12 January 2023

Topik Pada Hari Ini:
> Gereng Jadum, penduduk Penan dari Tegulang-Murum – Penan dari Murum mahu PM DSAI datang  mengemas apa yanng GPS menghancurkan di Kawasan penempatan Murum
> Fiqah Roslan, jurucakap kempen #tiadaguru# – Pelajar menyaman guru dan kementerian PENDIDIKAN sejak 2015, mereka mahu Sistem Pendidikann direformasi
> Cikgu Diog, PKR Puncak Borneo – Sistem Pendidikan yang adil? GPS boleh melaksanakan 20 tahun yang lalu atau lebih awal, mengapa tunggu sekarang
> Kelvin Yii, Ketua Pemuda DAP dan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching – Pemuda Borneo akan menjadi Agen perubahan di Malaysia Baharu

 

On Today Show:
> Gereng Jadum, a Penan resident from Tegulang-Murum – Penan from Murum want PM DSAI come to clean up GPS mess in Murum resettlement
> Fiqah Roslan,the spokoperson for #tiadaguru# campaign – Students sued teacher and ministry of EDU since 2015, they want Edu System be reform
> Cikgu Diog, PKR of Puncak Borneo – Fair Edu system? GPS can be implement 20 years ago or more, why wait now
> Kelvin Yii, Chief of DAP Youth and DAP MP for Bandar Kuching – Borneo Youth will be Agent of change in New Malaysia 

  • [BERITA UTAMA]

    Gereng Jadum penduduk Penan dari Tegulang-Murum.

    Pada tahun 2015 SEB berjaya menyiapkan empangan hidro elektrik Murum dengan kos RM4.1 juta. bagi menyokong bekalan tenaga elektrik untuk industri berat di SCORE- Sarawak. Namun tidak harus dilupakan bahawa terdapat 7 buah rumah panjang kaum penan dan kenyah yang terpaksa dipindahkan ke kawasan penempatan tegulang dan metalun bagi memberi laluan kepada pembinaan empangan hidro murum.

    Namun setelah 8 tahun berlalu penduduk penan di kedua-dua kawasan penempatan ini hidup dalam kesusahan bila tidak diberi kemudahan yang mencukupi. Di Kawasan penempatan baru ini masih tiada sekolah, tiada klinik dan penduduk masih berdepan kesukaran mendapatkan air bersih. Mereka tidak diberi tanah pertanian dan kini mereka mencari pekerjaan dengan syarikat perladangan kelapa sawit berdekatan. Mereka meminta perdana menteri Anwar Ibrahim datang segera membantu mereka.

    Penduduk penan disini juga mengadu bahawa jalan raya ke perkampungan mereka dan ke sekolah SK Metalun (sekolah sementara yang menumpang di bangunan yang didermakan oleh kontraktor pembinaan empangan) belum dibina. Tambah mendukacitakan mereka guru-guru disini tidak begitu serius mendidik anak kaum Penan . Mereka merayu kepada perdana menteri, menteri kesihatan dan menteri pendidikan untuk datang dan menyelesaikan masalah mereka.

    [TOP STORY]

    Gereng Jadum, a Penan resident from Tegulang-Murum.

    In 2015, SEB successfully completed the Murum hydro-electric dam at a cost of RM4.1 million. to support the supply of electricity for heavy industry in SCORE- Sarawak. But it should not be forgotten that there are 7 Penan and Kenyah longhouses that had to be moved to the tegulang and metalun settlement areas to make way for the construction of the Murum hydro dam.

    However, after 8 years have passed, Penan residents in these two settlement areas are living in hardship if they are not given adequate facilities. In this new settlement area there is still no school, no clinic and residents are still facing difficulties in getting clean water. They were not given agricultural land and now they are looking for work with a nearby oil palm plantation company. They asked the prime minister Anwar Ibrahim to come and help them immediately.

    Penan residents here also complain that the road to their village and to the SK Metalun school (a temporary school housed in a building donated by the dam construction contractor) has not been built. Adding to their sadness, the teachers here are not very serious about educating the children of the Penan people. They appealed to the prime minister, health minister and education minister to come and solve their problems.


Guest User