10 March 2023

Topik Pada Hari Ini

> Randau Khas – Muhyiddin dikenakan enam pertuduhan membabitkan RM427.5 juta

> Iswardy Morni, Penganalisis Politik – kerajaan pimpinan PMX sedang melakukan reformasi besar-besaran

> Meor Razak, penyelidik lapangan SAM – aktiviti manusia juga merupakan salah satu punca banjir

> Meneng Biris, PKR Opar Sarawak – penghuni terjejas banjir berada dalam keadaan kritikal, dan kerajaan GPS perlu membantu segera

> Mohd Azim, mangsa banjir di Lundu – sistem perparitan yang tidak disenggarakan oleh pihak berwajib.

 

On Today Show

> Special Randau – Muhyiddin slapped with six charges involving RM427.5 million
> Iswardy Morni, Political Analyst – the PMX-led government is carrying out massive reforms
> Meor Razak, field researcher of SAM – human activities is one of the cause of flood too
> Meneng Biris, PKR Opar Sarawak – Flood-affected households are in critical condition, and the GPS gov should help immediately
> Mohd Azim, flood victim in Lundu – drainage system not well maintained by authorities cause flood

  • [BERITA UTAMA]

    Hari ini-Mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (semalam ditahan dalam lokap SPRM) didakwa dimahkamah sesyen Kuala Lumpur- dihadapan hakim Azura Alwi. Muhyiddin didakwa atas 6 pertuduhan. 4 pertuduhan salah guna kuasa dan 2 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta ringgit. Muhyiddin dituduh menggunakan kedudukannya selaku perdana Menteri dan presiden Parti BERSATU untuk mendapatkan RM232.5 juta daripada 3 syarikat dan seorang individu diantara 1 mac 2020 hingga ogos 2021.

    Penyokong Muhyiddin menuduh PMX Anwar Ibrahim mendalangi pertuduhan tersebut dan mendakwa ia bermotif politik, satu usaha melumpuhkan parti BERSATU. Iswardy meminta supaya rakyat Malaysia memberi ruang kepada mahkamah dan agensi penguatkuasaan membuktikan sama ada Muhyiddin bersalah atau tidak. Berpegang kepada prinsisp seseorang tak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah.Dakwaan penyokong Muhyiddin bahawa tiada bukti kemasukan wang ke dalam akaun Muhyiddin sebaliknya hanya wang derma didapati masuk ke akaun parti BERSATU- tidak dapat dikaitkan dengan salah guna kuasa dan rasuah.

    Iswardy menjelaskan bahawa pada 6 mac 2023- Menteri di jabatan perdana Menteri (Undang-undang dan reformasi institusi) mengeluarkan kenyataan media bahawa- akta pembiayaan pilihanraya dan akta berkaitan had perjawatan perdana Menteri hanya 10 tahun akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi. Ini bermaksud pertadbiran PMX bukan sahaja berusaha membenteras rasuah dan salah guna kuasa malah melakukan reformasi institusi, khususnya berkaitan pendanaan pilihanraya. Kerana sekiranya sesebuah parti dengan mudah mendapat wang daripada pihak-pihak berkepentingan, membeli undi dan memanipulasi system pilihanraya kerana ada kuasa wang. Maka ini merosakkan demokrasi.

    [TOP STORY]

    Today - Former Prime Minister Muhyiddin Yassin (held yesterday in the MACC lock-up) was charged in the Kuala Lumpur session court - before judge Azura Alwi. Muhyiddin was charged with 6 charges. 4 charges of misuse of power and 2 charges of money laundering involving RM232.5 million ringgit. Muhyiddin is accused of using his position as prime minister and president of the Bersatu Party to obtain RM232.5 million from 3 companies and an individual between March 1, 2020 and August 2021.

    Muhyiddin's supporters accused PMX Anwar Ibrahim of masterminding the charge and claimed it was politically motivated, an attempt to cripple the Bersatu party. Iswardy asked that Malaysians give space to the courts and enforcement agencies to prove whether Muhyiddin is guilty or not. Adhering to the principle that a person is innocent until proven guilty in court. Muhyiddin's supporter's claim that there is no evidence of money entering Muhyiddin's account, instead only donations were found to go into the Bersatu party account - cannot be linked to misuse of power and corruption.

    Iswardy explained that on March 6, 2023- the Minister in the Prime Minister's department (Law and institutional reform) issued a media statement that- the election financing act and the act related to the 10-year term limit for the prime minister will be presented in parliament soon. This means that the PMX administration is not only trying to combat corruption and abuse of power but also to carry out institutional reforms, especially in relation to election funding. Because if a party easily gets money from interested parties, buys votes and manipulates the electoral system because of the power of money. So this destroys democracy.


