Radio Free Sarawak

View Original

2 August 2022

See this SoundCloud audio in the original post

Malay

Topik Pada Hari Ini:

> Iswardy Morni, Aktivis Peguam Sarawak – ROS luluskan UMNO tangguhkan Pemilihan Parti, jadikan Zahid peluang besar jadi PM

> Jeffery Ngu, Pengerusi Parti MUDA Sarawak dan Naib Presiden Parti MUDA Zaidel Baharudin –MUDA Tiada Masalah bekerjasama dengan rakan Parti Pembangkang

> Ann Teo, Pengerusi ROSE – Sarawak mempunyai Undang-undang anti-lompat dalam sec17(7), tetapi lemah dan tidak wajib

> Bill Jugah, pengerusi cawangan Sadia Rajang –Pemilik tanah Selangor menuntut pampasan daripada Rimbunan Hijau


[BERITA UTAMA]

Iswardy Morni, Aktivis Peguam Sarawak – ROS LULUSKAN PERMOHONAN TANGGUH PEMILIHAN UMNO, JADIKAN ZAHID PELUANG BESAR JADI PM

ROS telah meluluskan permohonan Umno untuk meminda perlembagaannya untuk menangguhkan pemilihan partinya sehingga enam bulan selepas PRU 15. Keputusan ROS berbeza daripada keputusan lepas.

Umno mempunyai peraturan yang membolehkan mereka melangkaui tempoh "tiga tahun campur 18 bulan". Tetapi kali ini ROS tidak beri tempoh 18 bulan, tetapi selepas PRU15. Kenapa ROS beri peluang kepada UMNO? Inilah yang perlu kita ketahui.

Pasukan Ismail sabri akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang kerana mereka mempunyai wang dan kuasa. Tetapi apabila pilihan raya ditangguhkan, Zahid mempunyai hak untuk memilih siapa menjadi calon, atau siapa tidak. Sama seperti Taijudin, yang tahu dia tidak akan dipilih, walaupun dia ahli Majlis Tertinggi tetapi telah disingkirkan, hanya kerana dia bukan pasukan Zahid. Seperti yang Zahid katakan baru-baru ini - Saya boleh memaafkan tetapi saya tidak akan lupa.

 

[TOP STORY]

Iswardy Morni, Lawyer Activist from Sarawak – ROS APPROVE UMNO POSTPONE PARTY ELECTION, MAKE ZAHID BIG CHANCE BECOME PM

The ROS has approved Umno’s application to amend its constitution to postpone its party election up to six months after the GE 15. The ROS decision is different from past decisions.

Umno has rules that allow them to go beyond the usual "three years plus 18 months" term. But this time, ROS did not give 18 months, but after GE15. Why ROS give UMNO the chance? Here's what we need to know.

Ismail sabri's team will win if the election is held now because they have money and power. But once the election is delayed, Zahid has the right to choose who to be candidate, or who to not. Just like Taijudin, who knew he would not be elected, even though he was a member of the Supreme Council but has been removed, just because he is not Zahid's team. As What Zahid said recently - I can forgive but I will never forget.