12 July 2022

MALAY

Fokus hari ini:

- Iswardy Morni,Peguam Aktivis dari Sarawak: PH boleh menang jika Anwar memberi hala tuju yang jelas

- Baru Bian, MP Selangau: Kerajaan perlu laksana MA63 asal yang masih ada 13 janji belum ditunaikan

- Bannar dari Long Karangan: Orang Ulu bimbang tentang inflasi

ENGLISH

Today focus:

-    Iswardy Morni,Lawyer Activist from Sarawak: PH can win if Anwar give clear direction

-    Baru Bian, MP of Selangau: Government need implement the original MA63 that still have 13 promises not yet fulfill

-    Bannar from Long Karangan: Orang Ulu anxious about inflation


[BERITA UTAMA]

Iswardy Morni, Aktivis Peguam Sarawak - PH BOLEH MENANG JIKA ANWAR BERI ARAH JELAS

Ahli politik veteran Tun Daim Zainudin meramalkan bahawa Parti PAS akan menang lebih banyak kerusi dalam pilihanraya Umum 15 ekoran perpecahan BN dan PH. Manakala parti serpihan seperti Parti BERSATU dan PEJUANG akan dilupakan. Pemerhati politik Iswardy Morni bersependapat dengan Tun Daim namun tetap percaya bahawa BN akan mampu menang dengan majoriti mudah. Ini membolehkan BN mendirikan kerajaan sendiri tanpa perlu sokongan Parti PAS atau PH untuk membentuk kerajaan.

Analisis ini seolah-olah nampak betul/tepat apabila baru-baru ini INVOKE menerbitkan kajian yang menyimpulkan bahawa jika Rafizi menang sebagai Timbalan Presiden PKR, maka BN akan menang PRU15. Keputusan rasmi pemilihan PKR menunjukkan Rafizi menang jawatan timbalan presiden dengan majoriti besar.

Iswardy menjelaskan bahawa, Rafizi menolak idea Khemah besar. Justeru kemenangan beliau akan terus mengheret perbincangan berkaitan sama ada menerus atau menolak idea itu. PKR terperangkap dalam situasi ini dan ia adalah punca utama kekalahan. Namun sekiranya PKR bingkas bangun dan menolak idea khemah besar dan idea ini disokong oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim. Tidak mustahil PKR akan kembali fokus dan kuat dan boleh menafikan kemenangan BN, jelas Iswardy. Oleh yang demikian tumpuan seluruh ahli PKR kini terhadap ucapan dasar Presiden. Adakah beliau mampu memberi hala tuju yang jelas atau mengelirukan ahli-ahli PKR.

[TOP STORY]

Iswardy Morni, Lawyer Activist from Sarawak - PH CAN WIN IF ANWAR GIVE CLEAR DIRECTION

Veteran politician Tun Daim Zainudin predicted that the PAS Party would win more seats in the 15th General Election due to the split between BN and PH. While splinter parties such as Parti BERSATU and PEJUANG will be forgotten. Political observer Iswardy Morni agrees with Tun Daim but still believes that BN will be able to win with a simple majority. This allows BN to form its own government without the need for the support of PAS or PH to form a government.

This analysis seems to be correct/accurate when INVOKE recently published a study that concluded that if Rafizi wins as PKR Deputy President, then BN will win GE15. The official results of the PKR election show that Rafizi won the deputy president post with a large majority.

Iswardy explained that, Rafizi rejected the idea of the Big Tent. Thus his victory will continue to drag on relevant discussions of either continuing or rejecting the idea. PKR is stuck in this situation and it is the main cause of the defeat. However, if PKR is resilient and rejects the idea of a big tent and this idea is supported by PKR President Anwar Ibrahim. It is possible that PKR will return to focus and be strong and can deny BN victory, explained Iswardy. Therefore, the focus of all PKR members is now on the President's policy speech. Is he able to give a clear direction or confuse PKR members.

Guest User