Guest User
9 March 2023

Topik Pada Hari Ini

> Iswardy Morni, Penganalisis Politik – semua pertuduhan dan pendakwaan akan diperiksa di mahkamah

> Irene Chang, bekas ADUN Bukit Assek DAP – Bayi lahir dapat kerakyatan automatik
> Nick Kelesau, Pengerusi Pertubuhan Penan Keruan – Tidak kira apa-apa jenis lesen yang dipegang oleh syarikat pembalakan, mereka tidak boleh beroperasi sebelum mendapat kebenaran daripada masyarakat

> Zulhaidah Suboh, Ketua Wanita PKR Sibuti – mengembalikan hak kerakyatan kepada orang asal

> Muna kpg Tringgus Bau Sarawak – harap IPS dapat membantu petani kecil di pedalaman Sarawak


On Today Show
> Iswardy Morni, Political Analyst – who is guilty is convicted by the court
> Irene Chang, DAP former Bukit Assek assemblywoman – let babies automatically become citizens
> Nick Kelesau, Chairman of the Penan Keruan Organization – Whatever type of license that logging companies hold, they can’t operate before get permission from the communities
> Zulhaidah Suboh, PKR Sibuti Women Chief – return citizenship rights to the indigenous people
> Muna of kpg Tringgus Bau Sarawak – hope IPS can help small farmers in interior Sarawak 

  • [BERITA UTAMA]

    SPRM mengesahkan bahawa Presiden parti BERSATU (Muhyiddin Yassin) akan didakwa esok atas beberapa pertuduhan. Pemimpin parti pembangkang mula mengecam kepimpinan PMX , Anwar dituduh – dalang disebalik pendakwaan tersebut yang disifatkan pendakwaan politik.

    Iswardy menjelaskan -semua pertuduhan dan pendakwaan akan diperiksa di mahkamah. Tiada istilah balas dendam atau pendakwaan politik. Anwar menjalankan tugasnya sebagai perdana Menteri yang telus dan Amanah. Sesiapa yang melakukan rasuah akan didakwa di mahkamah. Bersalah atau tidak bergantung kepada bukti yang dikemukakan. Iswardy membuat perbandingan- selama 33 bulan PN memerintah- tiada pendakwaan rasuah terhadap pemimpin-pemimpin utama PH (kecuali Syaid Sadik) , kerana sememangnya tiada kesalahan rasuah.

    Azmin Ali hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pendakwaan terhadap pemimpin-pemimpin Parti BERSATU (Wan Saiful,Adam Radlan) adalah usaha untuk melumpuhkan parti itu. Sekali lagi Iswardy bertegas bahawa jika tiada money trial. Mustahil mereka yang didakwa ini didapati bersalah. Kita tunggu dan lihat- episode perbicaraan masih Panjang. Esok baharu sahaja Langkah pertama-pendakwaan.

    [TOP STORY]

    MACC confirmed that the President of the Bersatu party (Muhyiddin Yassin) will be charged tomorrow on several charges. Leaders of the opposition party began to criticize the leadership of PMX, Anwar was accused of being the mastermind behind the prosecution which was described as a political prosecution.

    Iswardy explained - all charges and prosecutions will be examined in court. There is no term revenge or political prosecution. Anwar carried out his duties as a transparent and trustworthy prime minister. Anyone who commits corruption will be prosecuted in court. Guilty or not depends on the evidence presented. Iswardy made a comparison - during the 33 months PN ruled - there were no corruption charges against the main PH leaders (except Syaid Sadik), because there was no corruption offence.

    Azmin Ali today issued a statement that the prosecution of the leaders of the United Party (Wan Saiful, Adam Radlan) is an effort to paralyze the party. Once again Iswardy insists that if there is no money trial. It is impossible for those who were charged to be found guilty. We wait and see- the trial episode is still Long. Tomorrow is First step-prosecution.


Guest User
8 March 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Khas – ADUN Telang Usan Dennis Ngau SALAH! Hentikan penyebaran ancaman 'No Logging, No Load' kepada masyarakat orang asal
> Patricia Helen, aktivis Penan dari Ba Abang – dua sekatan dibuka oleh syarikat pembalakan dan polis, Ba Abang akan buat sekatan semula
> Celine Lim, Pengarah Urusan Save Rivers – membina jalan raya dan menyediakan peluang pekerjaan adalah tanggungjawab kerajaan
> Abun Sui, naib presiden PKR Sarawak – PKR Sarawak akan bertemu Menteri Dalam Negeri tidak lama lagi untuk membangkitkan isu Mykad
> En Bonny dari Miri – JPN menolak permohonan mykad dua anak dan isteri
> Jannie Lasimbamg, ADUN DAP Kapayan dan pengerusi Perbadanan Kemajuan Luar Bandar (Sabah) – Hari Wanita Antarabangsa: Ekuiti adalah penting kerana banyak lagi yang perlu diubah

