Radio Free Sarawak

View Original

9 August 2022

See this SoundCloud audio in the original post

Malay

Topik pada hari ini:

Dennis Along, Sosial Aktivis dari Baram bersama delegasi orang asal dari seluruh malaysia berkumpul di Sabah selama 4 hari untuk Perayaan hari Orang Asal Sedunia 2022. Dennis menyeru supaya rakyak sarawak, khususnya Orang asal supaya membuat perubahan politik menjelang pilihanraya umum akan datang jika mahukan hak mereka diiktiraf.

Thomas Jalong, Aktivis Hak Orang Asli - hutan lindungan juga bermasalah pembalakan

Suri Kempe, presiden Family Frontiers - wanita Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga harus diberi hak untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka.

Anthony Lerang, Ketua Kampung Long Urun- kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membina jalan yang selamat kepada penduduk kampung.


 

[BERITA UTAMA]

Dennis Engan, aktivis sosial dari Baram – ORANG ASAL WAJIB BUAT PERUBAHAN POLITIK JIKA INGIN HAK MEREKA DIIKTIRAF

Dennis bersama delegasi orang asal dari seluruh malaysia berkumpul di Sabah selama 4 hari untuk Perayaan hari Orang Asal Sedunia 2022. Sambutan sangat menggalakkan dan dipenuhi pelbagai aktiviti. Dennis menjelaskan terdapat perbezaan besar penganjuran Hari Orang Asal di Sabah berbanding Sarawak. Pertamanya Kerajaan Sabah amat menyokong aktiviti memperkasakan hak dan suara orang asal. Manakala di Sarawak aktiviti membabitkan pemerkasaan orang asal dilihat sebagai usaha menentang kerajaan. Kerajaan Negeri Sabah memberi sokongan dengan membina banyak rumah kebudayaan bagi suku-suku kaum di Sabah. Tetapi di Sarawak, kerajaan negeri langsung tidak membantu masyarakat Dayak membina rumah kebudayaan bagi kaum majoriti di sarawak. Mengejutkan juga bagi Dennis beberapa NGO di Sabah membantu kaum Penan dari Baram membukukan budaya, alat muzik, makanan malah cerita lisan kaum penan.

Dennis merumuskan bahawa keterbukaan kerajaan Sabah terhadap hak Orang Asal ekoran perubahan sokongan politik yang kerap di Sabah. Kerajaan yang baru memerintah lebih sensitif terhadap hak orang Asal. Berbanding Sarawak- polisi kerajaan Sarawak sejak merdeka sehingga sekarang tidak berubah terhadapap orang Asal Sarawak. Dennis menyeru supaya rakyak sarawak, khususnya Orang asal supaya membuat perubahan politik menjelang pilihanraya umum akan datang jika mahukan hak mereka diiktiraf. Selama ini terbukti GPS tidak mengiktiraf hak Orang Asal Sarawak. Hak terhadap tanah, hutan, sungai dan cara hidup.

 

[TOP STORY]

Dennis Engan, Social activist from Baram – ORANG ASAL MUST MAKE POLITICAL CHANGE IF WANT THEIR RIGHT TO BE RECOGNIZED

Dennis and a delegation of indigenous people from all over Malaysia gathered in Sabah for 4 days for the World Indigenous Peoples Day 2022. The reception was very encouraging and filled with various activities. Dennis explained that there is a big difference in the organization of Orang Asal Day in Sabah compared to Sarawak. Firstly, the Sabah Government strongly supports activities to empower the rights and voice of the original people. While in Sarawak, activities involving the empowerment of native people are seen as an effort against the government. The Sabah State Government provides support by building many cultural houses for the tribes in Sabah. But in Sarawak, the state government did not help the Dayak community to build a cultural house for the majority race in Sarawak. It was also surprising for Dennis that some NGOs in Sabah helped the Penan people from Baram to document the culture, musical instruments, food and even oral stories of the Penan people.

Dennis concluded that the openness of the Sabah government towards the rights of the Orang Asal is due to frequent changes in political support in Sabah. The new ruling government is more sensitive to the rights of the Asal people. Compared to Sarawak - the policy of the Sarawak government since independence until now has not changed towards the natives of Sarawak. Dennis called on the people of Sarawak, especially the Orang asal to make political changes ahead of the next general election if they want their rights to be recognized. All this time it has been proven that GPS does not recognize the rights of the Sarawak Natives. Rights to land, forests, rivers and ways of life.