12 August 2022
Topik Pada Hari Ini:
Roland Engan, Pengerusi PKR Sarawak yang baharu – Semua isu yang menjadi masalah rakyat akan menjadi keutamaan beliau/PKR. Seperti Isu tanah adat, perlindungan hutan daripada aktiviti komersial yang keterlaluan.Sekolah daif, kemudahan infrastruktur luar bandar, komuniti terpinggir dan sebagainya.
Randau – Transparency International Malaysia menyeru kerajaan kebertanggungjawaban terhadap skandal LCS.
Pn. Anne Lasimbang. Ketua Pegawai Eksekutif Pacos Trust – Bahasa ibunda orang asal Penting untuk menjaga budaya dan ilmu pengetahuan.
Pn. Agnes dari Dijih Selangau memarahi Kerajaan menggalakkan orang ramai menanam lada tetapi kilang enggan menerimanya
[BERITA UTAMA]
Roland Engan, Pengerusi PKR Sarawak yang baharu – SEMUA ISU YANG BERKAIT MASALAH RAKYAT AKAN MENJADI KEUTAMAAN BELIAU/PKR UNTUK DIFOKUS
Roland sedang melengkapkan barisan kepimpinan PKR Sarawak bagi sesi 2022-2025. Minggu hadapan beliau akan mengadakan mesyuarat bersama komponen PH Sarawak. Iaitu DAP dan Amanah. Akan fokus kepada penetapan jumlah kerusi yang akan ditandingin bagi setiap komponen. Juga tidak kurang penting adakah PH sarawak akan bergerak solo atau berkerjasama dengan parti-parti pembangkang local di sarawak. Semua ini akan diputuskan minggu hadapan.
Ditanya apakah Fokus utama PKR Sarawak dibawah kepimpinan beliau. Semua isu yang menjadi masalah rakyat akan menjadi keutamaan beliau/PKR. Seperti Isu tanah adat, perlindungan hutan daripada aktiviti komersial yang keterlaluan.Sekolah daif, kemudahan infrastruktur luar bandar, komuniti terpinggir dan sebagainya. Namun penyelesaian kepada masalah ini menurut beliau adalah mudah. Iaitu dengan memilih barisan pemimpin yang berwawasan dan berintegriti. Hanya dengan demikian masalah yang menjadi beban kepada rakyat sarawak selama ini akan dapat diatasi. Inilah yang menjadi fokus utama PKR Sarawak. Barisan pemimpin yang ada idea memajukan sarawak dan pemimpin yang berintegriti.
Roland memberi pandangan berkaitan cadangan penubuhan Universiti Islam Sarawak . Bagi Roland- universiti adalah hak awam dan hak rakyat Sarawak. Pembiayaannya juga melalui dana awam. Maka penubuhan universiti harus untuk kepentingan semua kaum, agama dan lapisan masyarakat Sarawak. Fakulti-fakulti di universiti juga harus menyediakan tempat bagi kajian etnik, budaya,agama dan bahasa setiap kaum. Tiada satu kaum harus dilihat lebih penting dan lebih dominan daripada kaum yang lain. Hak semua kaum di Sarawak seharusnya sama.
Roland meminta semua pihak berkepentingan memfokuskan persiapan PRU15 dan memenangi seberapa banyak kerusi yang boleh bagi membolehkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri yang akan menggerakkan roformasi dalam pentadbiran negara.
[TOP STORY]
Roland Engan, The new Sarawak PKR Chairman – ALL ISSUES THAT ARE THE PEOPLE’S PROBLEMS WILL BE HIS/PKR’S PRIORITY TO FOCUS
Roland is completing the Sarawak PKR leadership lineup for the 2022-2025 session. Next week he will hold a meeting with Sarawak PH components. That is DAP and Amanah. Will focus on determining the number of seats that will be contested for each component. It is also not less important whether PH Sarawak will go solo or cooperate with local opposition parties in Sarawak. All this will be decided next week.
Asked what is the main focus of Sarawak PKR under his leadership. All issues that are the people's problems will be his/PKR's priority. Such as customary land issues, forest protection from excessive commercial activities, poor schools, rural infrastructure facilities, marginalized communities and so on. But the solution to this problem according to him is simple. That is by choosing a line of leaders with vision and integrity. Only then will the problems that have been a burden to the people of Sarawak be overcome. This is the main focus of Sarawak PKR. A line of leaders who have ideas to advance Sarawak and leaders with integrity.
Roland gave his views on the proposed establishment of Sarawak Islamic University. For Roland, the university is a public right and the right of the people of Sarawak. Its financing is also through public funds. Therefore, the establishment of a university should be for the benefit of all races, religions and strata of Sarawak society. Faculties in universities should also provide a place for the study of ethnicity, culture, religion and language of each race. No one race should be seen as more important and more dominant than another. The rights of all races in Sarawak should be equal.
Roland asked all stakeholders to focus on GE15 preparations and win as many seats as possible to enable Anwar Ibrahim to become the prime minister who will drive reforms in the country's administration.