 

On Today Show
> Special Randau – Telang Usan assemplyman Dennis Ngau is WRONG! Stop spread the ‘No Logging, No load’ threaten to the indigenous communities
> Patricia Helen, Penan activist from Ba ​​Abang – two blockades dismantle by logging company and police, Ba Abang will set up blockade again
> Celine Lim, Managing Director of Save Rivers – building roads and providing job opportunities is the government's responsibility
> Abun Sui, vice president of PKR Sarawak – PKR Sarawak to meet Home Affars Minister soon to raise the Mykad issue
> Mr Bonny from Miri – JPN rejected two kids and wife’s mykad application
> Jannie Lasimbamg, DAP assemblywoman for Kapayan and chairman of the Rural Development Corporation (Sabah) – International Women’s Day: Equity is important as alot more need to change

  • Randau Istimewa:

    Mengenai FMT hari ini, ADUN Telang Usan Dennis Ngau berkata masyarakat orang asli mengalu-alukan pembalakan kerana mereka telah mendapat manfaat daripadanya. Roland Engan, PKR Sarawak menyangkal kenyataan Dennis Ngau, dan berkata kenyataan umum bahawa masyarakat orang asal bersetuju atau gembira dengan pembalakan adalah tidak tepat kerana masyarakat orang asal hanya bersetuju untuk pembinaan jalan masuk ke kampung mereka, bukannya bersetuju. kepada pembalakan. Mereka terpaksa bersetuju dengan pembalakan kerana pihak tertentu mengatakan bahawa "tidak ada pembalakan, tiada jalan" kepada mereka. Konsep "No logging, No Road" ini mesti ditamatkan sekarang dan Kerajaan harus membina jalan masuk ke setiap perkampungan orang asli walaupun tidak melibatkan aktiviti pembalakan.

    Tiada orang asal yang kaya kerana pembalakan atau Empangan, yang kaya ialah SEB, Shin Yang, Samling, RImpunan Hijau dan Ahli Politik

    Special Randau:

    On today FMT, Telang Usan assemblyman Dennis Ngau said the indigenous communities welcomed the logging as they had benefited from it. Roland Engan's, the PKR Sarawak refute Dennis Ngau’s statement, and said that the general statement that the indigenous community agrees or is happy with logging is not accurate because the indigenous community only agreed to the construction of an access road to their village, instead of agreeing to logging. They had to agree to logging because certain parties said that "no logging, no road" to them. This concept of "No logging, No Road" must be ended now and the Government should build access roads to every village of the indigenous people even if it does not involve logging activities.

    No indigenous are rich because of logging or Dams, the rich are SEB, Shin Yang, Samling, RImpunan Hijau and Politicians


Guest User
7 March 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Khas – Kerajaan tidak seharusnya bergantung kepada syarikat pembalakan untuk membina jalan di pedalaman
> Iswardy Morni, penganalisis politik – Tidak kira apa kenyataan daripada Hadi, dia tidak boleh menggoyahkan kerajaan perpaduan
> Mazerol Jaringan perkampungan orang Asli Johor – Banjir teruk di seluruh negeri, termasuk masyarakat Orang Asli, apabila pembalakan diteruskan
> Meneng Biris, PKR Opar – Wanita PKR mengambil berat tentang kesihatan wanita dan pergi ke luar bandar untuk mengadakan kempen kesedaran
> Anyi Lah, Long Tebangan – kerajaan melancarkan IPR untuk membantu rakyat miskin, tetapi hanya 2.4% daripada jumlah permohonan adalah dari Sarawak


On Today Show
> Special Randau – Gov should not rely logging company to build road in interior
> Iswardy Morni, political analyst – No matter what statement from Hadi, he can't shake the unity government
> Mazerol of Jaringan perkampungan orang Asli Johor – Severe flooding across states, including Indigenous communities, as logging resumes
> Meneng Biris, PKR Opar – PKR Women cares to women's health and goes to the rural to provide awareness campaigns
> Anyi Lah, Long Tebangan – gov launch IPR to help poor people, but only 2.4% of total application are from Sarawak

  • [BERITA UTAMA]

    Presiden PAS- Hadi Awang secara terbuka di parlimen meramalkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi. Iswardy agak hairan bagaimana Hadi membuat kiraan matematik, formula bagaimana kerajaan Anwar akan tumbang. Hadi berkata PN/PAS menawarkan GPS jawatan Perdana Menteri. Namun menurut Iswardy UMNO/BN(30) dan PH (82) cukup membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, tanpa penyertaan GPS. Dengan pengesahan ROS bahawa jawatan Presiden dan timbalan parti UMNO tidak perlu dipertandingkan. Ini akan mengukuhkan kedudukan Zahid Hamidi dan akan turut mengukuhkan kedudukan Anwar Ibrahim. Menurut Iswardy lagi. Dengan penguatkuasaan akta anti lompat parti, agak mustahil apa yang diimaginasi dan dihalusinasikan oleh hadi akan berlaku. Jelasnya Hadi masih dilanda kemurungan politik yang akut.

