12 December 2022
Topik Pada Hari Ini
> John Brian Anthony, Pengerusi Tetap PBDS – 11 Menteri dan timbalan menteri dari Sarawak, manfaat luar biasa untuk Sarawak
> Thomas Fann, pengerusi Bersih 2.0 – sepatutnya ada dua penandatangan untuk mengeluarkan wang, bukan Anwar sendiri sebagai PM dan Menteri Kewangan
> Chris Lau, Wartawan Bebas dari Sibu – tiada DAP Sarawak dalam kabinet, akan menjejaskan pilihan rakyat dalam pilihan raya pada masa depan
> Dennis Along, aktivis dari Baram – Tiada Orang Asal dalam kabinet kerajaan perpaduan
On Today Show
> John Brian Anthony, Permanent Chairman of PBDS – 11 Ministers and vice ministers from Sarawak, extraordinary benefit for Sarawak
> Thomas Fann, chairperson of Bersih 2.0 – supposed to be two signatories in releasing money, not Anwar himself as PM and Minister of finance
> Chris Lau, Independent Journalist from Sibu – no DAP Sarawak in cabinet, will affect the people's choice in the next election
> Dennis Along, activist from Baram – There no Indigenous in cabinet of the unity government
----------------------------------------------------------------------------------------------------
【BERITA UTAMA】
John Brian Anthony, Pengerusi Tetap PBDS – 11 MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DARI SARAWAK, MANFAAT LUAR BIASA UNTUK SARAWAK
Selepas Pru15 memperlihatkan situasi politik malaysia terlalu bersifat perkauman dan isu agama dimainkan secara berlebihan untuk keuntungan politik. Ini tidak baik untuk keharmonian penduduk berbilang kaum di Malaysia. Justeru idea pembentukan kerajaan perpaduan amat tepat.Tindakan Parti PAS dan PPBM enggan menyertai kerajaan perpaduan memperlihatkan mereka tiada toleransi dalam berpolitik (politik ekstrim). Konsep kerajaan perpaduan lebih baik untuk penduduk Sarawak keseluruhannya.
Ditanya , kenapa Anwar menyerahkan semua jawatan menteri dan timbalan menteri kepada GPS Sarawak. Dan tiada langsung untuk PH Sarawak. John Brian meminta rakyat sarawak dan PH Sarawak melihat gambaran lebih besar.
Iaitu matlamat utama PH Sarawak adalah meletakkan Anwar sebagai perdana menteri. Kejayaan Anwar menjawat jawatan itu kini adalah kemenangan muthlak PH. Kedua kejayaan mengalahkan Parti PAS dan PPBN adalah kejayaan memerangi ekstremisme kaum dan agama. Dan ketiga pentadbiran PH yang diterajui Anwar akan memberi banyak keuntungan untuk Sarawak.
John menjelaskan bahawa - ketegasan Anwar meminta supaya apa-apa isu bersangkutan MA63 diselesaikan dalam masa sebulan adalah keputusan yang luar biasa. PN tidak dapat membuat keputusan dalam isu ini walaupun telah 3 tahun memerintah. BN telah memerintah selama lebih 60 tahun. Tetapi dalam masa satu minggu pentadbiran Anwar beliau telah membuat keputusan supaya MA63 diselesaikan dlam masa sebulan, dan timbalan perdana menteri dari sarawak ditugaskan untuk menyelesaikan degala permasalahan berkaitan MA63.
Apa untung rakyat Sarawak jika MA63 dikuatkuasakan. Pertama , pemulangan hasil yang lebih banyak kepada Sarawak. Lebih kuasa autonomi kepada Sarawak dalam bidang pendidikan dan Kesihatan dan yang jauh lebih penting Sarawak kekal sebagai negeri sekular dengan tiada mana-mana agama lebih dominan daripada yang lain. Inilah situasi paling sesuai untuk Sarawak.
【TOP STORY】
John Brian Anthony, Permanent Chairman of PBDS – 11 MINISTERS AND VICE MINISTERS FROM SARAWAK, EXTRAORDINARY BENEFIR FOR SARAWAK
After Pru15 showed the political situation in Malaysia is too racist and religious issues are played excessively for political gain. This is not good for the harmony of the multiracial population in Malaysia. Therefore the idea of forming a unity government is very correct. The actions of the PAS and PPBM parties refusing to join the unity government show that they have no tolerance in politics (extreme politics). The concept of a unity government is better for the people of Sarawak as a whole.
Asked why Anwar handed over all ministerial and deputy ministerial positions to GPS Sarawak. And nothing at all for PH Sarawak. John Brian asked the people of Sarawak and PH Sarawak to look at the bigger picture.
That is, PH Sarawak's main goal is to place Anwar as prime minister. Anwar's success in holding the position is now an absolute victory for PH. The second success in defeating PAS and PPBN was a success in fighting racial and religious extremism. And third, the PH administration led by Anwar will bring many benefits to Sarawak.
John explained that - Anwar's firmness in asking that any issue related to MA63 be resolved within a month is an extraordinary decision. PN has not been able to make a decision on this issue even though it has been in power for 3 years. BN has ruled for over 60 years. But within a week of Anwar's administration, he made a decision to resolve MA63 within a month, and the deputy prime minister from Sarawak was assigned to resolve the issues related to MA63.
What will benefit the people of Sarawak if MA63 is enforced. First, the return of more revenue to Sarawak. More autonomy to Sarawak in the fields of education and health and more importantly Sarawak remains a secular state with no religion more dominant than the other. This is the most suitable situation for Sarawak.