8 July 2022
MALAY
Taktik Najib – semuanya untuk menangguhkan proses rayuan akhir: Malah rakan-rakan kanan Najib berkata bahawa jika dia bersalah dia mesti menerima bahawa SEMUA adalah sama rata di sisi undang-undang, tetapi nampaknya setiap langkahnya direka untuk menangguhkan hari penghakimannya untuk cuba mengelak hukuman yang adil. Kami membincangkan dengan Peguam Kee Hui Yee tentang taktik penangguhan terkini, iaitu membawa masuk QC UK untuk melawan kesnya. Selain itu, banjir di Malaysia adalah bencana buatan manusia: kami bercakap dengan pakar tentang akibat penebangan hutan dan ladang sawit dengan orang tua yang mengingati bagaimana keseimbangan alam melindungi masyarakat pada masa dahulu
ENGLISH
Najib's Tactics - All To Put Off The Day of Reckoning: Even Najib's senior colleagues are saying that if he is guilty he must accept that ALL are equal before the law, but it seems his every move is designed to put off his day of judgement to try to avoid just penalties. We discuss the latest delaying tactic, which is to bring in a UK QC to fight his case with Bar Council member Kee Hui Yee. Also, Malaysia's floods are a man made disaster: we talk to an expert on the consequences of botched deforestation and plantations and to folk who remember how nature's balance used to protect communities :
[BERITA UTAMA]
Kee Hui Yee, Ahli Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam – QC HANYA SATU TAKTIK UNTUK MENANGGUHKAN PROSES RAYUAN AKHIR
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada membenarkan Peguam Diraja UK (QC) dibenarkan mewakili Najib Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta SRC international pada 21 julai ini. Peguam Kee Hui Yee berpendapat ini merupakan satu taktik untuk melengah-lengahkan proses rayuan akhir tersebut di mahkamah persekutuan. Dengan demikian hukuman terhadap Najib juga akan dilambatkan jika dia didapati bersalah.
Dibawah akta profesion undang-undang 1976, seksyen 18. Menyatakan dengan terperinci syarat-syarat untuk membenarkan peguam luar negara mewakili anak guam di Malaysia, antaranya peguam/QC mempunyai kelayakan khas yang tidak dimiliki oleh peguam-peguam di Malaysia. Tetapi peguam utama Najib Razak Tan Sri Shafee mempunyai pengalaman yang sangat luas. QC juga tak mahir berbahasa melayu, sedangkan banyak dokumen dan bahan kes mahkamah disampaikan dalam bahasa melayu. Namun Hui Yee tetap percaya Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan yang adil.
Najib didapati bersalah oleh mahkamah tinggi atas pertuduhan penyelewengan dana RM42 SRC, pecah amanah dan penggubahan wang haram. Beliau dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 jura. Keputusan ini dikekalkan di mahkamah Rayuan. Kini Najib berusaha merayu di mahkamah persekutuan. Ogos 2022 ini ditetapkan untuk mendengar rayuan tersebut.
[TOP STORY]
Kee Hui Yee, Member of Bar Council Constitutional Law Committee –QC IS JUST A TACTIC TO DELAY THE FINAL APPEAL PROCESS
The Kuala Lumpur High Court will decide whether to allow the UK Royal Counsel (QC) to represent Najib Razak in his final appeal on the RM42 million SRC international fund embezzlement case on July 21. Attorney Kee Hui Yee thinks this is a tactic to delay the final appeal process in federal court. Thus the sentence against Najib will also be delayed if he is found guilty.
Under the legal profession act 1976, section 18. State in detail the conditions to allow foreign lawyers to represent clients in Malaysia, including lawyers/QC have special qualifications not possessed by lawyers in Malaysia. But Najib Razak's lead counsel Tan Sri Shafee has vast experience. QC is also not proficient in Malay, while many court documents and case materials are presented in Malay. Yet Hui Yee still believes the High Court will make a fair decision.
Najib was found guilty by the high court on charges of misappropriation of RM42 SRC funds, breach of trust and money laundering. He was sentenced to 12 years in prison and fined RM210. This decision was upheld in the court of Appeal. Now Najib is trying to appeal to the federal court. August 2022 is set to hear the appeal.