    Selain daripada itu, Hadi juga mengeluarkan kenyataan bahawa dibolehkan menyampaikan ceramah politik di Masjid dan Surau. Sekali lagi menurut Iswardy- pandangan hadi bertentangan dengan kehendak majoriti umat islam. Larangan berceramah politik di Masjid adalah kehendak ketua agama islam setiap negeri (sultan dan TYT). Jika hadi mengeluarkan kenyataan sebaliknya. Ini bermaksud beliau menderhaka kepada sultan. Menurut Iswardy- maksud sebenar larangan ceramah politik di masjid adalah untuk menjaga keharmonian setiap individu yang datang beribadat. Sikap Hadi yang berpolitik sepanjang masa memberi tauladan/contoh buruk kepada generasi muda.

    [TOP STORY]

    PAS President Hadi Awang openly predicted in parliament that the government led by Anwar Ibrahim will fall soon. Iswardy was a little surprised how Hadi made mathematical calculations, the formula of how Anwar's government would fall. Hadi said PN/PAS offered GPS for the position of Prime Minister. But according to Iswardy, UMNO/BN (30) and PH (82) are enough to form a government with a simple majority, without the participation of GPS. With ROS confirmation that the position of President and UMNO party deputy does not need to be contested. This will strengthen the position of Zahid Hamidi and will also strengthen the position of Anwar Ibrahim. According to Iswardy again. With the enforcement of the anti-party hopping act, it is quite impossible that what Hadi imagined and hallucinated will happen. It is clear that Hadi is still suffering from acute political depression.

    Apart from that, Hadi also issued a statement that it is allowed to deliver political talks in Mosques and Suraus. Again according to Iswardy- Hadi's view is contrary to the wishes of the majority of Muslims. The prohibition of political speeches in mosques is the wish of the head of the Islamic religion in each state (sultan and TYT). If Hadi issued a statement to the contrary. This means he disobeyed the sultan. According to Iswardy- the real meaning of banning political talks in mosques is to maintain the harmony of every individual who comes to worship. Hadi's attitude of being political all the time gives a bad example to the younger generation.


Guest User
6 March 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Khas – Setiap Perdana Menteri mempunyai pemikiran berbeza: Anwar mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat; Muhyiddin tidak mempedulikan masa depan rakyat
> Ngang Kuja, ketua Penan Long Tanyit, Sungai Linau-Belaga – Orang tua Penan berdiri teguh menentang pembalakan
> Barnie Lasimbang, aktivis hak tanah dari Sabah – membawa pelaburan yang baik kepada Malaysia, bukan menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar
> Encik Bobby Williams, Presiden PBDS – Ya, orang akan memilih bukan Melayu sebagai PM berbanding pemimpin Melayu yang rasuah
> Encik Robert dari Bintulu, aktivis sosial - Hadi Awang masih main isu agama, dia tidak boleh membawa rakyat ke hadapan


On Today Show
> Special Randau – Prime Ministers have different thinking: Anwar cares about people's well-being; Muhyiddin doesn't care about people's future
> Ngang Kuja, headman of Penan Long Tanyit, Linau-Belaga River – Older Penan people stand firm against logging
> Barnie Lasimbang, land rights activist from Sabah – bring investment that good to Malaysia, not cause damage to environment
> Mr Bobby Williams, President of PBDS – Yes, people will choose a non-Malay as PM over a Malay leader who is corrupt
> Mr Robert from Bintulu, Social activist – Hadi Awang still playing religion issue, he can’t lead the people forward

  • [BERITA UTAMA]

    Kami bertanyakan soalan- sejauh mana kaum penan bergantung kepada industry pembalakan untuk dapat kerja. Menurut Ngang, golongan tua amat menentang pembalakan kerana ia merosakkan alam sekitar. Baru sahaja minggu lepas lima penempatan penan di sungai linau dilanda banjir (Long Abit, Long Kajang, Long Tanyit, long Lidem dan Lusong Laku) tanam padi musnah sama sekali. Pembalakan juga membawa bersama pekerja Indonesia yang berkahwin dengan perempuan penan. Orang Indonesia tidak menghormati adat budaya penan. Sekarang muda mudi penan sudah pandai minum minuman berakohol- yang dibawa masuk oleh pekerja-pekerja camp pembalakan.

