19 August 2022
Topik Pada Hari Ini
> Dennis Along, aktivis dari Baram – berkaitan isu Imigresen di Sarawak : 50% pekerja asing dalam sektor itu tidak ada permit kerja
> Roland Engan, Presiden PKR Sarawak – Adun parti kerajaan minta peruntukan? Ini membuktikan kegagalan GPS dan kerajaan BN
> Sevan Doraisamy, Pengarah Eksekutif Suaram – Bantahan untuk mendesak kerajaan menyiasat LCS secara bebas
> Romuald Siew dari Miri dan Encik John dari Niah – PRU semakin hampir, janji kosong muncul lagi
[BERITA UTAMA]
Dennis Along, aktivis dari Baram – 50% PEKERJA ASING DI SEKTOR TIDAK MEMPUNYAI PERMIT KERJA
Berkaitan mudahnya pekerja asing tanpa pengenalan diri sah memasuki negara ini -kami menemubual Denis Along bertanyakan bagaimana keadaan sektor perladangan kelapa sawit dan pembalakan ekoran pembekuan kemasukkan pekerja asing sejak julai lalu. Dennis berkata. keadaanya sama saja. Menurut Dennis 50% pekerja asing di sektor terbabit tidak ada permit kerja dan tiada dokumen pengenalan diri yang sah. Keadaan akan menjadi lebih sukar apabila ada diantara mereka berkahwin dengan wanita pedalaman. Anak-anak hasil perkahwinan ini tiada kerakyatan. Selain itu menurut Dennis negara kehilangan hasil berjuta-juta ringgit hasil cukai dan yang paling untung adalah pihak syarikat perladangan dan pembalakan. Persoalannya kenapa mereka bebas dan berani melakukan perkara ini. Jawapannya adalah rasuah. Ada pihak yang memproses kemasukan pekerja asing tidak sah ini dan memperolah untung daripadanya dengan menerima rasuah daripada syarikat berkaitan.
Kami yakin, data berkaitan pekerja asing di negara ini telah lengkap. Lebih-lebih lagi ketika pengambilan Vaksin covid19. Semua pekerja asing di setiap sektor diwajibkan berdaftar untuk membolehkan mereka mendapat vaksin. Terpulang kepada kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Atau penguatkuasaan undang-undang menjadi lemah kerana berlakunya rasuah yang berleluasa. Penguatkuasaan undang-undang imigresen untuk keselamatan negara. Namun kerana rasuah sarawak mudah dimasuki- walau anda tiada dokumen pengenalan diri atau permit kerja.
[TOP STORY]
Dennis Along, activist from Baram – 50% OF FOREIGN WORKERS IN THE SECTOR DO NOT HAVE WORK PERMITS
Regarding the ease with which foreign workers without legal identification can enter the country - we interviewed Denis Along to ask how the oil palm plantation and logging sectors are doing following the freeze on the entry of foreign workers since last July. Dennis said. the situation is the same. According to Dennis, 50% of foreign workers in the sector do not have work permits and no valid identification documents. The situation will be more difficult when some of them marry women from the interior. The children of this marriage are stateless. In addition, according to Dennis, the country lost millions of ringgit in tax revenue and the most profitable were the plantation and logging companies. The question is why they are free and dare to do this. The answer is corruption. There are parties that process the entry of these illegal foreign workers and make a profit from it by accepting bribes from related companies.
We are confident that the data related to foreign workers in this country is complete. Especially when taking the covid19 vaccine. All foreign workers in each sector are required to be registered in order to be vaccinated. It is up to the government to enforce the law. Or law enforcement becomes weak due to rampant corruption. Enforcement of immigration laws for national security. But because Sarawak corruption is easy to enter - even if you don't have an identity document or work permit.