah dapat membantu dan menyumbangkan kepakaran beliau. Tidak semestinya memasukkan Nurul Izzah dalam pentadbiran beliau. Izzah boleh buat banyak kerja dan sumbang idea secara tidak rasmi. Selain itu Transparency International Malaysia menyatakan bahawa perlantikan Izzah ditafsirkan sebagai amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran PM . Walau cuba ditepis dengan pelbagai hujah.

    【TOP STORY】

    Pushpan asserted that whatever competence and skills and qualifications Nurul Izzah has that allows her to be appointed to the position of Senior Financial and Economic Advisor to the Prime Minister. The bad effect of the appointment is to give a bad impression to the administration of Prime Minister Anwar Ibrahim. Pushpan hopes that the prime minister will find other ways for Nurul Izzah to help and contribute her expertise. It is not necessary to include Nurul Izzah in his administration. Izzah can do a lot of work and discuss ideas informally. In addition, Transparency International Malaysia stated that Izzah's appointment was interpreted as a practice of cronyism and nepotism in the PM's administration. Despite trying to dismiss it with various arguments.


Guest User
30 January 2023

Topik Pada Hari Ini

> Iswardy Morni, aktivis peguam dari Sarawak – melantik Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Kewangan dan ekonomi tidak ada salahnya apabila beliau seorang yang cekap untuk jawatan tersebut

> Ann Teo, Pengerusi ROSE – bandingkan manifesto semua parti utama di bawah lima kategori, untuk memastikan menunaikan janji

> Komeok, Pengerusi KERUAN – RM300 juta untuk tiang bendera tertinggi? Bagaimana pula dengan masyarakat Penan yang masih miskin dan menderita?

On Today Show

> Iswardy Morni, lawyer activist from Sarawak – appoint Nurul Izzah as Senior Financial and economic advisor is no harm when she is a competent person to the positions

> Ann Teo, Chairperson of ROSE – compare the manifesto of all main parties under five categories, to ensure the fulfilment of promise

> Komeok, Chairperson of KERUAN – RM300 million for the tallest flagpole? What about Penan community who still poor and suffer?

  • [BERITA UTAMA]

    melantik Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Kewangan dan ekonomi tidak ada salahnya apabila beliau seorang yang cekap untuk jawatan tersebut

    PMX Anwar Ibrahim melantik anaknya Nurul Izzah sebagai penasihat Kanan Kewangan dan ekonomi. Ini mengundang kontroversi, dikaitkan dengan kronisme dan konflik kepentingan. Namun Iswardi berpendapat Nurul Izzah adalah seorang ahli parlimen tiga penggal (sebelum kalah PRU15) yang berpengalaman dan berkelayakan. Terlalu awal untuk mengaitkan perlantikan beliau dengan kronisme. Beri beliau sedikit ruang dan peluang untuk membuktikan keupayaanya. Adalah tidak adil juga mengenepikan mana-mana individu yang berbakat semata-mata kerana dia ada hubungan keluarga atau sama parti dengan perdana Menteri.

    Kepada kritikan pedas Ahli parlimen Pasir Gudang/PKR- Lantikan Izzah “legally right but morally wrong”. Iswardi menegaskan tiada salahnya melantik orang yang kompiten ke sesuatu jawatan jika sekiranya dia mampu bekerja dengan baik- walaupun dia ahli keluarga kita. Beri sedikit masa dan jika tak perform boleh digantikan dengan yang lain.

    Berkaitan dengan konflik dalaman UMNO yang semakin memuncak. Dengan pemecatan dan penggantungan beberapa tokoh politik UMNO termasuk Hisyamuddin, KJ dan Noh Omar. Zahid hamidi dapat mengukuhkan kedudukannya tetapi UMNO akan semakin kurang sokongan daripada penyokong akar umbi. Untuk mengelak konflik dalaman kerajaan perpaduan. Iswardi berpendapat adalah lebih baik PH tidak menerima mana-mana pemimpin UMNO yang dipecat masuk kedalam PH.