    Tetapi ada juga kaum penan yang bergantung kerja dengan syarikat pembalakan. Khususnya syarikat Shin Yang. Walaupun gaji yang dibayar relatifnya kecil. Tetapi kaum penan tiada pilihan. Sejak 5 tahun lalu, apabila FMU mula dikuatkuasakan, gaji yang dibayar ada meningkat sedikit. Menurut Ngang- kaum penan di sungai Linau memerlukan syarikat pembalakan untuk peluang kerja dan jalan balak. Jika tiada jalan balak, mereka tak akan dapat sampai ke pekan Belaga. Ngang berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh datang sendiri ke penempatan Penan dan lihat sendiri kesusahan yang mereka alami. Ngang berterima kasih kepada RFS kerana memberi peluang kepada beliau meluahkan masalah yang dihadapi oleh kaum penan sungai Linau.

    [TOP STORY]

    We ask the question - to what extent the Penan people depend on the logging industry to get work. According to Ngang, the elderly are strongly against logging because it damages the environment. Just last week, five Penan settlements in the Linau River were hit by floods (Long Abit, Long Kajang, Long Tanyit, Long Lidem and Lusong Laku) and their rice cultivation was completely destroyed. Logging also brings along Indonesian workers who marry Penan women. Indonesians do not respect Penan cultural customs. Now the young Penan are good at drinking alcoholic beverages - which are brought in by the logging camp workers.

    But there are also Penan people who depend on working with logging companies. Specifically the Shin Yang company. Although the salary paid is relatively small. But the Penan people have no choice. Since 5 years ago, when FMU was implemented, the salary paid has increased slightly. According to Ngang- the Penan people in the Linau river need a logging company for job opportunities and logging roads. If there is no log road, they will not be able to reach Belaga town. Ngang hopes that Prime Minister Anwar Ibrahim can personally come to the Penan settlement and see for himself the hardships they are experiencing. Ngang thanked the RFS for giving him the opportunity to express the problems faced by the Linau River Penan people.


Guest User
3 March 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Khas – Najib, Arul Kanda dibebaskan daripada pertuduhan gangguan audit 1MDB
> Dennis Along, Aktivis Hak Tanah - Pemimpin masyarakat adalah ejen pembalakan haram
> Gabriel Atong, aktivis hak tanah dari Belaga – masyarakat menentang dasar tidak adil dan diskriminasi
> Jeffrery Ngui, presiden MUDA Sarawak –Bajet perlu disediakan mengikut keperluan rakyat
> Albert Bansa, pembuat filem pendek – membantu orang asal menyuarakan perjuangan mereka melalui dokumentari
> ketua Tunku dari Hulu Rajang – syarikat pembalakan mesti mendengar kata kampung tanah

 

On Today Show
> Special Randau – Najib, Arul Kanda freed of 1MDB audit tampering charges
> Dennis Along, Land Rights Activist – Communities’ leaders are agents of illegal logging
> Gabriel Atong, land rights activist from Belaga – the communities fight against the unfair policy and discrimination
> Jeffrery Ngui, president of MUDA Sarawak –The budget should be provided in accordance with the needs of the people
> Albert Bansa, a short film maker – help indigenous people voice their struggle thru documentary
> headman Tunku from Hulu Rajang – logging company must listen to the landowner

  • [BERITA UTAMA]

    Dennis berharap Menteri sumber Asli , alam sekitar dan perubahan Iklim – harus ada keazaman yang kuat untuk membenteras pembalakan haram di Sarawak. Ia bukan mudah tetapi tidak mustahil dilakukan.

    Menurut Dennis, orang awam di Sarawak sudah sampai ke tahap putus asa/muak untuk membuat laporan kepada SPRM berkaitan pembalakan haram. Aduan demi aduan yang dilaporkan tidak diambil Tindakan. Lebih-lebih lagi terhadap syarikat pembalakan gergasi.

    Bukan rahsia lagi bahawa ada kakitangan kerajaan yang terlibat menyembunyikan maklumat pembalakan haram. Juga ketua-ketua kaum dan ketua kampung terlibat dalam kegiatan pembalakan haram. Ini ada berlaku, telah belaku dan sedang berlaku sekarang. Kerana bukan mudah memunggah kayu balak beribu tan, bukan mudah juga membawa masuk pekerja, lori dan jentolak untuk menebang kayu secara haram. Semua ini dilakukan secara terang-terangan dan dilindungi oleh sekumpulan kakitangan awam, ahli politik dan ketua kaum yang bersubahat.

    [TOP STORY]

    Dennis hopes that the Minister of Natural Resources, Environment and Climate Change - should have a strong determination to crack down on illegal logging in Sarawak. It is not easy but not impossible to do.

    According to Dennis, the public in Sarawak has reached the point of despair/fed up to make a report to the MACC regarding illegal logging. Complaint after complaint reported is not taken action. Especially against giant logging companies.

