7 February 2023
Topik Pada Hari Ini
> Thomas Fann, Pengerusi Bersih 2.0 – SPR perlu menyediakan sistem undi awal untuk pengundi pos di luar kawasan
> Arun Nyaling, Ketua Kampung Ba Abang – Ketua Ba Abang mendakwa dia tidak tahu mengapa penghuni kampung dia mengadakan sekatan
> Tony Chiew Chan Yew, DAP Bintulu – GPS perlu kembalikan manfaat sama rata kepada rakyat Sarawak, jangan hanya bercakap
> Meneng Biris, bekas calon PKR Opar – bersetuju dengan pendidikan awal kanak-kanak, tetapi jangan lupa kanak-kanak yang tinggal di luar bandar
On Today Show
> Thomas Fann, Chairperson of Bersih 2.0 – SPR have to provide vote early system for the postal voters outside the area
> Arun Nyaling, Chief of Ba Abang Village – Ba Abang chief claim he don’t know why the community held a blockade
> Tony Chiew Chan Yew, DAP Bintulu – bring back equal benefit to Sarawakian, don’t just talk
> Meneng Biris, PKR ex-candidate of Opar – agree with early childhood edu, but don’t forget the children who living in rural
-
[BERITA UTAMA]
Thomas menegaskan, mengikut perlembagaan, tugas utama SPR adalah untuk memudahkan semua urusan pengundian. Tetapi malangnya kerana kesukaran pengangkutan dan berada jauh di pedalaman, ramai penduduk tidak dapat menyertai proses pengundian (pilihan raya umum atau negeri). Lebih menyedihkan ialah peratusan keluar mengundi di Sarawak, yang biasanya 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada peratusan keluar mengundi persekutuan. Ini adalah keadaan yang sangat buruk bagi Sarawak. Sejak 3 tahun lalu, BERSIH 2.0 telah menghantar memorandum kepada SPR supaya pengundi diberi kemudahan mengundi awal sebagai pengundi pos di luar Kawasan atau mereka diberi kemudahan mengundi awal di beberapa pusat mengundi di pusat bandar seperti Miri, Sibu, Kuching dan Bintulu. Cara ini akan memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab dan meningkatkan peratusan mengundi. Tetapi menurut Thomas pegawai SPR yang sudah tua hanya mampu mengekalkan status quo dan tidak mampu melakukan perubahan. Thomas percaya bahawa melalui desakan bersungguh-sungguh semua rakyat Malaysia, perubahan akan dicipta.
[TOP STORY]
Thomas stressed that according to the constitution, the primary duty of the EC is to facilitate all voting matters. But unfortunately due to the difficulty of transportation and being far inland, many residents are unable to participate in the voting process (general or state elections). Even more sad is the turnout in Sarawak, which is usually 10 to 15 percent lower than the federal turnout. This is a very bad situation for Sarawak. For the past 3 years, BERSIH 2.0 has sent a memorandum to the EC so that voters are given the facility to vote early as postal voters outside the Area or they are given the facility to vote early in several polling centers in the city center such as Miri, Sibu, Kuching and Bintulu. This way will make it easier for voters to fulfill their responsibilities and increase the voting percentage. But according to Thomas the SPR officers who are old are only able to maintain the status quo and are not able to make changes. Thomas believes that through the earnest insistence of all Malaysians, change will be created.