28 July 2022
MALAY
Fahmi Fadzil, Ketua Penerangan PKR – katak harus meminta maaf kepada pengundi yang mereka khianati.
Charles Santiago, Peguam dan Ahli Parlimen Klang DAP – Bekas AG Apandi Ali salahguna kuasa bila dia membatalkan siasatan kes berkaitan dengan 1MDB. Polis boleh menyiasat.
Elias Lippie, Timbalan PKR Baram – Sarawak dengan penuh sumber semulajadi, mengapa rakyat masih mengalami inflasi harga
ENGLISH
On Today Show
Fahmi Fadzil, Head of PKR Information – the frogs should apologize to the Voters they betrayed.
Charles Santiago, DAP Lawmaker and MP of Klang – the Police can investigate ex-AG Apandi Ali’s for the abuse of power when he closed investigations into 1MDB.
Elias Lippie, Deputy of the PKR Baram – Sarawak is a rich State so why are people suffering from price inflation?
[BERITA UTAMA]
Fahmi Fadzil, Ketua Penerangan PKR – KATAK PATUT MINTA MAAF KEPADA PENGUNDI YANG DIKHIANATI
Sesi Parlimen baru selesai pengundian bagi meluluskan rang undang-undang bagi melarang ahli-ahli parlimen bertukar parti. Seramai 209 menyokong dan 11 orang ahli parlimen tidak hadir. Undang-undang ini juga disokong oleh Azmin Ali dan pasukan katak-katak yang melompat hingga jatuhnya kerajaan PH tahun 2020 lalu.
Secara ringkas- walaupun undang-undang ini mungkin tidak 100 efektif mencegah bertukar parti. Namun ia dilihat langkah pertama dan ia akan dimantapkan lagi di masa depan. Fahmi mengganggap ia akan dapat menghalang langkah Sharaton 2.0 jika sekiranya berlaku. Majoriti ahli parlimen berharap agar undang-undang ini akan dapat menghasilkan kestabilan politik dalam jangka panjang.
Fahmi menegaskan bahawa, walaupun katak-katak yang telah melompat dahulu menyokong undang-undang ini. Rakyat akan tetap menghukum mereka dalam pilihanraya yang akan datang. Sebaiknya mereka mohon maaf kepada pengundi yang mereka khianati.
[TOP STORY]
Fahmi Fadzil, Head of PKR Information – THE FROGS SHOULD APOLOGIZE TO THE VOTERS THEY BETRAYED
The Parliament session has just finished voting to pass a bill to prohibit members of parliament from changing parties. A total of 209 supported and 11 MPs were absent. This law is also supported by Azmin Ali and the team of frogs who jumped until the fall of the PH government in 2020.
In short - although this law may not be 100% effective in preventing party switching. But it is seen as the first step and it will be further strengthened in the future. Fahmi thinks it will be able to prevent the move of Sharaton 2.0 if it happens. The majority of parliament members hope that this law will be able to produce political stability in the long term.
Fahmi pointed out that, even the frogs who had jumped first supported this law. The people will still punish them in the next election. They should apologize to the voters they betrayed.