    It's no secret that there are government employees involved in hiding illegal logging information. Also communities’ leaders and village heads are involved in illegal logging activities. This has happened, has happened and is happening now. Because it's not easy to unload thousands of tons of logs, it's also not easy to bring in workers, trucks and bulldozers to cut wood illegally. All this was done openly and protected by a group of complicit civil servants, politicians and communities leaders.


Guest User
2 March 2023

Topik Pada Hari Ini
> Roland Engan, presiden PKR Sarawak – Terangkan pelbagai jenis pembalakan haram dan tekankan bahawa masyarakat mesti tahu cara berunding dengan syarikat pembalakan
> Zulhaidah Suboh, Ketua Wanita PKR Sarawak – pembalakan haram menjadikan syarikat dan ahli politik kaya, tetapi orang pedalaman kehilangan tanah dan miskin
> Clive Allen, Presiden Majlis Belia Orang Asli – pembangunan Orang Asli nampak terbantut, kerajaan perlu tukar langsung kepada pembangunan yang lebih baik
> En. Andi orang tanpa kerakyatan berumur 33 tahun – Tiada IC dan caj perubatan kos RM3000

On Today Show
> Roland Engan, president of PKR Sarawak – Explain the various types of illegal logging and emphasize that communities must know how to negotiate with logging companies
> Zulhaidah Suboh, PKR Sarawak Women Chief – illegal logging make companies and politician rich, but interior people lost land and poor
> Clive Allen, President of Orang Asli Youth Council – development of Orang Asli seem stagnant, gov need to change the direct to better development
> Mr. Andi stateless person age of 33 years old – No IC and charge by medical costs RM 3000

  • [BERITA UTAMA]

    Beliau berkata, penduduk pedalaman sering menderita kerana tidak tahu berunding, jadi beliau menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses rundingan: apabila masyarakat pedalaman menghadapi pencerobohan atau rundingan oleh syarikat pembalakan, mereka mesti mengambil bahagian bersama-sama penduduk kampung bukannya berunding sendirian. Kedua, syarikat pembalakan mesti dikehendaki menunjukkan lesen pembalakan - PEC dan rancangan penuaian, peta dan tarikh akhir projek, dan hanya dengan bahan ini mereka boleh berunding dengan pihak lain. Sekiranya masyarakat tidak bersetuju dengan kandungan dan hasil rundingan, syarikat pembalakan mesti mencari lokasi lain.

    Roland menegaskan bahawa bagi kampung yang dahulunya mempunyai hutan konsesi, kerajaan mesti menaik taraf infrastruktur mereka bagi mengimbangi kerugian mereka.

    Beliau berkata, apabila berurusan dengan syarikat pembalakan, masyarakat mesti meminta laporan alam sekitar oleh lembaga alam sekitar sumber asli.

    [TOP STORY]

    He said that interior people often suffer because they don’t know how to negotiate, so he listed the matters that need to be paid attention to in the negotiation process: when interior communities face invasion or negotiation by logging companies, they must participate together with the villagers instead of negotiating alone. Second, the logging company must be required to show the logging license - PEC and harvesting plan, map and project deadline, and only with these materials can they negotiate with the other party. If the community disagrees with the content and outcome of the negotiations, the logging company must find other locations.

    Roland emphasized that for villages that used to have concession forests, the government must upgrade their infrastructure to compensate for their loss.

    He empahsize, when deal with the logging companies, the community must request the environment report by natural resources environment board.


Guest User
1 March 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Khas – hubungi RFS untuk melaporkan pembalakan haram di Sarawak
> Chris Lau, aktivis wartawan dari Sarawak – Jangan sasarkan T20, yang penting adalah memerangi rasuah
> Nurul Rifayah, aktivis belia Undi18 – Kerajaan mesti tunaikan janji mansuh AUKU
> Richarh Engan dari Baram – jika GPS masih dalam kerajaan, i akan terus menghalang pembangunan Sarawak

On Today Show
> Special Randau – call RFS to report the illegal logging in Sarawak
> Chris Lau, journalist activist from Sarawak – Do not target T20, it is important to combat corruption and save money for the national revenue
> Nurul Rifayah, youth activist from Undi18 – Gov must fulfill the promise to abolish AUKU
> Richarh Engan from Baram – if GPS is still in the government, it will still hinder the development of Sarawak

  • [BERITA UTAMA]

    Ada pemberi maklumat kepada RFS – memaklumkan bahawa pembalakan haram yang berleluasa di Sarawak dilakukan oleh syarikat pembalakan gergasi yang menceroboh Kawasan hutan tanpa diketahui oleh penduduk tempatan dan pihak berkuasa. Sebagai contoh. Syarikat ini hanya dibenarkan membalak di Kawasan A dengan keluasan 10,000 hektar. Tetapi secara senyap-senyap syarikat tersebut membalak lebih daripada Kawasan yang diluluskan. Ada juga pencuri balak secara kecil-kecilan, yang menebang kayu balak beberapa ratus batang dan menjualnya kepada syarikat balak berlesen. Inilah antara taktik yang dilakukan oleh pembalak haram di Sarawak. Anda yang ada maklumat. Sila hubungi RFS di 013-5515219.

