11 August 2022
Topik pada hari ini:
Dominic Langat aktivis orang asal berasal dari Long Tungan Baram (Sarawak) – Tanah orang asal dirampas sebab Kerajaan Sarawak memberi lesen perladangan kelapa sawit, penanaman kayu dan lesen pembalakan kepada syarikat-syarikat besar.
Aktivis dan peguam terkemuka sarawak Harrison Ngau dalam FB beliau melahirkan rasa terkilan beliau terhadap hak orang asal yang semakin hilang.
Oscar Ling, DAP MP for Sibu – DAP tidak akan berkerjasama dengan PSB kalau PSB tidak tunjuk komitmen.
Cikgu Diog PKR Puncak Borneo mengatakan kemasukkan MP Willie Mongin ke PBB GPS telah menaikan kemarahan penyokongnya dan semua Pengundi beliau merasakan undi mereka telah dikhianati dan disia-siakan oleh Willie.
[BERITA UTAMA]
Dominic Langat aktivis orang asal berasal dari Long Tungan Baram (Sarawak) – TANAH ORANG ASAL DIRAMPAS KERANA KERAJAAN SARAWAK BERI LESEN KEPADA SYARIKAT BESAR
Dom berada di Sabah untuk perayaan hari orang asal yang akan berakhir hari ini. Ketika ditanya adakah kerajaan negeri sarawak mengiktiraf hak beliau sebagai orang asal Sarawak. Dengan tegas Dom menjawab bahawa dia amat tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan sarawak terhadap orang asal.
Antara lain Dom menjelaskan bahawa, secara sedar atau tidak hak orang asal terhadap tanah adat semakin terhakis. Kerajaan sarawak memberi lesen perladangan kelapa sawit, penanaman kayu dan lesen pembalakan kepada syarikat-syarikat besar. Akhirnya tanah orang asal dirampas. Lebih malang lagi - syarikat-syarikat besar ini membina halangan/gate dan tidak membenarkan orang asal memasuki kawasan pembalakan atau perladangan kelapa sawit berkenaan dengan alasan untuk mencegah kecurian. Sedangkan kawasan balak dan ladang itu adalah dalam kawasan hutan untuk orang asal memburu dan mendapatkan hasil hutan.
Namun sedarkan pihak berkuasa dan syarikat berkenaan itu adalah tanah nenek moyang orang asal dan mereka bergantung hidup dari sumber hutan untuk mendapatkan sumber makanan. Sedarkan pemerintah bahawa sumber makanan orang asal terjejas kerana hutan ditebang dan sungai menjadi kotor oleh aktiviti pembalakan dan perladangan. Dan kini orang asal dilarang memasuki hutan- hanya kerana lesen membalak telah diberikan kepada syarikat pembalakan tertentu.
[TOP STORY]
Dominic Langat, an indigenous activist from Long Tungan Baram (Sarawak) – INDIGENOUS PEOPLE’S LAND WAS CONFISCATED BECAUSE OF SARAWAK GOV GRANTS LICENSES TO BIG COMPANIES
Dom is in Sabah for the indigenous people's day celebrations which will end today. When asked if the Sarawak state government recognized his rights as a native of Sarawak. Dom firmly replied that he was very dissatisfied with the Sarawak government's treatment of the original people.
Among other things, Dom explained that, knowingly or unknowingly, the rights of the original people to customary land are being eroded. The Sarawak government grants oil palm plantation licenses, timber plantations and logging licenses to large companies. In the end, the original people's land was confiscated. Even worse - these big companies build barriers/gates and don't allow indigenous people to enter logging areas or oil palm plantations on the pretext of preventing theft. While the log area and the farm are in the forest area for the original people to hunt and get forest products.
But the authorities and the company are aware that it is the land of the ancestors of the original people and they depend on the forest to get food. Make the government aware that the indigenous people's food sources are affected because forests are cut down and rivers are polluted by logging and plantation activities. And now the natives are prohibited from entering the forest- only because a logging license has been granted to a certain logging company.