    [TOP STORY]

    appoint Nurul Izzah as Senior Financial and economic advisor is no harm when she is a competent person to the positions

    PMX appointed his daughter Nurul Izzah as a Senior Financial and economic advisor. This invites controversy, linked to cronyism and conflicts of interest. But Iswardi thinks Nurul Izzah is a three-term member of parliament (before losing GE15) who is experienced and qualified. It is too early to associate his appointment with cronyism. Give him some space and opportunity to prove his ability. It is also unfair to exclude any talented individual simply because he has a family relationship or the same party as the prime minister.

    To the scathing criticism of Pasir Gudang/PKR MPs - Appoint Izzah "legally right but morally wrong". Iswardi stressed that there is no harm in appointing a competent person to a position if he is able to work well - even if he is a member of our family. Give it some time and if it doesn't perform it can be replaced with another one.

    Related to UMNO's escalating internal conflict. With the dismissal and suspension of several UMNO political figures including Hisyamuddin, KJ and Noh Omar. Zahid Hamidi can strengthen his position but UMNO will have less and less support from grassroots supporters. To avoid internal conflicts of the unity government. Iswardi thinks it is better for PH not to accept any of the fired UMNO leaders into PH.


Guest User
27 January 2023

Topik Pada Hari Ini

> Roland Engan, presiden PKR Sarawak – Sarawak memerlukan semua rakyat dan parti untuk mencapai kejayaan, kenyataan GPS adalah salah

> Dr Micheal Teo, bekas ahli parlimen Miri – PAS membayar tunai kepada pemuda, adalah bukti kukuh dan video ada di media sosial

> Ann Teo, pengerusi Rose – untuk mengamalkan masyarakat demokrasi, kita mesti mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan

> Mahmud Epah, Ketua PKR Kota Samarahan – kerajaan bertanggungjawab mengaplikasi Sistem Pengurusan Banjir secara berkesan untuk menyelesaikan masalah banjir

On Today Show

> Roland Engan, president of PKR Sarawak – Sarawak needs all people and parties to achieve success, the GPS statement is wrong

> Dr Micheal Teo, ex-MP of Miri – PAS paid cash to youth, is a solid proof while video viral on social media

> Ann Teo, chairperson of Rose – in order to practice a democratized society, we must have local government elections

> Mahmud Epah, Chief of PKR Kota Samarahan – gov responsible for applying the Flood Management System effectively to solve the flood problem

  • [BERITA UTAMA]

    Sarawak memerlukan semua rakyat dan parti untuk mencapai kejayaan, kenyataan GPS adalah salah

    Sarawak tidak memerlukan ahli parlimen pembangkang untuk memperjuangkan haknya kerana GPS mampu mewakili negeri di Parlimen dengan sempurna, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Roland menafikan kenyataan ini. Beliau berkata sama ada parti pembangkang atau parti pemerintah, rakyat Sarawak akan berusaha untuk Sarawak. MA63 berada di hujung jari ahli politik Sarawak. Katanya, PH telah memperjuangkan Sarawak untuk mendapatkan kembali hak dan kepentingan MA63 pada masa lalu. Salah satu usaha yang ketara ialah pada 16 September 2012, Pakatan Rakyat menandatangani Deklarasi Kuching, merupakan deklarasi yang diterima pakai oleh tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PKR,DAP dan PAS)

    Beliau berkata semasa membentuk kerajaan perpaduan, pihak-pihak bersetuju bahawa pengisytiharan PH dimasukkan dalam persetujuan kerajaan perpaduan, yang bermakna GPS juga bersetuju dengan konsep wilayah Sarawak. Ini usaha semua parti politik, bukan GPS sahaja.

    [TOP STORY]

    Sarawak needs all people and parties to achieve success, the GPS statement is wrong

    Sarawak does not need opposition MPs to fight for its rights because GPS is perfectly capable of representing the state in Parliament, says Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Roland denies this statement. He said that whether it is the opposition party or the ruling party, the people of Sarawak will put effort for Sarawak. MA63 is on the finger tip of Sarawak politicians. He said that PH has been fighting for Sarawak to get back the rights and interests of MA63 in the past. One of the significant effort is on September 16, 2012, Pakatan Rakyat signed the Kuching Declaration, is a declaration adopted by the three component parties of the Pakatan Rakyat (PKR,DAP and PAS)

    He said while form the unity government, the parties agrees that PH's declaration is included in the agreement of the unity government, which means that GPS agrees with the concept of wilayah Sarawak too. This is the effort of all political parties, not just GPS.


Guest User