    [TOP STORY]

    There is a whistleblower to the RFS - informed that rampant illegal logging in Sarawak is carried out by giant logging companies that encroach on forest areas without the knowledge of local residents and authorities. For example. This company is only allowed to log in Area A with an area of 10,000 hectares. But quietly the company is logging more than the approved Area. There are also small-scale log thieves, who cut several hundred logs and sell them to licensed logging companies. This is one of the tactics used by illegal loggers in Sarawak. You are the one with the information. Please contact RFS at 013-5515219.


Guest User
28 February 2023

On Today Show
> Harrison Ngau- Lawyer, human rights and environmental activist. He is also a former MP of Baram – logging should be stopped immediately because the timber in Sarawak has run out
> Uncle May from Sg Tangap Sibuti – Unbalanced development between Malays and Dayaks in Sibuti
> Shahrizal Denci, Muda co-founder and vice-president – Sabah must implement anti-hopping law in coming state assemble
> Mr Jimmy from Miri – is good that merchants respond to the gov's plan to reduce living expenses and voluntarily launch menu rahmah

 

Pada Rancangan Hari Ini
> Harrison Ngau- Peguam, aktivis hak asasi manusia dan alam sekitar. Beliau juga bekas ahli parlimen Baram – pembalakan harus dihentikan segera kerana kayu balak di Sarawak sudah habis
> Pakcik May dari Sg Tangap Sibuti – Pembangunan tidak seimbang antara Melayu dan Dayak di Sibuti
> Shahrizal Denci, pengasas bersama dan naib presiden Muda – Sabah mesti melaksanakan undang-undang anti-lompat dalam persidangan DUN yang akan datang
> Encik Jimmy dari Miri – ada baiknya peniaga bertindak balas terhadap rancangan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan sara hidup dan secara sukarela melancarkan menu rahmah

  • [TOP STORY]

    The Minister of Natural Resources, Environment and Climate Change (YB Nik Nazmi Nik Ahmad) responded in a parliamentary conference that 90 cases of illegal logging occurred in Malaysia last year 2022 and 60 of them occurred in Sarawak. For Harrison- this is no surprise. In fact, the number may be even greater.

    For Harrison illegal logging is grouped into several categories. First- a logging company that is given a logging license in the traditional land area of the original people. This is also illegal logging. The reason is that the timber company has a permit and license from the Sarawak government. But did not get permission from the original people who own the land and wood. Second, under the 1994 NREB ordinance, any logging company that carries out re-logging activities in areas that have been logged (most logging licensees in Sarawak in this category) must prepare an EIA report. But as far as we know - not a single logging company makes/dismisses an EIA report before re-logging activities are carried out. Harrison emphasized that all logging licenses granted are conditional and subject to specific laws, not just in bulk. Logging companies are taking advantage of fooling illegal miners.

    Harisson stressed that logging should be stopped immediately because the timber in Sarawak has run out. On the other hand, the government under the leadership of PMX should concentrate and give large allocations to native people to be involved in reforestation with native wood species on a large scale. In fact, not only replanting wood, but growing cane and producing honey organically.

    In combating illegal logging, the PMX-led government must have political determination, be free of corruption, have a clear policy and the role of whistleblowers is very important. Enforcers should be firm and not compromise with corruption and abuse of power. Related to the claims of logging companies who say that they practice logging that complies with the Forest Management Unit (FMU). For Harisson FMU It looks beautiful on paper only. But the implementation is far astray. At least the recognition of FMU should be from the owner of the forest/wood where the logs are felled and the results should also be returned directly to the original person as the owner of the logs. Whatever the reason, according to Harrison, logging in Sarawak should be stopped for the sake of environmental sustainability.

    [BERITA UTAMA]

    Menteri Sumber Asli , Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (YB Nik Nazmi Nik Ahmad) menjawab dalam persidangan parlimen bahawa, 90 kes pembalakan haram berlaku di Malaysia tahun 2022 yang lalu dan 60 daripadanya berlaku di Sarawak. Bagi Harrison- ini tidak mengejutkan. Malah mungkin angkanya lebih besar lagi.

    Bagi Harrison pembalakan haram dikelompokkan dalam beberapa kategori. Pertama- syarikat pembalakan yang diberi lessen membalak dalam Kawasan tanah adat orang asal. Ini juga adalah pembalakan haram. Sebab, memang syarikat balak ada permit dan lessen daripada kerajaan Sarawak. Tetapi tidak mendapat kebenaran daripada orang asal yang memiliki tanah dan kayu . Kedua dibawah ordinan NREB 1994- mana-mana syarikat pembalakan yang melakukan aktiviti pembalakan semula di Kawasan yang sudah dibalak (kebanyakkan lessen pembalakan di Sarawak dalam kategori ini) harus menyediakan laporan EIA . Namun sejauh yang kita ketahui- tiada satu syarikat pembalakan yang membuat/menyiadakan laporan EIA sebelum aktiviti pembalakan semula dilakukan. Harrison menegaskan bahawa semua lessen pembalakan yang diberikan adalah secara bersyarat dan tertakluk kepada undang-undang khusus, bukan secara pukal sahaja. Syarikat pembalakan mengambil kesempatan memperbodohkan orang pendalaman yang tak celik undang-undang.

    Harisson menegaskan bahawa pembalakan harus dihentikan serta merta kerana kayu balak di Sarawak sudah habis. Sebaliknya kerajaan dibawah pimpinan PMX harus menumpu dan memberi peruntukan besar kepada orang asal untuk terlibat dengan penanaman semula hutan dengan spesies kayu asal secara besar-besaran. Malah bukan menanam semula kayu sahaja, tetapi menanam rotan dan penghasilan madu lebah secara organik.

    Dalam membenteras pembalakan haram kerajaan pimpinan PMX harus ada keazaman politik, bebas rasuah, polisi yang jelas dan peranan pemberi maklumat adalah amat penting. Penguatkuasa harus tegas dan tidak berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa. Berkaitan dengan dakwaan syarikat-syarikat pembalakan yang mengatakan bahawa mereka mengamalkan pembalakan yang mematuhi Forest Management Unit (FMU). Bagi Harisson FMU Nampak cantik diatas kertas sahaja. Tetapi implimentasinya jauh tersasar.Sekurang-kurangnya pemberian pengiktirafan FMU harus daripada pemilik hutan/kayu tempat balak di tebang dan hasilnya juga harus dipulangkan langsung kepada orang asal sebagai pemilik kayu balak tersebut. Apapun alasannya, menurut Harisson pembalakan di Sarawak harus dihentikan demi kelestarian alam sekitar.


Guest User
27 February 2023

Topik Pada Hari Ini
> Randau Khas Bajet 2023
> YB chiew choo mun, MP PKR Miri - Bajet 2023 menunjukkan kesungguhan PMX memerangi rasuah
> Gereng Jadum dari Long Menapa Murum dan Surang Laing Dari Long Lua Murum – Apa yang Penan Murum mahu dari Bajet 2023
> Encik Robert dari Bintulu, Aktivis sosial – lebih banyak wang untuk kerajaan GPS, lebih banyak penyelewengan oleh mereka

 

On Today Show
> Special Randau of Budget 2023
> YB chiew choo mun, PKR MP of Miri - Budget 2023 shown PMX determination to fight corruption
> Gereng Jadum from Long Menapa Murum and Surang Laing From Long Lua Murum – What Penan Murum want from Budget 2023
> Mr Robert from Bintulu, Social activist – more money for GPS gov, more misue by them

  • [BERITA UTAMA]

    Menjelang pembentangan Bajet 2023 yang disemak semula, ahli parlimen merentasi jurang politik menekankan kepentingan mengutamakan langkah-langkah untuk memastikan pemulihan ekonomi sambil menangani hutang negara. Ahli Parlimen Subang Wong Chen mengharapkan peta jalan indikatif tentang bagaimana kerajaan akan menguruskan hutang negara , yang berjumlah RM1.5 trilion setakat Januari.

    Sebanyak 90 kes pembalakan haram direkodkan di seluruh negara pada 2022, dengan Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 60 kes, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata 11 kes direkodkan di Perak, diikuti Kelantan (10 kes). ), Sabah (empat), Selangor (dua) dan masing-masing satu kes di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

    [TOP STORY]

    Ahead of the tabling of the revised Budget 2023, MPs across the political divide stressed the importance of prioritising measures to ensure economic recovery while addressing the country’s debt.Subang MP Wong Chen is hoping for an indicative roadmap on how the government will manage the national debt, which stands at RM1.5 trillion as at January.

    A total of 90 cases of illegal logging were recorded nationwide in 2022, with Sarawak having the highest number at 60 cases, Natural Resources, Environment and Climate Change Minister Nik Nazmi Nik Ahmad said 11 cases were recorded in Perak, followed by Kelantan (10 cases), Sabah (four), Selangor (two) and one case each in Johor, Negeri Sembilan and Pahang.


Guest User